Dilema Hutang Silam : Cara Selesai

(7 votes, average 5.00 out of 5)

Dilema Hutang Silam : Cara Selesai

SOALAN

littlewordpress <littlewordpress@yahoo.co.uk> wrote:

salam ustaz...

semasa menjadi pelajar di UK almost 10 tahun lepas saya menggunakan kredit kad. Saya tidak pernah lewat membayar dan membayar tepat pada waktunya sepanjang 2 tahun menggunakannya.

sebelum pulang ke Malaysia, saya membayar wang yang lebih banyak kepada  kad kredit supaya saya dapat menggunakan kad kredit itu dengan mudah pada  bulan hadapan.

saya tidak pasti sama ada jumlah yang saya gunakan selepas mmbayar wang yang lebih itu lebih atau tidak. pada masa itu, saya agak jahil tentang hukum berhutang.

after almost 10 years, saya sekarang berasa ragu2. saya amat takut sekiranya saya mempunyai hutang dengan syarikat kad kredit tersebut.

saya telah email bank kad kredit itu di UK.. tetapi malangnya mereka tidak ada rekod saya lagi.


masalah saya sekarang..

saya amat TAKUT jika saya masih ada hutang dengan mereka. Buat pengetahuan ustaz, saya tidak menutup perkhidmatan kredit kad itu bila pulang ke Malaysia dan saya juga tidak pernah menggunakannya lagi seleps keluar dari UK. tetapi saya pasti saya ada menggunakannya
di saat-saat akhir sebelum pulang ke Malaysia..

saya amat TAKUT dengan beban hutang ini.

bolehkah hutang saya itu saya bayar pada baitulmal atau berikan pada mana2 fakir miskin.. atau mendirikan sekolah utk anak2 istimewa?

bagaimanakah saya dapat melangsaikan hutang itu kerana bank tidak ada rekod hutang saya?

saya amat TAKUT ya ustaz.. saya telah membuat kesilapan yang besar  pada masa itu...

JAWAPAN

salam,

Tahniah atas sensitiviti anda yang amat baik. Amat kurang umat islam yang punyai sensitiviti seperti anda pada hari ini.

Dari cerita anda, apa yang saya faham hutang anda telah habis semasa anda pulang ke malaysia. Anda juga telah membayar lebih dari apa yang digunakan sebagai 'back up' sebelum anda pulang ke Malaysia..kemudian anda tidak lagi menggunakannya semasa di Malaysia. Hanya menggunakannya sebelum balik Malaysia. Saya tidak tahu berapa jumlah bayaran ‘back up' anda dan berapa jumlah terakhir yang anda guna. Jika anda juga tidak ingat dan anda tahu bahawa penggunaan terakhir itu melebihi bayaran ‘back up' anda.  Ini bermakna anda masih berhutang dengan syarikat tersebut.

Dan hukum hutang adalah wajib di bayar walaupun dengan orang bukan Islam.  Yang terbaik adalah jika anda masih ingat ‘lebih kurang' jumlah hutang anda dan syarikat tersbeut juga masih ada, hendaklah anda membayar hutang anda itu kepada syarikat itu. Maklumkan sahaja kepada syarikat itu, bahawa bayaran ini adalah ‘derma' kepada syarikat jika anda berasa sukar untuk memberitahunya sebagai bayaran hutang lapuk.

Adapun jika anda berbuat demikian maka akan membawa masalah besar yang lain ermasuk undang-undang dan lain-lain. Bolehlah anda bersedeqah demi untuk memastikan diri anda bersih dari hutang itu secara sepenuhnya. Anda dibenarkan untuk mendermakannya kepada mana-mana faqir miskin dengan diniatkan untuk menutup apa jua hutang yang masih berbaki yang diluar pengetahuan.

Sebagai akhirnya sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Sekian

Ust Zaharuddin

http://www.zaharuddin.net/


6 Jumada Al-Awwal 1428 H

23 Mei 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites