Saya ada
mengikuti beberapa siri ceramah ustaz di youtube dan juga web ini. Saya
berminat untuk mendengar seberapa banyak ceramah ustaz, jadi bolehkah ustaz
berikan info dimana saya boleh dapatkan ceramah penuh ustaz dan apa jua medium untuk saya menuntut ilmu
dengan cara tidak rasmi ini dari ustaz.
Saya amat berminat mendengar ceramah
ustaz. Saya juga minta ustaz dapat jelaskan beberapa displin menerima ilmu melalui ceramah. Terima kasih
-Pemuda
Islam-
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Terima
kasih atas minat sdr dan niat sdr yang sebegitu baik. Saya ingin menasihati saudara agar mengambil ilmu dari pelbagai sumber dan
penceramah. Namun sdr perlu melihat latarbelakang penceramah tersebut dan
jangan hanya terikut-ikut dengan populariti seseorang.
Terdapat
ramai penceramah dan ilmuan yang tidak popular di sisi masyarakat namun mampu
memberikan ilmu yang amat mantap dan baik kepada pendengarnya.
Terdapat
juga penceramah yang tidak begitu mahir dalam menyusun ayat-ayat atau
menyelitkan lawak-lawak jenaka, namun isi kuliahnya adalah amat cemerlang.
Justeru, pelbagaikanlah
dan janganlah terhenti hanya kepada penceramah satu aliran. Nilailah setiap
ceramah dari mereka yang pakar dengan adil. Buangkan isi-isi hodoh yang diungkapkannya,
campakkan sikap memaki dan merendah jika ada tersilt dalam ceramah mereka.
Cukuplah manfaatkan yang baik darinya. Lihatlah kepada positifnya berbanding
yang negatifnya. Janganlah merasa pelik dengan sikap sebahagian penceramah yang
kelihatan bukan dari akhlak Islam, ini adalah kerana mereka juga manusia biasa
yang punyai kelemahan dan dosa. Manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk.
Ertinya : yang mendengarkan
perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah
orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang
mempunyai akal ( Az-Zumar : 18)
Adapun soalan sdr berkaitan beberapa displin menerima kandungan ceramah :-
1) Semak latar
belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin
Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah
dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu " ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)
2) Dapatkan komen
dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya. Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan
siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.
3) Mendengar
dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh
kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar
konteksnya. Petikan-petikan di youtube
biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah
wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya.
4) Jangan ambil
serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh
dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham
semata-mata.
5) Mendengar satu
ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Jika anda mendengar sekerat
dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah
tersebut.
6) Sebaiknya,
dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan
hadis secara nasnya. Ia adalah
sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun,
mempunyai nas tidak semestinya intrepertasinya dan penggunaannya adalah betul
dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas,
tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya,
kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini.
7) Setelah
mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu
taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan
lain yang berbeza.
8) Sampaikan ilmu
yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta
menisbahkannya kepada penceramah asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan
salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu
dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau
anak muridnya.
Saya merasakan itulah sahaja yang sempat untuk
saya kongsikan bagi menjawab soalan ini. Semoga ada manfaatnya.
Akhirnya, berkenaan
ceramah saya, terdapat satu web yang kelihatan menggabungkan penceramah
pelbagai. Darinya saya petik yang masukkan di web ini. Kemungkinan besar ia
adalah hasil rakaman handphone akhi Saiful Bahri dan beberapa rakan lagi.
029. Pembiayaan Rumah Cara Islam Bai Bithaman Ajil (Komen ASB bersama Dr Haron Din)
19/2/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?tntzxwoww2j
here are the lyrics:
shakautu ila Waki` su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna ilman nur
wa nur Allah la yu`ta al-`as
The great Imam ash-Shafi', he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, 'abandon rebellion, for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
Posted by Norashikin binti Abu Bakar, on 21-06-2010 11:42, IP 118.101.209.59, Guest
1. Memohon Tunjuk Ajar
Assalamalaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh ....
Ustaz ,
Saya ingin sangat meminta bantuan kepada ustaz akan bagaimanakah ingin membuat tugasan yang ada kaitan dengan Fiqh Muamalat (RIBA) bolehkah ustaz emailkan kepada saya satu contoh assignment kepada saya sebagai rujukkan satya . Saya hanya perlukan untuk melihat format dan bentuk olahan ustaz sahaja.Saya ingin mengetahui bentuk olahan ayat sahaja.Buat pengetahuan ustaz saya sudah memiliki buku ustaz iaitu "WANG ANDA & ISLAM ," Sekian sahaja terima kasih...Wassalam
UZAR : UTK TAHU FORMAT, SILA PERGI PERPUSTAKAAN UNIVERSITY ..INHSALLAH IA AKAN BANYAK MEMBANTU KHUSUSNYA DENGAN MELIHAT TESIS MASTERS DAN PHD.
Posted by mahamod yaacob, on 17-06-2010 15:10, IP 115.135.222.244, Guest
2. wakaf harta pusaka
ustaz, kami menubuhkan sebuah koperasi keluarga. Ibubapa kami mahu menyerahkan hartanya kepada koperasi tersebut untuk diuruskan.Hasil/untung daripada pengurusan koperasi terhadap harta tersebut yang akan dibahgi mengikut faraid kepada anak-anaknya. Katanya dengan cara ini harta tak terjual dan akan dinikmati oleh anak cucunya. Bolehkah kaedah sebegini dalam pengurusan harta pusaka? Ada ustaz lain kata ibubapa kami wakafkan kepada koperasi untuk diurus dan selepas diambil kos pengurusan dan sedikit keuntungan, akan dibahagikan hasil itu kepada anak-anak. Minta pandangan ustaz.
Posted by Hamba Allah, on 16-05-2010 20:19, IP 121.121.163.211, Guest
3. ku sayangi ibu bapa ku..
salam..ustaz..saya ingin tanya satu soaln..bagaimana kita mahu menjadi seorang anak yang soleh untuk ibu bapa yang selalu langgar perintah Allah?bagi saya ia sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi,saya selalu berdoa kpd Allah supaya ampunkan ibu bapa saya..dan saya juga selalu cuba memberi nasihat yang mana saya mampu..tetapi apa yang menakutkan saya adalah,saya bimbamg dalam saya menasihati itu,saya telah derhaka atau menyakitkan hati ibu bapa saya.dan mungkin juga ada nada suara saya agak kasar ketika menegur dan menyebabkan hati ibu bapa saya terluka,saya mengaku ini mungkin kelemahan saya sendiri....saya mohon supaya ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalh ini...saya betul2 mahu menjadi anak yang terbaik buat ibu bapa saya(soleh) dan dalam masa yang sama saya nak ibu bapa saya juga menjadi ibu bapa yang soleh ..tetapi kadang2 tu saya rasa saya dah tewas..saya sangat sedih atas kelemahan saya ini..saya mohon sekali lagi supaya ustaz dapat memberi panduan buat saya..insyaAllah dengan bantuan ustaz mungkin menyebabkan saya lebih tabah untuk menghadapi masalah ini dan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik..insyaALLAH..
Posted by AbeMie, on 21-04-2010 14:35, IP 58.26.173.202, Guest
5. Info ttg Friend's Club??
Assalamualaikum WRT WBT
Ustaz, Saya ingin meminta pendapat ustaz atau jika ustaz mempunyai sedikit info tentang satu jenis rangkaian pemasaran (network marketing) bernama FRIEND's CLUB.
Posted by mshalim, on 23-03-2010 12:41, IP 203.82.81.59, Guest
7. hukum faraid
Salam...saya ingin tahu mengenai hukum faraid dan pembahagian harta pusaka mengikut hukum Islam...saya perlukan seseorang yg blh guide saya dan mendengar masalah saya...ini kerana masalah saya agak complicated...sila bantu saya...
Posted by Muhammad Bin Yunus, on 14-01-2010 10:58, IP 203.82.92.154, Guest
8. Jemput Ceramah
Saya dari unit Pengajian dan Dakwah Masjid Parit Mahang, Jeram, Selangor berbesar hati menjemput tuan untuk memberi ceramah di masjid kami, bagai mana cara untuk menghubungi atau berjumpa dengan pihak tuan.
UZAR : UNTUK MAKLUMAN, saya tidak berada di Malaysia. namun saya akan pulang sebentar dari 14 feb - 20 feb 2010 ini. boleh hubungi saya melalui email zaharuddin@yahoo.com
Posted by sarah, on 07-12-2009 18:03, IP 115.134.25.73, Guest
9. hafaz al-quran
assalamualaikum ust, sy nak tanya, kenapa kita patut hafaz al-quran? ada tak hadis yang galak kita hafaz? sy tak tahu, tapi saya nak hafaz al-quran, tapi susah saya nak betulkan niat... harap ustaz boleh tolong terima kasih assalamualaikum
Posted by Kamaruddin Ismail, on 22-11-2009 00:12, IP 203.82.79.108, Guest
10. pelaburan
Asalamualaikum Ust saya ada melabur dalam Noraz . Iaitu sebuah syarikat bumiputera. Pihak Noraz ada mengeluarkan surat perjanjian share pembelian kereta untuk disewakan kepada kerajaan. Daripada keuntungan syarikat dia memberikan saya RM 250 tiap2 bulan selama 5 tahun. Adakah dia income yg dia bagi tu riba dan haram disisi islam
Posted by Siti, on 27-10-2009 13:16, IP 121.121.195.150, Guest
12. ceramah
Assalamualaikum Ustaz. Saya dari bahagian Koperasi ingin mengadakan ceramah mengenai sempurna solat dan ingin memanggil ustaz untuk memberi ceramah tersebut. Bagaimanakah caranya?
Posted by Sha, on 26-10-2009 16:50, IP 60.50.27.58, Guest
13. wanita problem
Assalamualaikum ustaz...soalan sy ialah 1. Blhkah wanita memakai alat kosmetik @ make up yg tdk ad halal ttpi bhn2 kosmetik itu tdk haram? 2. Blhkah seorang Islam melakukan teknik rebonding?
UZAR ;
1) BOLEH PAKAI DI DALAM RUMAH UNTUK SUAMI DAN KETIKA BERSAMA KELUARGA. 2) Tak boleh krn mengubah ciptaan Allah
Posted by Bertanya, on 03-03-2009 12:50, IP 60.53.153.70, Guest
14. Boleh ke?
Terima kasih Ustaz di atas semua usaha ini.
Ustaz, saya perasan, ada pihak yang menjual koleksi ceramah ini. Boleh ke? Atau adakah Ustaz ada buat 'kerjasama' dengan mana-mana pihak untuk penjualannya?
UZAR : Tidak, saya tidak ada buat sebarang kerjasama untuk menjualnya. Namun tidak mengapalah, saya halalkan jika mereka nak jual, cuma mereka kena terus terang bagitau pembeli bahawa kualiti suaranya agak kurang sedikit.
Posted by Paklong(Madrasah Qasimul Ulum), on 09-12-2008 17:52, IP 219.93.152.34, Guest
16. Ceramah Online
AsSalam. Saya menganjurkan agar ustaz membuat ceramah online menggunakan PALTALK. Kami telah mencubanya di Madrasah Qasimul Ulum & ianya boleh diikuti oleh penuntut & rakyat M'sia di UK.
Posted by aleesha, on 18-09-2008 01:15, IP 194.80.178.1, Guest
17. ...
Ceramah yang menarik hendaknya dalam bab pelaburan secara Islam kerana tidak ramai ustaz yang dapat menyampaikannya secara mendalam. Walau bagaimanapun, audio nya tidak berapa jelas. Mungkin Ustaz boleh buat recording khas dalam bentuk CD. Boleh saya beli dan paskan pada kawan2 yang lain. Syukran.
Posted by dr_ aisyah, on 22-08-2008 16:25, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
alhamdulillah, terima kasih ustaz zaharuddin, Allah saja yang dapat balas keikhlasan ustaz menyebarluaskan ilmu yang bermanfaat. Bersyukur saya dapat jadi murid tak rasmi ustaz..
Posted by megat ismail akil, on 20-08-2008 18:24, IP 90.240.186.250, Guest
22. ...
Syukur ke hadrat Illahi.... semoga ustaz dan keluarga diberi kesihatan yang sempurna serta kesejahteraan oleh Allah S.W.T. teruskanan perjuangan untuk kesejahteraan umat Islam. terima kasih diatas ilmu yang bermenafaat.
Posted by sg, on 20-08-2008 18:23, IP 90.240.186.250, Guest
23. ...
Assalamualaikum...terlalu banyak pendapat mengenai ilmu Islam membuatkan umat Islam berpecah belah... Hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya ... Apa pendapat Ustaz ?
Posted by Mohd Azmi, on 20-08-2008 07:30, IP 90.240.186.250, Guest
27. ...
Alhamdulillah .. Terima kasih tak terhingga atas ilmu yang dikongsi bersama pelawat laman ini. Semoga sentiasa dirahmati Allah serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.