Pelaburan & Perniagaan Apakah Khabar Terkini Jai Network?

Apakah Khabar Terkini Jai Network?

  • PDF
(21 votes, average 4.43 out of 5)

KHABAR BERKENAAN PELABURAN &

PERNIAGAAN JAI NETWORK

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sejak dari dahulu lagi saya telah memberitahu sesiapa yang bertanya kepada saya tentang Jai Network, bahawa aqad yang digunakan oleh Jai Network untuk peringkat pertamanya adalah Bai' at-Tawarruq. Aqad ini dianggap halal oleh kebanyakan ulama Malaysia dan Dunia. Ini juga jawapan yang saya beri kepada perniagaan kambing baru-baru ini. Namun apa yang saya sebutkan ini tidaklah terhenti di situ sahaja, tetapi beberapa syarat dan pembaikan perlu dibuat agar ianya boleh dianggap menepati hukum Syariah. 

DUit oh duit

Nasihat & Syarat Yang Dilupakan

Saya menasihatkan semua individu yang ingin menyertainya untuk memastikan tertib tandatangan aqad mestilah tepat dan asset mestilah ada ukti ‘qabadh' atau ‘possession' telah berlaku samada secara hukmi atau hakiki.

Ini merupakan nasihat saya sekitar bulan Mac dan April 2007. Namun saya terus terang menyatakan saya amat meragui beberapa syarat (sebagaimana yang diberitahu di ketika itu) yang dikenakan seperti mewajibkan sesiapa yang ingin menyertai smart partnership ( jual beli secara tawarruq), mereka wajib menyertai smart moving juga (atau sebaliknya, maaf dah tidak berapa ingat).

Bagi saya membuat syarat seperti itu membawa kepada syubhah disebabkan pelannya. (pun dah lupa detail, tetapi di ketika buat keputusan tu, saya jelas.)

Silap Guna

Malangnya, ketika saya memberikan ceramah kewangan Islam di Universiti Multi Media Melaka, (jika tak silap pada 25 April 2007) saya diberitahu bahawa ramai individu yang menyertai Jai Network menggunakan hujjah saya sebagai hujjah sokongan untuk menghalalkan system mereka.

Maka dalam ceramah di Multi Media Universiti itu saya menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap pihak yang menggunakan hujjah saya ‘out of context' dan mengambil separuh tapi meninggalkan separuh yang lain.

Benar, memang saya katakan aqadnya menggunakan cara Tawarruq yang diterima oleh kebanyakan ulama Islam, tetapi tidak benar saya mengatakan ‘whole package sistem perniagaan Jai Network' adalah halal menurut kajian saya. Jika orang lain kata halal, itu terpulang kepada mereka, tetapi bukan saya.

Hasrat Nak Tolong Peniaga Bumiputra

Mana Duit ?
Saya memang tidak berhasrat pada mulanya untuk menghentam secara terbuka di web saya berkenaan kesilapan ini kerana saya fikir masih ada ruang untuk mereka perbaiki.

Saya juga harap agar mesej berkenaan kelemahan sistem dan pelan mereka dari sudut  Shariah telah disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi Jai Network dan pihak pengurusan yang beragama Islam serta Bumiputra ini boleh mengambil langkah proaktif memantap dan memperbetulkan system mereka.

Selain itu, saya juga telah mencadangkan beberapa nama ilmuan Shariah kepada peserta Jai Network (yang menghubungi saya) agar pihak pengurusan Jai Network melantik  penasihat Syariah rasmi bagi membuktikan komitmen mereka terhadap isu halal dan haram. Kemudiannya saya berlepas diri dari sebarang pertanyaan berkenaannya lagi.

Masalah Berganda

Kemudian bertarikh 18 Julai 2007, saya memuatkan amaran berkenaan Jai Network di web saya apabila mendapati nama syarikat ini tersenarai di senarai hitam suruhanjaya sekuriti Malaysia. RUJUK DI SINI

Akibatnya selepas itu, ramai peserta mereka yang menghentam saya. Hakikatnya sebarang skim, perniagaan atau pelaburan yang telah tersenarai hitam di SC, menjadikannya kurang ‘worth it' untuk dikaji dari sudut Shariah (di ketika itu) kerana priority mereka adalah mendapatkan lesen untuk aktiviti perniagaan itu dan seterusnya melepaskan diri dari senarai hitam.

Ini kerana, mempromosi sebarang skim bentuk pelaburan atau ‘perniagaan kutip wang' seperti ini dalam keadaan syarikatnya telah tersenarai hitam adalah satu tindakan yang boleh memudaratkan peserta dan syarikat sekaligus.

Di ketika itu, bagi saya ia boleh menjadi haram dari sudut Syariah akibat mudarat dan  'gharar' yang boleh dan bakal menimpa pesertanya. Islam mengharamkan 'gharar' atau ketidakatentuan (seperti pernigaan tanpa lesen jelas) dan mudarat (seperti nasib masa depan syarikat kerana telah disenaraihitam) bagi pelanggan.

Terkini

3 hari lepas (26 Nov 2007), setelah sekian lama saya tidak mendengar tentangnya. Saya membuka web PPIM dan mendapati rupanya terdapat perbincangan hangat tentangnya lantaran seorang individu utama Jai Network adalah juga salah seorang anggota pengurusan PPIM sedang diasak pelbagai soalan oleh para peserta Jai Network.

Nampaknya telah sahih, mudarat dan ketidaktentuan yang saya jangkakan. Bank Negara telah membekukan akaun mereka dan kini peserta mula merasa bahangnya.

Bagi info lanjut, saya sertakan jawapan individu yang terbabit dari PPIM berkenaan kes Jai Network sebagai jawapan kritikan pelbagai pihak kepadanya dan Jai Network.

Selamat membaca dan menilai.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

29 Nov 2007


SUMBER KENYATAAN INI : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.445

KENYATAAN DR IZHAM BERKENAAN ISU PEMBEKUAN

AKAUN JAI NETWORK SYSTEM SDN BHD (JNSSB)

JNSSB merupakan salah satu daripada ribuan ahli niaga yang berdaftar sebagai ahli Bluemosque Fraternity(BMF) PPIM.

Dalam agenda memperjuangkan memgembalikan hak dan maruah dengan bijaksana, kita percaya bahawa strategi peningkatan ekonomi ummah merupakan sesuatu yang amat perlu ditekankan dalam diri setiap ummah.

Kita merasa teruja dengan konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh JNSSB dengan misi dan visi syarikat dalam membangunkan kekuatan ekonomi ummah. PPIM kerap dijemput oleh syarikat-syarikat ahli dan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta bagi membentangkan kertas kerja dan modul-modul usahawan dalam pelbagai topik perjuangan mengemaskan agenda ummah. JNSSB sebagai ahli BMF juga meminta pengarah latihan PPIM, Dr Izham Nayan untuk memberikan latihan dan motivasi kepada ahli-ahli syarikat yang bersama ingin membangunkan ekonomi mereka.

Ahli-ahli JNSSB dibina melalui kursus-kursus usahawan dengan penerapan nilai perjuangan ummah melalui usaha peningkatan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Dalam isu pembekuan akaun JNSSB pada pendapat kita merupakan prosedur dari bank Negara yang telah menerima aduan daripada pihak-pihak tertentu yang ragu dengan kesahihan JNSSB dalam membina usahawan Melayu sepanjang setahun setengah ini. Bank Negara dan KPDNHEP yang menerima aduan akur dengan prosedur tersebut bagi membantu menyelesaikan siasatan dengan kadar segera.

Namun sebagai sebuah perniagaan yang berdaftar secara sah di negara ini, maka JNSSB dilihat akur dengan segala kehendak dan prosedur kerajaan dan kita merasakan segala kesulitan adalah tidak disengajakan dan bukan atas kehendak syarikat dan para ahli.

Kita berharap kesemua pihak harus mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu ini dengan cara paling kemas dalam menjaga kepentingan semua pihak. Ini merupakan sebuah syarikat bumiputra yang baru menampakkan satu formula bagi membantu ekonomi ahli-ahlinya yang juga majoriti bumiputra. Penyelesaian harus dilihat dalam aspek membantu kerajaan, syarikat dan ahli-ahli mendapat manafaat terbaik dan bukannya dilihat dari segi pemberhentian terus operasi dan menutup syarikat serta menghukum semua ahli-ahli dengan kerugian. Pihak berkuasa diharap bertindak bijak bagi menjaga kepentingan ramai. Mungkin ini merupakan konsep perniagaan baru yang belum sampai tahap difahami oleh orang kita. Namun konsep ini mungkin telah lama dipraktikkan oleh bangsa-bangsa yang maju.

Apapun andaian yang dibuat, kebajikan dan kepentingan ramai perlu diutamakan. Negara perlu maju. Untuk itu rakyat perlu maju. Maka bangsa juga perlu maju. Sama-sama kita mencari penyelesaian matang dalam menangani isu ini, "seumpama menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan putus."

Apabila tempoh penahanan dari bank negara mula dipanjangkan dari 3 bulan kepada tambahan selama 9 bulan maka tahap kesabaran ahli mula menurun dan tahap kebimbangan mula memuncak. Ditambah lagi dengan tindakan beberapa ahli dan bekas pengarah yang mula bertindak memujuk pengarah syarikat agar memulangkan wang kroni mereka tidak dilayan. Maka pelbagai strategi dilakukan agar syarikat dan pengarah-pengarah yang masih bertahan hilang kredibiliti. Pelbagai serangan pribadi, tohmahan, cerca nista dibuat oleh mereka ini yang tuntutan mereka tidak dilayan oleh Dr
Jai.

Sebagai motivator dalam arena bina usahawan ini saya amat faham tekanan dan kedudukan yang dihadapi oleh ahli. Saya dan keluarga juga bakal hilang ratusan ribuan duit dari senario ini jika ianya gagal. Tidak termasuk rakan-rakan rapat yang melibatkan lebih 3 juta ringgit.

Sebagai antara mentor dalam kursus yang masih sabar, sedangkan lain-lain mentor utama telah menghilangkan diri, saya terus menerima kecaman hebat kerana masih bertahan mempertahankan nasib ahli-ahli dari dalam. Apa yang mereka mahu adalah saya memberontak terhadap syarikat. Bagi saya tiada untungnya kita jadi pemberontak. Ianya akan terus mengusutkan keadaan. Buktinya, seperti yang dapat kita lihat sekarang ini. Akibat pemberontakan, semua hampir punah. Tiada sesiapa akan mendapat wang mereka kembali akibat tindakan golongan ini yang terus memecahbelahkan kita dengan maki hamun dan ugutan jenayah.

Penglibatan saya dalam syarikat amat telus. Saya dijemput mengendalikan kursus bina usahawan sepertimana syarikat-syarikat lain. Modul sama, cara pembawaan sama, semangat sama, Cuma syarikat sahaja yang berbeda. Modul Agenda Ummah dan Agenda Melayu ini adalah modul yang telah dikenalpasti terbaik dalam membina usahawan yang kini makin terpinggir.

Sebagai staf di PPIM, maka tiada aspirasi lain yang saya bawa melainkan perjuangan PPIM. Namun, apa yang berlaku adalah diluar jangkauan PPIM. Kapal yang dibina, dijana, dipasak, dikukuhkan rupanya menuju destinasi yang tidak pasti.

Sepanjang pengetahuan saya, PPIM telah cuba membantu syarikat JNSSB keluar dari kemelut ketidak tentuan ini dengan menawarkan pelbagai cara agar tidak melanggar undang-undang negara. Kita pernah menawarkan Koperasi PPIM, namun ianya dipandang sepi. Kesanggupan PPIM menyerahkan koperasi adalah kerana ingin melihat sebuah syarikat milik bangsa Melayu ini terus maju. Ahli-ahli terus berjaya. Malahan pula ramai ahlinya adalah juga ahli PPIM. PPIM tidak mahu dan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana organisasi yang melanggar undang-undang dan kedaulatan negara.

Saya mohon mencadangkan agar diadakan pertemuan dengan ahli-ahli PPIM yang terlibat dengan JNSSB. Kita perlu berjumpa, kita perlu berbincang. Anda adalah ahli PPIM dan saya percaya PPIM tidak akan berdiam diri membiarkan kemelut ini terus berlaku.

Pertemuan ini HANYA UNTUK AHLI BERDAFTAR SAHAJA. Tiada ahli hantu yang akan dibenarkan turut serta. Tarikh dan tempat akan diberitahu kelak setelah mendapat kebenaran dari MAJLIS TERTINGGI PPIM.

Berkenaan serangan pribadi dan persoalan tentang kelulusan saya oleh vain harper saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan bangsa beli sijil. PhD pertama dari Open International University Colombo (Complimentary Medicines) 1998 dan PhD Humanities and Consumerism dari Camden 2005. Anda kena paham, jangan jadi pekak dan bodoh. Bill Gates pun tidak lulus Harvard jadi macamana dia boleh buka Microsoft University?

Pernah tak anda dengar Coke University? Nike University? Kentucky University? Ini adalah antaranya NON-ACADEMIC UNIVERSITY. Tempat dimana usahawan-usahawan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing diiktiraf tanpa menerusi TRADITIONAL CONVENTIONAL UNIVERSITY.

Kami dilatih bukan untuk guna sijil minta kerja jadi kuli macam anda. Kami dilatih jadi tokeh agar manusia-manusia macam anda boleh cari makan. Kami adalah pakar disebalik tabir yang menjadi tunjang kepada pelbagai bidang dalam dunia ini.

Cuba anda tanya saya apa-apa perkara berkenaan complimentary medicines? Apa-apa perkara berkenaan kepenggunan Islam? Boleh call 019-6655544. Apa benda yang sy tidak tahu? Itu pun jika anda berani. Maklumlah anda suka pakai nama samaran kemudian kutuk orang lain.

Sebagai manusia yang waras dan bertamaddun , konsep pemikiran Hadhari hendaklah dipraktikkan agar kita tidak menyimpang ke arah munafik dan dayus. (Na'uzubillah) Agar kita berfikiran membina dan maju, agar agama kita dipandang tinggi, agar bangsa kita kuat dan perkasa.

Ayuh kita rapatkan barisan, perkukuhkan persaudaraan. Berganding bahu membina keutuhan warisan dan berusaha gigih agar diberkati perjuangan. Mudah-mudahan mati dan bertemu Allah 'Azzawajalla sebagai mujahid sejati. InshAllah.

Wallahu'alam.

Sekian

CG. IZHAM NAYAN PhD

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Salam bahagia, selamat bertemu kembali. Nampaknya banyak persoalan yg belum terjawab. Saya amat mudah di hubungi melalui talian yg ramai dah tahu 019-6655544 atau 012-6540198 ataupun melalui email [email]. YM pun boleh.
.
Memang saya kurang berminat untuk menjawab persoalan-persoalan berkenaan JNSSB di laman ini memandangkan ini laman rasmi PPIM yang membincangkan perkara-perkara khusus dan forumernya lebih tertib dan serious mencari jalan permasalahan ummah. Sebaliknya ramai yg berforum dilaman2 lain mengutarakan persoalan demi persoalan tanpa penghujung walaupun telah dijelaskan berbelas2 kali melalui respon2 saya. Saya amat tidak berminat jika laman ini dicarca marbakan. Jadi sy lebih mengambil sikap berdiam diri di sini.

.
Namun pihak admin kerap menghubungi saya agar saya memberi respon dalam laman ini. Oleh itu saya akan menjawab persoalan2 yg di utarakan dan seandainya anda masih tidak berpuas hati... eloklah hubungi saya terus melalui talian dan YM. Jangan kita memutarbelitkan perkara dan fakta dalam laman ini. .

.
Baiklah.... Ketika JNSSB mula menghadapi masalah dengan BNM dulu, saya sendiri telah membawa Dr Jailani ke PPIM bagi mencari jalan penyelesaian menyelamatkan situasi yang makin meruncing yang sedang dihadapi oleh syarikat dan ahli. Sebagai menunjukkan kesungguhan untuk menolong ribuan ahli JNSSB yang juga rata-rata ahli PPIM maka PPIM sedia menawarkan platform KOPERASI PPIM untuk digunakan.
.
Pihak BNM yang ditemui juga turut menyokong secara lisan usaha ini. Apa yang BNM mahu adalah kita semua mematuhi undang2 negara dan menjalankan perniagaan ikut peraturan dan hukum. Mereka tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak, sebaliknya hanya menjalankan tugas.
.

Pihak JNSSB setuju dengan cadangan ini. Maka saya merasa amat yakin dengan kedudukan kita. Kebetulan pula ada leader dari beberapa negeri menjemput saya memberi ceramah HFT memandangkan mentor2 lain semua dah hilang. Sebagai mentor yang masih ada keyakinan oleh kerjasama dengan Koperasi maka saya tidaklah menolak jemputan leader2 tersebut.
.

Namun perkara sebaliknya berlaku. Tawaran koperasi tidak di pandang serius. Maka akibatnya..... adalah seperti yang kita lihat sekarang ini.

.
Sedih dan kesal dengan apa yang sedang berlaku. Ribuan merana, sengsara, derita. Dan yang paling dikesali adalah apabila tiada perkhabaran rasmi melalui perjumpaan rasmi atau bertulis dari sykt.

.
Ahli ditinggalkan terpinga2, leader dibiarkan menjadi mangsa tohmahan dan cerca nista. Parang, kayu, peluru menjadi ugutannya, tetakan, terajang dan penyepak hinggap ke muka. Untuk apa semua ini?? Kerana setia? Atau kerana termakan janji fatamorgana??
.

Namun sebagai mentor... kita kena waras dan terus steady.... cara mesti di cari.... ikhtiar mesti di temui agar terbela nasib diri dan anak2 negeri.. Sebagai ikhtiar saya sekali lagi berjumpa dengan pihak tertinggi PPIM agar kehidupan terus boleh diteruskan. Sekurang2nya ahli2 sedia ada boleh terus bergantung hidup memandangkan ramai yg hilang kerja, hilang punca pendapatan, hilang punca dan arah tujunya. .

.
Maka, sebagai menunjukkan rasa kesungguhan dalam memperjuangkan ummah, PPIM bersetuju platform KOPERASI PPIM dimanfaatkan cara terbaik bagi menjana semula kehidupan ahli yang hampir punah. Selaku salah seorang Ahli Lembaga Pengarah KOPPIM sy mencadangkan beberapa plan dibuat. Antaranya perniagaan trading dan pertanian. Setakat ni, kita dah ada pelbagai produk (rujuk halalmall.com.my) dan produk penjimat elektrik seperti yang diiklankan dalam metro jumaat lepas (front page).

.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 16 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Apakah Khabar Terkini Jai Network?