Soal Jawab & Isu Pilihan AB Fund Kena Serbu, Yang Lain Tunggu Giliran

AB Fund Kena Serbu, Yang Lain Tunggu Giliran

  • PDF
(9 votes, average 4.11 out of 5)

Bank Negara, SC Serbu AB Fund

Oleh Azli Ayob

BERITA ASAL DARI BERITA HARIAN

Sudah Diserbu, Laporkan Segera
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), kelmarin menyerbu syarikat pengendali pelaburan haram menerusi internet, AB Fund kerana disyaki mengambil deposit secara haram bagi pelaburan menerusi laman webnya, www.abfund.us dan www.abfundtrader.biz.


Bank Negara dan SC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, berkata berikutan serbuan dengan kerjasama polis itu, pihaknya menyiasat AB Fund kerana disyaki terbabit dalam jenayah mengambil deposit secara haram dan pembersihan wang haram.

Serentak itu, SC dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia, semalam mengumumkan sudah memulakan proses menyekat akses ke beberapa laman web yang menawarkan skim pelaburan haram.

Setakat ini, enam laman web yang menawarkan skim itu sudah disekat iaitu www.cfdventure.com, www.swedenfund.com, www.uebond.com, www.esuissefund.com atau www.efmf.com.pa, dan www.ecashfinance.com www sudah disekat selain www.abfund.us serta www.abfundtrader.biz.

Sumber memberitahu Berita Harian, serbuan terhadap AB Fund dilaksanakan oleh pegawai Bank Negara dan SC selama beberapa jam kelmarin, kerana ia membabitkan beberapa premis di lokasi berasingan sekitar Lembah Klang.

"Dalam serbuan itu, pegawai kami turut merampas sejumlah wang tunai, beberapa laptop dan pelbagai dokumen dipercayai mengandungi maklumat berhubung mangsa penipuan skim itu serta modus operandinya.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat sebaliknya pegawai kami hanya merekodkan keterangan daripada beberapa individu yang dipercayai kakitangan AB Fund serta beberapa lagi yang disyaki menjadi pengendalinya.

"Semua maklumat terbabit diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," kata sumber itu ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Jurucakap Bank Negara dan SC, ketika dihubungi bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia kini dalam siasatan. Jurucakap polis juga enggan mengulas tetapi mengesahkan terbabit dalam serbuan berkenaan.

Sementara itu, kenyataan Bank Negara menyebut, siasatan terhadap AB Fund dibuat mengikut Subseksyen 25 (1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Subseksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

AB Fund tidak diberi lesen menyediakan perkhidmatan nasihat pelaburan berkaitan sekuriti atau niaga hadapan. Ia juga tidak mempunyai lesen pengurusan dana di Malaysia seperti diperuntukkan Seksyen 14 dan 15A Akta Industri Sekuriti 1983 (SIA) dan Seksyen 16 A Akta Industri Niaga Hadapan 1993 (FIA).

Jika didapati sabit kesalahan, pengendali kegiatan mengambil deposit haram atau menjalankan kegiatan yang berkaitan dengannya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda sehingga RM10 juta, atau kedua-duanya sekali.

Pesalah berulang boleh dikenakan denda harian sebanyak RM100,000 sehari bagi setiap hari kesalahan berulang itu dilakukan manakala individu yang melakukan kesalahan mengubah wang haram boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Individu yang menyediakan perkhidmatan nasihat pelaburan berkaitan kegiatan sekuriti dan niaga hadapan, atau menjalankan kegiatan pengurusan pelaburan tanpa lesen pula boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

SC berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan SKMM dan CyberSecurity Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti serta menyekat akses kepada laman web lain yang dikenal pasti mengendalikan skim pelaburan haram.

Katanya, ia juga akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memerangi aktiviti pelaburan haram terbabit sehingga ke akar-umbi termasuk menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali atau ejen laman web berkenaan.

Pada 31 Mei lalu, SC mengumumkan akan menyekat akses kepada beberapa laman web yang mengendalikan skim pelaburan haram dan pelabur yang mengambil bahagian dalam skim terbabit diingatkan supaya mengeluarkan pelaburan dan menutup akaun mereka serta-merta

PETIKAN BERITA DARI UTUSAN

Skim Internet diserbu -- Tiga agensi bergabung banteras laman web pelaburan haram

Oleh Ruhaidini Abd. Kadir dan Tan Ming Wai

KUALA LUMPUR 12 Jun - Dalam satu gerakan besar-besaran untuk menghapuskan skim cepat kaya melalui laman web Internet, Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis mula menyerbu pejabat pengendali skim-skim itu yang disyaki menjalankan pengambilan deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram.

Dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC), BNM dan polis semalam menggeledah pejabat AB Fund yang beroperasi di ibu negara, iaitu salah sebuah skim cepat kaya melalui Internet yang popular di kalangan pelakon dan penyanyi terkenal di negara ini.

Selain artis, skim yang beroperasi dengan alamat web www.abfund.us atau www.abfundtrader.biz itu juga disertai oleh sesetengah tokoh korporat dan ahli perniagaan yang majoritinya orang Melayu.

Laman web itu ialah salah satu daripada 45 skim cepat kaya melalui Internet kendalian orang tempatan dan luar negara yang beroperasi menipu pelabur.

Kini sebahagian besar daripada laman web itu telah menutup sendiri operasi masing-masing manakala akses sebahagian lagi laman web dihalang oleh pihak berkuasa.

Laporan sebelum ini menyebut seramai 500,000 orang rakyat Malaysia terlibat dalam pelaburan itu membabitkan pelaburan terkumpul berbilion ringgit.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM di sini hari ini, laman web skim AB Fund yang diserbu itu tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ia kini disiasat oleh BNM mengikut Sub Seksyen 23 (1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan Sub Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa BNM dan SC akan terus mengorak langkah membanteras kegiatan haram tersebut secara habis-habisan dan membawa dalang yang melakukan penipuan itu ke muka keadilan.

Sementara itu, SC dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta CyberSecurity Malaysia hari ini mula menyekat pengaksesan pengguna Internet kepada enam laman web termasuk www.abfund.us yang menawarkan skim pelaburan haram menggunakan konsep skim cepat kaya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis memberitahu Utusan Malaysia, langkah untuk menyekat pengaksesan ke laman web pelaburan secara haram itu akan dilaksana secara berperingkat-peringkat dan ia merupakan satu proses berterusan.

‘‘MOSTI akan membantu usaha-usaha kerajaan membanteras gejala ini, malah satu mesyuarat khas CyberSecurity Malaysia berhubung isu ini akan diadakan esok,'' katanya ketika dihubungi.

Menurut Jamaludin, mesyuarat itu juga akan membincangkan langkah-langkah khusus untuk menyekat semua pengaksesan pelaburan Internet dalam masa terdekat, selain penubuhan pasukan khas.

Skim-skim pelaburan Internet yang difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 12 April lalu sebenarnya bukan berpangkalan di luar negara sebagaimana yang digembar-gemburkan dalam laman web masing-masing, sebaliknya ia diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Siasatan Utusan Malaysia yang dibantu pakar-pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan mendapat pengiktirafan di peringkat global sebenarnya beroperasi dari beberapa lokasi di negara ini.

Maklumat dalam laman-laman web tersebut yang menyatakan kononnya pelaburan skim itu berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar pesisiran dan saham-saham lain sebenarnya satu rekaan semata-mata.

Daripada siasatan menerusi laman web rujukan www.domanintools.com, kebanyakan laman web pelaburan skim cepat kaya itu didapati didaftarkan dengan pengelola web di Amerika Syarikat (AS) oleh para pemilik yang beralamat di Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Seri Kembangan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa laman web pelaburan yang popular di kalangan rakyat Malaysia didapati didaftarkan di bawah nama pemilik proksi beralamat di AS.

Dalam kes skim cepat kaya AB Fund, laman webnya didaftarkan di Texas, AS tetapi lebih 325,000 pengunjungnya dalam tempoh tujuh hari lalu merupakan pengguna Internet dari Malaysia.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan AB Fund Kena Serbu, Yang Lain Tunggu Giliran