Kursus Penghayatan Solat Sempurna
Serta Muhasabah Diri
P e n d a h u l u a n
Solat adalah tiang agama , tanpanya runtuhnya agama seseorang malah Nabi pernah bersabda : ertinya " sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat" ( Hadith Shohih Riwayat Muslim ) , manakala dalam sebuah hadith lain ertinya : " Bukti perjanjian antara kita (Islam) dan kamu (Umat Islam) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah jatuh kafir" (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,Al-Hakim, Hadith Sohih menurut Ibn Hibban, An-Nasaie dan al-‘Iraqi )
Ia juga adalah jenis ibadah khusus yang terhebat kesannya dalam diri seseorang dan merupakan ibadah khusus yang paling dapat menghampirkan diri seseorang dengan Allah SWT. Terdapat begitu banyak ayat yang menyatakan perihal solat seperti Firman Allah SWT ertinya : "Sesunguhnya solat adalah ketetapan buat orang Mukmin menurut waktunya" (An-Nisa: 103 ), Bukan setakat itu sahaja, malah Allah SWT juga telah menetapkan bahawa tanda sesuatu solat itu diterima adalah dengan melihat kepada kesannya dalam diri individu sebagaimana Firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar". ( al-‘Ankabut : 45 )
Maka, ingin ditegaskan di sini, bahawa solat yang mampu melahirkan kesan dan tanda yang dikehendaki oleh Allah SWT tadi, hanyalah solat yang sempurna dihayati sepenuhnya. Solat yang tepat rukun dan syarat serta rukun hatinya, pasti dapat mengelakkan seseorang dari lembah maksiat. Tetapi hari ini, mengapa ramai juga kelihatan individu yang bersolat masih lagi melakukan maksiat? Jawapannya adalah kerana solat yang didirikan tidak dibuat dalam bentuk dan kaedah yang sempurna. Akhirnya solat itu gagal mendidik ruh walapun kelihatan di mata kasar menepati rukun zahirnya. Firman Allah SWT : " Telah berjayalah orang mukmin yang khushu' di dalam solatnya" ( Al-Mukminun : 1) , Nabi juga bersabda ertinya : " Allah tidak melihat kepada solat seseorang yang tidak hadir hati seseorang dengan badannya" ( Hadith Mursal )
Nabi SAW menegaskan "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat" .Justeru, beruntunglah sesiapa yang memperelokkan solatnya dengan didasari ilmu dan kekhusyu'kan hati. Benar ia adalah sesuatu yang amat sukar di akhir zaman ini. Maka menyedari dan menginsafi kepentingan ilmu dalam menyempurnakan ibadah terbesar ini. Suatu usaha khusus yang bersungguh untuk memperdalami selok belok ilmu tentang solat adalah amat diperlukan. Justeru, Kursus Kesempurnaan Solat dan Muhasabah Diri ini adalah amat wajar dilaksanakan.
O b j e k t i f
1) Mendedahkan beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu' dalam solat serta menekankan kepentingannya.
2) Mendedahkan kaedah solat yang paling bertepatan dengan solat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan dalil-dalil terkuat. Serta mendedahkan pandangan mazhab Syafie dan lain-lainnya (jika terdapat keperluan) di dalam hal-hal cabang.
3) Mempersembahkan suatu ilmu teori dan praktikal agar dapat melahirkan solat yang paling hampir dengan solat Rasulullah SAW.
4) Mengeluarkan umat Islam dari kepompong taqlid dalam ibadah solat kepada mengetahui dalil-dalil al-Quran dan As-Sunnah yang kukuh.
5) Memantapkan solat umat Islam hari ini agar ia benar-benar di tunaikan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
T e m p a t
Auditorium atau Dewan Seminar.
Pengalaman Kursus Ini :-
- Bank Industri dan Teknologi Berhad ( 21-24 Disember 2004 ) : Seramai 80 kakitangan Bank turut serta.
- PETRONAS Menara Berkembar ( 29 Januari 2005 ) : 160 peserta.
- Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama ( 30 Januari 2005) : Seramai 155 orang peserta berdaftar.
- PERODUA, Rawang (19 Februari 2005) : Target peserta seramai 150 orang.
- Ibu Pejabat NTV 7, Shah Alam (27 Februari 2005)
- Dewan Institut Tadbiran Islam (INTIM) IPOH : (13 Mac 2005) seramai 200 orang
- Ingress Technologies Sdn Bhd (26 Februari 2005)
- Petronas Gas Berhad, Kerteh (17-19 Mac 2005)
- Ingress Engineering Sdn Bhd (26 Mac 2005)
- Dewan Seminar, Masjid Negeri Shah Alam ( 27 Mac 2005 ) seramai 161 orang
- PERODUA Rawang (kali Kedua- 10 April 2005) - 80 peserta
- Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara (16 April 2005) - 110 peserta
- Kolej Tunku Jaafar, Mantin ( 21 April 2005 ) - 200 peserta
- Proton Holdings Berhad, Shah Alam (07 Mei 2005) - 130 peserta
- Menara Telekom, Jalan Pantai Bharu, (14 Mei 2005)- 161 peserta
- Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara (kali kedua - 29 Jun 2005) - 100 peserta
- Bank Negara Malaysia (25 Jun 2005) - 210 peserta
- Universiti Islam Antarabangsa (31 Ogos 2005) - 230 peserta
- Laguna Merbok, Sg Petani, Kedah ( 03 September 2005) - 270 peserta
- Masjid Pasir Gudang, Johor ( 18 September 2005) - 101 peserta
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ( 01 Oktober 2005) - 100 peserta
- Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar ( 02 Oktober 2005 ) - 200 peserta.
- Dewan Al-Farabi, Univ Al-Bayt, JORDAN ( 14 Oktober 2005 ) - 173 peserta
- Dewan Besar IKIM, ( 3 Dis 2005) - 160 peserta.
- PNB ( 17 Disember 2005) - 101 peserta
- Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam ( 5 Feb 2006) - 203 peserta
- Dewan Dato Hormat, Tg Karang, ( 11 Feb 2006 ) - 200 peserta
- Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (25 Feb 2006 ) - 40 peserta
- Masjid As-Syakirin, KLCC (26 Mac 2006 ) - 310 peserta
- Gerbang Perdana Sdn Berhad ( 9 April 2006)
- Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (22 April 2006 )
- Persatuan Wanita KLIA ( 6 Mei 2006) - 100 peserta
- UKM KL ( 20 Mei 2006 ) - 250 peserta
- Pusat Persidangan Antarabangsa, BRUNEI - 250 peserta (3 Jun 2006)
- Dewan Besar Tabung Haji, Malaysia - 210 peserta ( 22 Julai 2006)
- Institut Perkhidmatan Awam, Brunei - 110 peserta ( 29 Julai 2006)
- NAZA Automotive Sdn Bhd, Gurun, Kedah (12 Ogos 2006)
- Auditorium Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, KL ( 13 Ogos 2006)
- Perpustakaan Negara ( 17 September 2006 )
P e r a n g k a M o d u l
Nama : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
- Penasihat, Pusat Pengajian At-Tibyan
- Bekas Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
- Kolumnis An-Nur, Akhbar METRO AHAD
- Panel Fiqh, Majalah i, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
- Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad.
- Ketua Penyelaras Shariah, Asian Finance Bank Berhad (sekarang)
Kelulusan
- B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
- M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
- Tawliah Sebagai Penceramah Agama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)
- Merupakan Pelajar Terbaik dalam 2 subjek sarjana di Univ. al-Yarmouk tahun 2002 dalam subjek Usul Fiqh dan Fiqh Kontemporari, mendahului semua pelajar-pelajar Arab dari Jordan, Mesir, Iraq, Saudi, Syria dan lain-lain. Kedua-dua subjek tersebut di ajar oleh guru -guru yang terkenal paling sukar di Universiti al-Yarmouk iaitu Prof Dr Syeikh Muhammad Fathi Ad-Durayni (Syria) dan Prof Dr Abd Nasser Abul Basal (Jordan).
- Merupakan Pelajar Terbaik Peringkat Sarjana kategori Pelajar Luar Jordan. Bagi seluruh pelajar tahun 1999, 2000, 2001.
Pengalaman Dakwah :
Berpengalaman menyampaikan dakwah selama lebih 15 tahun, serta pernah muncul di Radio IKIM.FM dan kaca televisyen NTV 7 dan TV3 memberikan nasihat agama kepada masyarakat Malaysia dan BRUNEI. Juga amat aktif memberikan ceramah, kuliah, kursus dan kaunseling di Jabatan Kerajaan Dan Swasta di Malaysia . seperti :
: PETRONAS Twin Tower
: Masjid As-Syakirin, KLCC
: Masjid PROTON
: Masjid PUTRA, Putrajaya
: Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara, KL
: Masjid Al-Mujahidin, Damansara Utama
: Masjid A-Nur, Subang Jaya
: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
: Kementerian Kerja Raya Malaysia, KL
: Kementerian Pertanian Malaysia, KL
: Menara Pernas
: Subang Airport, Subang
: Ingress Engineering Sdn Bhd
: Ingress Technologies Sdn Bhd
: Ingress Corporation Berhad
: Shell Berhad
: Bangunan Felda Pusat, Jalan Semarak
: SAPURA Machening
: Bank Islam Malaysia Berhad
: Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad
: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KL
: Takaful Malaysia Berhad.
: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
: Lembaga Perkayuan Malaysia, Menara PGRM
: Menara TELEKOM, Bangsar
: Ibu Pejabat PROTON Holdings, Shah Alam.
: Menara Celcom dan Menara TR
: Ibu Pejabat PERODUA, Rawang
: Bank Simpanan Nasional (ibu pejabat)
: Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DBP)
: Malaysia Palm Oil Board (MPOB), Kelana Jaya
: Bursa Malaysia Berhad
T a j u k & P e n g i s i a n
Ceramah 1 : Tajuk : Solat Sempurna dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama )
Ceramah 2 : Tajuk : Solat Sempurna Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua)
Ceramah 3 : Tajuk : Solat Sempurna Dari Takbir Hingga Salam (Sesi Ketiga)
Ceramah 4 : Tajuk : Falsafah Solat dan Beberapa Kaedah Mencapai Khusyu' Dalam Solat.
M a k l u m a t K e r t a s K e r j a
Elok untuk disebutkan di sini, bahawa penulis bergantung kepada pelbagai jenis kitab yang muktabar, lama dan baru, ketika menulis dan menganalisa demi menghasilkan hasil yang terbaik untuk dijadikan pegangan kita semasa solat. Antara kitab silam yang menjadi rujukan utama adalah :-
- 1. Al-Umm oleh Imam Muhammad Idris as-Syafie (204 H)
- 2. Fath al-bari Syarah Shohih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar Al-‘Asqolani (852 H)
- 3. Syarah Shohih Muslim oleh Imam Yahya Syaraf An-Nawawi (676 H)
- 4. Ma'alim as-Sunan Syarah Sunan Abi Daud oleh Abu Sulaiman Al-Khattabi ( 388 H)
- 5. Sunan At-Tirmdizi oleh Imam Abu Isa At-Tirmidzi
- 6. Zad al-Ma'ad fi Khayri Hadyi al-‘Ibad oleh Ibn Qoyyim al-Jawziyah (758 H)
- 7. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid oleh Ibn Rusyd Al-Hafid (595 H)
- 8. Rawdhat at-Tolibin, Imam An-Nawawi ( 676 H)
- 9. Mughni oleh Imam Ibn Quddamah al-Maqdisi
- 10. Mughni al-Muhtaj oleh Muhd Bin al-Khatib as-Syarbini
- 11. Subul as-Salam Syarah Bulughul Maram oleh Md Ismail As-Son'ani (1182 H)
- 12. Nailul Awtar oleh As-Syawkani (1250 H)
Dan beberapa kitab mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali yang lain juga dijadikan rujukan sekali sekala.
Manakala kitab kontemporari yang dijadikan sumber rujukan utama pula adalah :-
- 1. Al-Fiqh Al-islami wa Adillatuhu oleh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhaili
- 2. Al-Fiqh Alal Mazahib Al-‘Arba'ah oleh Al-Jaziri
- 3. Min Ahsani al-Kalam fil fatawa oleh Syeikh Atiyyah Saqar
- 4. Fatawa Mu'asiroh oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
Dan beberapa kitab lain yang kadang kala dirujuk.
C a r a P e m b e n t a n g a n
Menggunakan teknik berikut :
- 1) Ceramah lisan
- 2) LCD Projektor
- 3) Kertas Kerja
- 4) Praktikal beberapa orang peserta dan pembentang akan melakonkan beberapa gerakan di hadapan peserta.
- 5) Tayangan Video Solat.
- 6) Lukisan di White Board
T e s t i m o n i P e s e r t a
1) Kursus ini sangat bagus untuk menyedarkan seluruh umat Islam yang kian leka, saya dapat banyak informasi yang baru dan dapat meningkat ketaqwaan dan ketakutan kepada azab Allah kelak.
- Siti Nurul Huda - Kota Damansara, Petaling Jaya, Tel : 016-224 3080
2) First class speaker ! full of substance delivered with Hikmah & humor. A very useful and very effective course.
- Hisham Bin Othman - Chief Executive Officer . Shah Alam . Tel : 012- 210 9494 . email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
3) Bagi yang ingin mencapai kecermerlangan dunia dan akhirat, perbaikilah solat , sertai kursus ini. InsyaAllah matlamat akan tercapai.
- Yuslina Yaakob - Banker , RHB Bank Berhad. Tel : 012-553 6793
4) Ianya sangat menyentuh hati dan sangat berkesan dan ianya amat sesuai bagi semua golongan.
- Asma Bt Mohd Isa - Pengurus, Telekom Malaysia Berhad. Tel : 013-364 3025
5) Well done !! I personally have gained A LOT here! Not just on "solat" but I learnt more, TQ ! Alhamdulillah I thank God for coming today ! This is just the beginning . Tq very much.
- Nurul Farhana Adnan - Executive, Maybank Berhad. Tel : 012- 225 7875
6) Amat baik, tidak ternilai ilmu dan pengetahuan dan kesedaran diperolehi daripada program ini.
- Nazro; Hafiz Bin Nazlan - Manager, SERAI Solutions, Tel : 013-358 3553
7) Kursus ini sungguh menyedar dan menginsafkan saya. Perkara selama ini saya tidak tahu hukumnya, sekarag telah tahu. Terima kasih kepada penceramah.
- Ahmad Kamil Hafiz Bin KaamarulZamil - Pelajar . Tel : 03-5634 3072
8) Inilah kursus yang saya cari selama ini bagi memperelokkan kesempurnaan solat, mudah-mudahan ia memberi kesan mendalam dan lebih yakin semasa solat.
- Safar Bin Kasim- Executive, Asian Crystal Sdn Bhd . Tel : 012-212 7967
9) Sesungguhnya kursus ini adalah pelaburan akhirat yang tidak sepatutnya dilepaskan ! .
- Mohd Hassan Che Haat . Tel : 012- 289 9420
10) Its just great even for someone who does not have strong Islamic education . Kursus ini menjadikan solat sesuatu yang mudah untuk diamalkan sekarang bukannya satu beban seperti dulu, Thanx a lot to Ust Hj Zaharuddin, looking forward to more of his course.
- Elaina Sukaimi - Marketiing Exec, KDU Smart School Sdn Bhd. Tel : 016- 913 7265
11) Memberi kesan yang mendalam - Abeeda Sulaiman , Chef, Concorde Hotel KL. Tel : 019-282 1773
12) Sangat baik kerana dapat memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang tidak perasan sewaktu solat dan perkara-perkara ilmu yang berkaitan dengan solat dan kehidupan ini.
- Zulkifli Abdullah- Pengurus, RAPID KL SDN BHD, Tel : 03-8075 6790
13) Sangat baik untuk memantapkan serta meningkatkan kekhusyukan solat, kursus ini berjaya meningkat mutu solat serta menjawab pelbagai persoalan.
- Faziyaah Bt Abd Rahim- Pengurus, Bank Rakyat. Tel : 03-2612 9600
14) Syabas, ceramah agama paling best, metodologi penyampaian terbaik, keep it up!
- Mazlina Mohd Noor- Banker, RHB Bank Berhad . Tel 013- 3745776
15) Benar-benar membuka minda dan pengetahuan baru kepada yang benar-benar memerlukannya.
Wan Hasreena Wan Omar - Executive, Malaysia Airports Bhd. Tel : 012- 202 5287
16) Mengikuti kursus ini banyak membantu saya dalam tertib dan amalan-amalan dalam solat. Selama ini kita tidak sedar samada perbuatan kita betul atau salah.
- Adora Bt Abu Hasan - Pembantu Tadbir, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Tel : 03-6204 6330
17) Inilah kursus yang selama ini saya cari dan barulah saya mengtehaui mana yang betul dan salah dalam amalan solat, yang selama ini dilakukan secara ikut-ikut .
- Engku Ahmad Kamel, Ketua Pegawai Operasi, Aldwich Sdn Bhd .
T e n t a t i f P r o g r a m
07.30 pagi : Pendaftaran peserta
08.30 pagi : Tayangan Video Wudhu dan Asal Usul Solat
Ceramah 1
Tajuk : Sifat Solat Nabi SAW dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama)
10.30 pagi : Sesi Soal Jawab
11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.30 pagi : Ceramah 2
Tajuk : Sifat Solat Nabi SAW Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua)
12.30 tgh : Sesi Soal Jawab & Beberapa Latihan Bacaan Al-Fatihah.
01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari
02.15 ptg : Ceramah 3
Tajuk : Sifat Solat Nabi SAW Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Ketiga )
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab & Beberapa Praktikal Pergerakan Solat.
04.00 ptg : Rehat dan solat Asar
04.45 ptg : Ceramah 4
Tajuk : Falsafah Solat dan Bagaimana Mencapai Khusyu' Dalam Solat.
: Tayangan Video Keinsafan
06.15 ptg : Sesi soal jawab, penutup dan minuman ringan
P e n u t u p
Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan solat. Kesan dari solat yang sempurna pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah
Sekian,