(14 votes, average 4.79 out of 5)
 

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.

auction1.jpg
 

Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak.  Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه

Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]

Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram [2]

Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-

•a-   Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.

•b-   Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.

•c-  Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).

•d-  Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.

•e-   Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.

•f-   Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Hukum Lelong di E-BAY

Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).

Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-

ما قارب الشيء يعطي حكمه

Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]

Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-

•1)  Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.

•2)  Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.

       Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.

•3)  Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time' kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.

•4)  PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

•5)  Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.

•6)  Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.

•7)  Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.

Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.

LELONG DI SWOOPO

Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk

Setelah meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup berbeza dengan ebay adalah :-

3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices, which can be viewed in "My Swoopo" under "Buy Online Bids".

Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.

Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.

Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.

4. Bidding / Use of the BidButler

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account.

KESIMPULAN

Jual dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli. Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini  ;-

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices,

Dan ini

Each bid costs just 40 pence, available in "BidPacks" of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]

Anda dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence ( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas, cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk menyertai bidding ini.

Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account. [5]

Tatkala itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Januari 2009



[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.

[2] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220

[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82

[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html

[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh