(1 vote, average 5.00 out of 5)

 

Pra Syarat Pakar Muamalat

& Kewangan Islam
Oleh
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

 

islamic finance expert

Ada yang bertanya saya, bagaimana ingin menggubal sesuatu sesuatu silibus pengajian bagi melahirkan pakar Shariah dan muamalat moden?. Saya suka dengan soalan ini kerana ia menunjukkan yang bertanya sedar akan proses diperlukan bagi menjadi pakar dan specialist di dalam bidang fiqh dan muamalat ini. Saya katakan demikian kerana bimbang melihat kecenderungan sebahagian ahli akademik berlatar belakang kejuruteraan, perubatan, ekonomi, akauntan dan lain-lain. Apabila mereka membuat bacaan di sana sini berkenaan fiqh muamalat dan beberapa halaman kitab terjemahan Usul Fiqh, sebahagiannya kelihatan tidak lagi teragak-agak mengeluarkan pandangan yang seolah ‘fatwa’ berkaitan hukum hakam fiqh muamalat dan juga maqasid Shariah. Akhirnya, sebahagiannya sesat jalan dan kefahaman dan juga menyesatkan.

Saya teringat ketika menghadiri suatu perjuempaan tertutup dengan beberapa individu suatu ketika dahulu. Saya hadir sebagai menyahut pelawaan Persatuan Ulama Malaysia. Ingin berbincang secara ilmiah dan mencari titk pertemuan dan persetujuan bagi mengorak agenda yang lebih praktikal bagi memajukan sector kewangan Islam. Namun sejurus pertemuaan dimulakan, pihak mereka yang diwakili oleh individu yang bukan berpengajian rasmi dan tersusun di dalam bidang muamalat dan usul fiqh menghentam institutsi kewangan Islam yang wujud hari ini sambil mengeluarkan pelbagai ‘fatwa peribadi’.

Saya teringat sewaktu saya bertanya :
“Bagaimanakah beliau boleh mengadaptasikan salah satu kaedah Fiqh yang berbunyi “Iza Dhaqal Amr Ittasa’ wa iza ittasa’ Dhaq”?.

Dia tidak menjawab sebaliknya berpusing-pusing mengulangi kritikan awalnya, dan akhirnya apabila ditegaskan soalan itu sekali lagi, dia bertanya :
“Apakah maksudnya kaedah itu?”

Itulah, rupanya dia tidak mengetahui perbincangan kaedah fiqh dan kurang pula kefahaman di dalam bahasa arab. Bagaimana mungkin seorang yang tiada pengetahuan bahasa arab khususnya dalam hal yang berkaitan fatwa dan hukum yang mencukupi, tiada pula pengetahuan berkenaan Kaedah Fiqh namun ingin sewenangnya memberi hukum Islam ke atas sesuatu transaksi sebagai halal atau haram?. Situasi negatif inilah yang kelihatan semakin melebar dewasa ini, termasuklah sebahagian pengkaji kewangan Islam dari kalangan non Muslim yang begitu berani mengeluarkan hukum berkaitan Islam.

Keadaan ini perlu diperbaiki dan disedarkan kerana apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, pastinya kerosakan dan kesesatan akan bertapak dan tumbuh dalam masyarakat, kekeliruan pula tersebar luas menghasilkan keterbelakangan dan bukan bergerak ke hadapan.

Setiap bidang yang ingin anda jadi pakar di dalamnya memerlukan pengetahuan awal berkenaan : -

Tanpa memastikan checklist di atas telah selesai, seseorang akan sesat di tengah-tengah jalan menyebabkan sasarannya tidak kesampaian, terhenti di tengah jalan, akhirnya tidak pakar dalam semua bidang walaupun banyak bidang yang diminati dan boleh dikuasai.

Pun begitu, secara ringkasnya, saya cuba gariskan subject berikut yang mesti dikuasai bagi melahirkan seorang pakar dalam bidang Fiqh kewangan.

Pertama : Ilmu Fiqh & yang berkaitan.

Kedua : Konsep dan Operasi Institusi Kewangan.

Ketiga : Perundangan, akta-akta berkaitan dan garis panduan BNM.

Keempat : Topik terpilih berkait ekonomi.

Kelima : Kemahiran Critical Thinking & kemampuan menyelesai masalah.

Keenam : Audit & Pengendalian audit.

Ini kerana kepakaran ini diperlukan bagi seseorang pakar Shariah untuk memahami dokumen yang dibaca dan teknik membuat penyiasatan bagi mengenalpasti sebarang kemungkinan tidak halal.

Ketujuh : Beberapa Huraian dan Jawapan bagi isu-isu muamalat seperti :-

Itulah serba ringkas beberapa bentuk pengetahaun minima yang perlu digabungjalinkan dalam diri seseorang pakar muamalat kewangan Islam klasik dan moden. Maka saya amat galakkan mana-mana instutusi pengajian tinggi untuk memastikan topic-topik yang disebut di atas.

Sekian

Zaharuddin Abdul Rahman. PhD
www.zaharuddin.net

13 Dis 2014



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites