Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Peribadi, Tazkirah & Fikir arrow Pujian, Mem'bodek' & Mengampu : Pandangan Islam
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 45 guests online
PDF Print
User Rating: / 13
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-06-2008 14:23
Views 8161    
Favoured 19

Puji, Ampu dan Bodek, Pandangan Islam 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

Sedapnya Kena Puji !


 

"Masyaallah, sangat hebat kesannya tulisan ustaz ini dalam diri saya"

"Anta memang satu-satunya insan hebat dan mampu mengulas dengan sangat jelas dan adil"

"Buku yang sangat mampu mengubah seluruh masyarakat"

"Penyampaian yang saudara buat  tadi memang sangat-sangat cemerlang, kalau bukan kerananya kta tidak mampu dapat kontrak nih"

"Dato' telah membuat satu keputusan yang sangat bernas, pelik mengapa orang lain tidak dapat memikirkan seperti yang Dato fikirkan"

"Saya kira Dr adalah orang yang paling berautoriti dalam bidang ini, apa yang Dr cakap adalah hujjah utama kami"

"Boss, cekap betul boss menyelesaikan masalah tadi, kami tak sangka hal yang amat rumit nampak begitu mudah bila boss bagi penyelesaian"

Ini mungkin segelintir bentuk pujian yang dilontarkan kepada tokoh ilmuan Islam, tokoh politik, ahli akademik,  ketua syarikat dan lain-lain. Adakah pujian ini dibenarkan oleh Islam dibuat secara terbuka di hadapan individu terbabit?

Dalam artikel sebelum ini, saya berkongsi sedikit pandangan berkenaan bahaya sangka buruk jenis dosa yang semakin membiak di dalam masyarakat kita.  Namun begitu, sebenarnya masih banyak isu dan fakta berkaitan sangka buruk yang belum sempat untuk saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. InshaAllah saya akan cuba kongsikannya bersama pembaca selepas ini.

Cumanya saya ingin dahulukan artikel ini disebabkan agak ramai yang terlibat dan kesannya yang tidak kurang dahsyat. Isunya adalah puji memuji, apakah pandangan Islam untuk kita mmeuji seseorang di hadapannya?. Apakah pula bezanya dengan membodek dan pujian sebenar?.

Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan. Diriwayatkan dalam sebuah hadis :-

عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ

Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

PUJIAN ATAU ‘MEMBODEK'

Sekali baca kelihatan kita ditegah sama sekali untuk memuji sesorang di hadapannya. Namun Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut pujian yang "memotong belakang" itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian

Perkara ini dalam kata lainnya adalah 'membodek'. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan. Justeru jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan 'bodek'. Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelintirnya akan memuji dengan benar.

Pujian melampau jenis ‘bodek' bukan sahaja boleh dibuat melalui ungkapan lisan malah ia juga dibuat melalui pergerakan fizikal seperti cium tangan dan sebagainya. Hasilnya, orang yang diperlakukan sedemikian boleh diuji dengan hebat sehingga mereka akan menjadi seorang yang menyangka superior atas segala sesuatu, terbijak, paling berpengaruh dan lain-lain. Sehingga tiada lagi proses peningkatan perlu dibuat. Inilah yang pernah memerangkap perasaan bekas Perdana Menteri, beliau sendiri mengakuinya banyak kali, terbaru di dalam web beliau apabila beliau mengatakan :-

"Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan.: ( rujuk http://www.chedet.com/)

Jelasnya, sang bekas perdana menteri terangkap dengan pujian dan gerakan sokongan orang di sekelilingnya. Kebanyakan mereka yang memuji bukan 'pujian sebenar' namun hanya dibuat kerana kepentingan diri masing-masing. Agar dilihat taat, orang setia dan lain-lain.

Ini biasa berlaku bagi orang berjawatan. Lihat sahaja boss di syarikat anda bekerja, sudah tentu ada yang 'kipas' di dalam mesyuarat, di luar mesyuarat dan lain-lain. Sehingga adakalanya keputusan yang 'TIDAK BIJAK' dilihat bijak akibat bodekan dan pujian palsu ini. Selepas si boss tiada jawatan baru akan diketahui pujian itu hakiki atau palsu semata-mata. Inilah yang dirasai oleh bekas Perdana Menteri.

Budaya 'kipas' dan 'bodek' ini tidak lain kecuali satu tindakan yang haram di sisi Islam dan ia ternyata dari hadis di atas. Yang mana ia pasti membawa kesan buruk kepada penerima 'bodekan'. Malah kesan buruk itu bukan sahaja terhenti kepada orang yang di'bodek' malah seluruh organisasi akan terkesan. Sudah tentu, apabila keputusan yang salah terus dipuji dan disokong kerana 'bodek', akhirnya memudaratkan masyarakat, organisasi serta syarikat.

PUJIAN SEBENAR

Bagi sesetengah individu yang dipuji bukan kerana jawatan yang dipegangnya atau apa jua pengaruh keduniaan. Sebagai contoh ia seorang ulama yang alim lagi rendah diri, tokoh masyarakat yang berjasa, penulis buku yang berkualiti, majalah dan lain-lain yang cekap dan bijak dalam bidangnya. Pujian yang ditujukan kepada hasil kerja dan usahanya menurut kebiasaan adalah pujian yang layak dan benar. Ia tidak jatuh dalam kategori 'bodek' tapi ia masih mempunyai kebahayaan yang mendalam kesannya. Sebuah hadis berbunyi :-

احثوا التراب في وجوه المداحين

Ertinya : Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji ( Abu Daud, no 4170 )

Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132 )

Imam Al-Khattabi ketika menghuraikan hadis di atas berkata :-

فَأَمَّا مَنْ مَدَحَ الرَّجُل عَلَى الْفِعْل الْحَسَن تَرْغِيبًا لَهُ فِي أَمْثَاله وَتَحْرِيضًا لِلنَّاسِ عَلَى الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَشْبَاهه , فَلَيْسَ بِمَدَّاحٍ

Ertinya : Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" ( Ma'alim as-Sunan)

Walau apa jua takwil, teks hadis ini juga merangkumkan segala jenis pujian benar di hadapan orang yang dipujinya. Pengajaran dari hadis sudah tentu jangan terlalu banyak memuji orang dihadapannya walalupun pujian itu adalah BENAR DAN IKHLAS kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya. Kerana itulah sebuah hadis sohih menyebut :-

سمع النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ رجلًا يُثنى على رجل ويُطْرِيهِ في المِدْحَةِ، فقال أهلكتم ـ أو قطعتم ـ ظهر الرَّجل

Ertinya : Musa Al-Asyaary berkata : Rasulullah mendengar seornag lelaki memuji seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong diri lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi-situasi tertentu dan kepada individu tertentu. Situasi tertentu seperti :-

 

a- Orang yang kehilangan keyakinan diri dalam buat perkara baik. Tatkala itu, kita ungkit kebaikkan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.

b- Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu, boleh diberikan pujian atas keberaniannya dan berniat agar ia mampu dicontohi oleh orang lain.

c- Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik dari tergoda dengan sifat ‘ujub (ta'ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu, harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama agar orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan role model dan contoh ikutan. Hal ini jelas adalah nabi s.a.w memuji secraa terangan beberapa sahabat sebagaimana Nabi memuji Ubadah Al Jarrah sebagai ( Aminul Ummah ) individu yang paling jujur dari umat Muhammad, dan pujian kepada Umar al-Khattab r.a :

لو سلك عمر بن الخطاب طريقاً لسلك الشيطان طريقاً آخر

Ertinya : Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain ( kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya') ( Riwayat Al-Bukhari)

 Dan juga sebuah lagi hadis :-

ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر

Ertinya : Tiadalah terbitnya matahari ke atas seorang lelaki yang lebih hebat dari Umar " ( Riwayat Al-Hakim, 3/96 ; Sohih isnadnya)

Hadis ini bersifat simbolik menunjukkan kekuatan cahaya kebaikan yang dibawa oleh Umar r.a kepada umat Muhammad s.a.w. Sebenarnya terlalu banyak hadis-hadis yang menunjukkan pujian baginda kepada para sahabatnya terutamanya sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Abbas, sepuluh sahabat yang dijamin syurga dan ramai lagi. Semua mereka berkelayakan dan kukuh imannya.

 

d- Kanak-kanak dipuji oleh guru dan ibu bapanya bagi merangsang minda dan keyakinan diri si kanak-kanak.

e- Pemimpin yang telus, adil, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t dengan kadar sederhana.


Walaupun semua jenis pujian dalam beberapa situasi seperti ini dibenarkan, si pemuji tidak tergolong dalam kategori yang dilarang oleh Islam. Satu lagi ingatan Nabi s.a.w bagi orang yang ingin memuji adalah :-

إن كان أحدكم مادحًا أخاه لا محالة فليقُل: أحْسَب كذا وكذا إن كان يَرى أنه كذلك، وحَسِيبُه الله، ولا يُزكِّي عَلَى الله أحدًا

 

Ertinya :  Sekiranya ada dari kalangan kamu ingin tidak dapat untuk mengelak dari perlu memuji saudaranya, maka katakanlah : "Aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya..dan Allah akan mengiranya, dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah ( Riwayat Al-Bukhari, no 2519, 2/946)

TUGAS MEREKA YANG DIPUJI

Seterusnya terpulang kepada orang yang dipuji untuk mengawal perasaan dalamannya agar menerima pujian dengan segera mengembalikan kepada izin Allah dan kuasaNya. Justeru, perisai ini akan dapat menghalang dirinya dari merasakan itu kehebatan yang diusahakannya semata.

Sebagai diajar oleh para sahabat Nabi apabila mereka dipuji, mereka akan terus berdoa secara rendah diri dengan doanya :-

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون (واجعلني خيراً مما يظنون)

Ertinya : Ya Allah janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan) (Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)

Sehebat-hebat Nabi s.a.w yang berjaya membuka Mekkah pun tunduk dan menyerahkan pujian kepada Allah, dan demikian juga Zulqarnain sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam surah Al-Kahfi, kejayaannya membina tembok hebat dan kukuh dikembalikan kepada Allah.

Namun demikian, orang yang dipuji janganlah pula terlalu merendah diri secara salah sehingga mencerca diri secara terbuka apabila dipuji orang ramai. Ia tidak diperlukan, jika ingin menewaskan perasaan ujub di hati, cercalah diri secara sendirian.

Jangan juga tiba-tiba berterus terang menyebut diri tidak ikhlas atau apa jua yang merosakkan kepercayaan orang kepada diri.

Jangan pula berlebihan membawa kisah pujian kepada ramai orang lain kerana ia boleh membawa satu penyakit lain di kalangan pendengar pula iaitu HASAD DENGKI. Saya akan tuliskan satu artikel berkenaan kedahsyatan virus dengki dalam mayarakat kita selepas ini InshaAllah.

Jangan juga mengambil pujian itu secara serius dan berhasrat mendapatkannya lagi. Kerana sekali ia terbuku di hati sedemikian, ia akan merosakkan niat dan melemahkan kerja amal kepada pemburuan pujian manusia yang sementara.

Akhirnya, apabila tiada lagi pujian, tamatlah juga usaha kita. Lebih bimbang, usaha berterusan tapi tamatlah catatan amal dan pahala di sisi Allah kerana dilakukan kerana manusia. Nauzubillah.

Sekadar itu artikel ringkas untuk ingatan diri saya dan rakan-rakan. Terutama mereka yang kerap dipuji. Ingatan juga buat mereka yang ringan tangan dan lidah memuji, bukannya niat saya agar anda stop memuji mereka yang layak.

Bukan juga niat saya untuk motivasikan anda untuk terus dan asyik memuji tanpa memikirkan kebahayaan kepada diri yang dipuji dan diharap turut fikirkan orang lain yang mendengar dan membaca pujian-pujian, ada yang mudah jadi cemburu secara tiba-tiba.

Terus terang, dalam dunia internet ini terdapat ramai bloggers yang kerap dipuji sehingga menimbulkan cemburu di sisi pembaca lain atau bloggers lain yang kurang popular. Ini menyebabkan ada kalangan mereka yang menghantar kecaman, kutukan kepada bloggers sbagi merosakkan minda dan kemampuan di bloggers menghasilkan tulisan yang baik. Bayangkan, sampai begitu sekali !!.

Akhirnya, benar terdapat nas yang menyebut bahawa pujian dan nikmat yang diperolehi oleh amalan solehnya seseorang (tanpa ia berniatkan untuk mendapat pujian) adalah merupakan satu nikmat awal dari Allah untuknya, namun kita perlu teringat bahawa terdapat individu yang telah menikmati pujian atas amalan baiknya di dunia ini mungkin akan terlepas dari pulangan nikmat di akhirat. Demikian intipati kata-kata khalifah Abu Bakar yang bimbang nikmat awal di dunia akan menghalang nikmat di akhirat. Itulah akibat terselit keinginan pujian dunia semasa lakukan amal soleh. Demikian berhati-hatinya Abu Bakar as-Siddiq. Allah Akbar !

Tidak dinafikan sedikit-sedikit penghargaan dan pujian perlu untuk merangsang terus menulis secara percuma, bekerja dan beramal untuk ummah, namun ia perlu dilihat secara berhati-hati.

Semoga Allah memelihara kita semua dari tersalah guna pujian yang sebenarnya manis buat hati untuk terus berjuang memartabatkan Islam.

  

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Jun 2008

Last update: 06-06-2008 17:06

Published in : Soal Jawab, Peribadi, Tazkirah & Fikir
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (20) RSS feed comment
Posted by Insan Kerdil, on 27-06-2008 11:37, IP 60.52.100.114, Guest
1. ...
Aslmkm, Alhamdulillah.. kebanyakan pandangan UZAR saya terima kerana ia meliputi pelbagai aspek dari setiap golongan manusia. Tidak terasa berat sebelah dan banyak mendidik hati saya. Teruskan perkongsian ilmu itu kerana tidak ramai yang mempunyai ilmu dan mengembangkannya kerana Allah S.W.T. Wallahua'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nurul Hidayah, on 25-06-2008 09:55, IP 60.52.99.18, Guest
2. ...
salam ustaz.. 
sya sebenrnya tertarik dgn tajuk ni.. 
macm ne sya nk lebih mengkaji tajuk ni..sya nk wat sebagai tajuk latihn ilmiah saya..jdi buku ape yg lebih tepat n bnyk mmbincangkan tajuk nie ustaz?.email saya Amsyar_dn@yahoo.com.my :?
 
» Reply to this comment...

Posted by Nurul Hidayah, on 25-06-2008 09:54, IP 60.52.99.18, Guest
3. ...
salam ustaz..sya berminat ngn tajuk ustaz untuk wat tajuk latihn ilmiah sya..jdi sya nk tanye mcm ne nk cri bahn yg terbaik untk tajuk nie..sya harp uztaz leh tolng saya sedikt sebnyak..syukran..emal saya Amsyar_dn@yahoo.com.my
 
» Reply to this comment...

Posted by maz, on 24-06-2008 18:00, IP 60.52.96.66, Guest
4. ...
As'kum, 
minta izin ye ust, ingin saya kongsikan bersama pesanan kata2 dari seorang Ulama berkenaan sifat ujub yang sangat halus dan tersembunyi. "Ianya umpama semut hitam yang berjalan diatas batu hitam dalam keadaan malam yang gelap gelita" wallahualam
 
» Reply to this comment...

Posted by ummu hanan, on 24-06-2008 13:46, IP 211.25.51.205, Guest
5. ...
terima kasih ust, atas tazkirah yang benar ini. bagaimana pula dengan pemberian gelaran2 seperti dato' dato' seri dll kepada manusia kerana jasa2 mereka kepada masyarakat ye? kerana kemudian, macam tak boleh sebut nama dia kalau tak sebut gelaran tersebut. wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by SangPelangi.com, on 05-06-2008 23:01, IP 60.52.97.235, Guest
6. ...
Selama ni, bila dipuji, pasti saya terasa sedikit tak sedap hati. Tak tahu kenapa. Ada satu kes, sampai tak khusyuk solat dibuatnya.  
Mungkin sebab pujian itu telah mendatangkan ujub dalam diri? Astaghfirullah. 
Saya memang tak suka memuji apatah lagi dipuji. Ustaz, harap dapat berikan tip-tip untuk menjaga kerendahan hati.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ajis, on 05-06-2008 14:30, IP 60.52.102.82, Guest
7. ...
Salam, 
 
Tahniah Ustaz atas pandangan dan ilmu yang dikongsikan bersama. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah diatas menfaat yang disebarkan. Takbirrrr...Allahu Akbar.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by shiha, on 04-06-2008 22:37, IP 60.52.102.52, Guest
8. ...
Salam.. 
 
Sering juga pujian dari mahasiswa/i kepada pensyarah mereka. Mereka merasakan bahawa hebat sungguh pensyarah mereka kerana mengetahui sesuatu topik dengan mendalam. Sedangkan, itu hanyalah tugas harian seorang pensyarah, sebagai bread and butter dalam pengajarannya. Kalau dah mengajar sesuatu topik itu berulang kali, saban tahun asyik subjek yang sama, maka lama - lama memanglah menjadi semakin fasih dengan topik itu.  
 
Sebaliknya bagi penuntutnya pulak, topik itu topik yang baru dan pertama kali mereka belajar mengenainya, sudah pastilah bersusah payah untuk mereka memahaminya. Lantas jurang perbezaan ini menyebabkan mereka mengkagumi seseorang pensyarah itu, sedangkan sepatutnya tidak begitu. 
 
Wasalam. 
 
UZAR : BETUL TU..JIKA ADA SOAL JAWAB BARU MUNGKIN TERDEDAH SIKIT KEMAMPUAN ILMU SANG PENSYARAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 03-06-2008 23:23, IP 60.52.97.43, Guest
9. ...
ermm.. kalau perli plk apa hukum ust?? :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by 84, on 03-06-2008 23:22, IP 60.52.97.43, Guest
10. ...
Salam... 
Jangan bodek, jangan puji lebih2, tapi bagi semanagat, bagi dorongan untuk mereka2 yang melaksanakan tugas dgn betul dan amanah...  
Jangan leburkan kekuatan ikhlas hanya kerana 'pujian' pemuji.  
Pemuji hati2, yg dipuji serahkan pada ilahi.... 
Wassalam...
 
» Reply to this comment...

Posted by syauqina, on 03-06-2008 15:47, IP 60.52.103.218, Guest
11. ...
salam uzar 
 
kadang2 pujian yang melambung memang boleh merosakkan diri....terima kasih atas artikel ini...mudah2an dapat mengelakkan pujian berlebih2an dan wujud rasa rendah diri... :) insyaallah
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 03-06-2008 07:20, IP 60.52.103.218, Guest
12. ...
masyarakat skang ramai 'bodek' pegawai atasan konon2 nya utk cepat naik pangkat.. 
padahal rezeki semuanya datang dari Allah s.w.t.
 
» Reply to this comment...

Posted by www.PemikirKaya.com, on 02-06-2008 21:15, IP 60.52.100.254, Guest
13. ...
masyarakat kita kaya dengan pujian dan kaya dengan 'bodek'kan... 
 
Terima kasih Uzar di atas artikel yang sarat dan KAYA maknanya.. 
 
Salam Kekayaan, 
 
THINKERICH
 
» Reply to this comment...

Posted by Ashaadi Fandzuri, on 02-06-2008 15:01, IP 211.25.51.205, Guest
14. ...
Bukankah ada hadith yang menyatakan bahawa setiap amal itu dinilai atas niat ia dikerjakan. Pujian atau kutukan sepatutnya tidak ada apa-apa kesan kalau sudah yakin dan ikhlas. 
 
UZAR : ADA BENARNYA, TAPI SEBAGAI MANUSIA BIASA PASTAI ADA KESAN. MALAH ADAKALANYA KITA TERKESAN BUKAN KERANA ORANG KUTUK KITA, TAPI KESAL, SEDIH DAN KECEWA KERANA TERLALU JAHILNYA MAD'U DAN DEGILNYA MEREKA, MACAM NABI S.A.W YG SEDIH APABILA ORANG TAIF DEGIL, MENOLAK DAN CERCA AJARAN ISLAM DAN NABI SENDIRI.
 
» Reply to this comment...

Posted by XYRY, on 02-06-2008 13:03, IP 60.52.102.7, Guest
15. ...
Maksudnya yang saya faham, pujian selayaknya buat Allah. Pujian untuk makhluk biarlah tak berlebih dan betul tempatnya... Tak gitu UZAR 
 
Bukan memuji memuja tapi menghargai segala usaha penda'wah di bumi Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by zamputera08@yahoo.com, on 02-06-2008 13:02, IP 60.52.102.7, Guest
16. ...
Salam.. 
 
pada pandangan peribadi saya mengenai isu puji-memuji ni.. 
 
dr sudut psikologi..PUJIAN;adalah penghargaan..ucapan terima kasih..menghargai..menilai sesuatu dan sbgainya.. 
 
bagi yang memuji kenalah iklas dalam memberi pujian dan secara x langsung memeberi impak positif dalam diri penerima..manakala yang menerima janganlah terlalu berbangga dan tenggelam dalam pujian..ego x bertempat..sombong..bongkak dan pelbagai sifat mazmumah yg lain..ambilah secara positif dan sederharna agar melakukan sesuatu lebih baik lagi di masa akan datang..ada kebaikannya jika digunakan dengan betul!! 
 
pujian juga dapat membantu merapatkan perhubungan sesama ahli keluarga/suami isteri..rakan2 sekerja....juga dalam mendidik anak2..cthnya; anak2 akn rasa dihargai..disayangi..dihormati kerana pujian adalah penghargaan yg berbentuk nasihat.secara x langsung anak2 dapat meningkatkan potensi diri..cuma JANGAN terlebih pujian..pujian juga boleh didahulukan apabila hendak menegur apajua kesalahan..ini kerana penerima akan rasa lebih dihargai dan menganggap kesalahan yg ditegur juga kecil berbanding kebaikan yang dimiliki..impak positifnya mudah diterima dan diikuti.. 
 
kesimpulannya..dalam hal memuji ni,haruslah bersederhana dan kena pada tempatnya(TIADA ISTILAH BODEK!!)..pemberi dan penerima haruslah iklas menerima segalanya secara positif untuk kebaikan semua pihak.. 
 
KOMEN SAYA:web site uzar yg baru ni dah menarik..cuma kombinasi warna x berapa sesuai.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by msrizal, on 02-06-2008 11:25, IP 211.25.51.205, Guest
17. ...
Alhamdulillah.. 
Terima Kasih banyak-banyak ustaz atas artikel ini.. 
 
Ianya memang menyedarkan saya supaya tidak menulis atas rasa artikel itu ingin dipuji. 
 
Benar, pujian itu memang sukar untuk dilawan, nasihat dan peringatanlah sebenarnya lebih diperlukan. 
 
Semoga Allah melindungi kita semua..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 02-06-2008 06:48, IP 60.52.102.7, Guest
18. ...
apabila puji sepatutnya pujian itu dipulangkan semula kepada Allah kerana Allah yang menjadikan kita berbuat sesuatu perkara yang baik.namun apabila seseorang dikutuk atau dihina,mengapa kutukan itu tidak dipulangkan kepada Allah sedangkan Allah yang berkuasa menyebabkan hambanya melakukan perkara yang buruk itu? 
-erman
 
» Reply to this comment...

Posted by mfg, on 02-06-2008 06:48, IP 60.52.102.7, Guest
19. ...
salam uzar, 
dah lama saya mengikuti penulisan uzar dlm laman ni..dan byk juga ilmu & info yg saya pelajari/ketahui.  
 
Alhamdulillah. Dr bentuk penulisan uzar, saya dpt merasakan 'akhlak yg baik' yg ada pada uzar.  
 
Saya juga jadikan uzar sebagai 'ikon' atau 'idol' saya..(yg baik saya turuti, yg buruk saya jadikan sempadan)..ehm..rasenya puji-pujian saya ni tak terlebih sangat rasenya..dan tak menyalahi hadis yg uzar utarakan di atas..insyaallah. 
 
Uzar, ruangan 'pengisian terkini' dan 'perbankkan islam' tu saya tengok font colour tak sesuai la..hampir sama dengan background. harap uzar boleh ubah colour lain. Apapun, CANTIK..MENARIK laman web baru ni..tahniah
 
» Reply to this comment...

Posted by abun, on 01-06-2008 20:54, IP 124.13.138.12, Guest
20. ...
salam uzar, 
 
rasa macam tak sesuai je warna yang uzar gunakan pada web uzar ni,latar belakang ok, tp ada warna pada fond yang tak sesuailah, tak timbul warna tulisan. 
 
sorilah uzar, saya tak puji uzar....
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom