Utama arrow Politik & Dakwah arrow Keluarga arrow Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri
PDF Print
User Rating: / 168
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 15-05-2007 21:48
Views 132772    
Favoured 69

Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA  MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN  KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa'alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain"

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah  tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

 إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)"  ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها  

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )  

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk  menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian

ust zaharuddin

15 Mei 2007

Last update: 28-05-2007 17:40

Published in : Soal Jawab, Keluarga
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (111) RSS feed comment
Posted by sakinah, on 27-07-2010 05:29, IP 60.51.116.246, Guest
1. duit mas kawin
assalammualaikum ustaz.. 
saya nk tanya saya baru mendirikan rumah tangga pada bulan 6 lepas..tetapi hingga sekarang saya tak tahu duit mas kawin tu saya nak buat ape..kawan2 saya kata beli barang yang kita tak akan jual...tapi saya rasa nak menderma kan ke tabung masjid...boleh ke duit mas kawin derma kat tabung masjid ustaz??lagi satu bagaimana persetubuhan yang dikatakan betul dan di redhai Allah?terima kasih ustaz 
 
UZAR : tahniah dan barakallahulakuma wa jama'a baynakuma bilkhair ( moga allah berkat kamu berdua dan menggabungkan kamu berdua dalam kebaikan) 
 
Mas kahwin adalah hak isteri, ia bebas untuk buat dan beli apa sahaja sama ada yang kekal atau yang tidak kekal atau derma. 
 
Persetubuhan yang diredhai adalah yang dilakuakn menurut hukum dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Rujuk di google untuk cari adab persetubuhan dalam Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by suriani, on 11-06-2010 18:08, IP 124.82.109.16, Guest
2. kuar rumh
...samekom ustaz..saya selalu minta cerai dgn suami saya...selama 6 tahun prkhwinan kami.saya mndesak suami utk jatuhkn talak kpd saya..ini krn kmi srg brgaduh atas sbb spt suami melihat pompuan lain trmasuk adk iparnya sndri.walaupun tdk selalu tp hati saya sakt..saya mgharpkn kesetiaan drnya...dia mmg suami yang tdk prnh jatuh tgn dgn wanita..seorg bapa yg penyayang..dia penyabr..jika hati saya skt saya akn menendg suami saya n memukulnya,tp tdk selalu..prtama d awal prkhwnan ada beberapa kali,d tahun ke 3 sekali saya menumbuk2 bdnnya,trbaru dlm tahun ini.lebih truk.sbbnya,dia apabila trliht prempuan seksi n cntk,matanya akn brkedip mlihat.prnh suatu masa dia trlupa no telefon saya apabila d tnya oleh prempuan yg cntk.germnya ati saya ustaz.dia bolehlh d kategori sebagai lelaki mata kranjg no 3..jrg2 prangainya..oleh krn sifatnya itulh saya masih brpakaiain spt org dara.tujuan saya utk mmbuatnya cmburu..tp saya tdk seksi.....soalan saya..wajarkh saya d craikn olehnya?patutkh saya dan dia brpish?saya takut saya akn brtndk bodoh..saya juga mgaku saya cmburu..tp brtmpt..
 
» Reply to this comment...

Posted by nana, on 02-04-2010 17:36, IP 121.121.215.104, Guest
3. cerai takliq
suami saya melafazkan cerai taklik dlm keadaan yang sgt marah, hinggakan beliau seolah-olah tidak sedarkan diri. adakah talak tu jatuh? bolehkan kami hanya rujuk di antara kami? atau kami perlu buat mohon pengesahan cerai di mahkamah syariah sebelum rujuk? ianya mengambil masa yang lama untuk proses penghantaran borang/panggil kes. Untuk pengetahuan, dalam tempoh menunggu ke mahkamah syariah, kami amat terseksa, dan saya begitu tertekan kerana bergelar janda, tambahan pula sy sedang mengandung. suami pula amat menyesal dengan lafaz tersebut, katanya dia sendiri tidak sedar apa yang diucapkannya. Tolanglah saya ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by liana29, on 31-03-2010 23:02, IP 115.132.234.109, Guest
4. ingin kepastian
salam utz...saya ingin brtanya...mengenai melihat video lucah bg suami istri adalah haram....tp...saya myuskil...saya mendengar pengalaman dr sahabat yg telah membuat rawatan untuk hamil bersama suami....yg mana dlm rawatan tersebut mereka diberi menonton video lucah ni..apa hukum ni ustz
 
» Reply to this comment...

Posted by sharifah, on 29-12-2009 10:19, IP 115.135.28.68, Guest
5. cara membantu kekasih
salam.. 
sy nk tnya bagaimana cara membantu kekasih sy menyelesaikan maslh dia dengan keluarganya..sy berkawan dengan dia dah lama dan emaknya merestui hubungan kami.  
 
Tetapi dalam sekelip mata emaknya berubah emaknya memaksa dia kawin dengan pilihan emaknya..dia tidak mahu terima isterinya..2 hari lepas dia menjatuhkan talak kepada isterinya tapi hanya dalam telefon tanpa saksi..dia ingin berkahwin dengan sy je. 
 
sekarang dia terseksa dengan perbuatan emaknya menggunakan khidmat bomo.sy dah buntu tak dapat menolongnya. saya tak sanggup biarkan dia sakit kerana perbuatan emaknya menggunakan iblis..bantu sy ustaz 
 
UZAR : maaf sukar utk saya menolong dan menasihat, jika benar ada bomoh digunakan, mgkn sdri boleh rujuk ke darul syifa, bangi untuk usaha pemulihan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ahmad Anuar, on 16-12-2009 05:37, IP 115.132.28.15, Guest
6. Assalamua'laikum... (kesedaran bersama)
Assalamua'laikum ustaz, 
 
saya ingin berkongsi tips & pengalman dgn para komentar disini dan juga ustaz. 
 
Assalamua'laikum semua, saya ingin mengingati diri kita masing-masing untuk bermuhasabah dan selalu berdoa moga diberikan hidayah oleh Allah swt. Amatlah baik jika kita segera menginsafi dgn dosa yg pernah lakukan. 
 
Fikirlah wahai sahabat semua, Dosa-dosa yg pernah kamu lakukan? 
 
Walau pon kamu telah berzina & masih berzina...Allah masih tidak memberi bala dan musibah padamu.  
KENAPA? kerana Allah syg kamu. 
 
Walaupon kamu menipu Allah... dgn tdk melaksanakan perkara yg telah kamu bernazar denganNya dikala waktu kamu susah, Allah tetap tdk lagi menarik nikmat yg telah Dia kurniakan padamu. 
KENAPA? kerana Allah sayang kamu. 
 
Walaupon kamu memakan harta haram, curi tulang., menganiai rakanmu, dan sahabatmu. Adakah kamu masih tidak ditimpa musibah dan laknat Allah? 
KENAPA? Kerana Allah syg kamu. 
 
Fikirlah...dikala waktu Kamu masih belum terlewat untuk kembali padaNya, silalah dgn ikhlas berdoa dan merayu kempunanNya. Percayalah...baha ALLAH SWT maha mengasihani lagi maha mengetahui apa yg kamu kerjakan. 
 
Ingtlah sahabatku semua, janganlah Setelah kamu bertaubat, kamu merasakan terpaksa untuk melakukan ibadat serta solat. 
Jika ada persoalan : Aku ingin mendisiplinkan diriku....aku perlu solat...dengan memaksa diri. 
 
Wahai sahabatku, jika benar kamu telah bertaubat, adakah perlu kamu memaksa diri dgn tujuan untuk mendisiplinkan diri supaya bersolat? INGATLAH, jika benar kamu syg Allah...ikhlaskanlah diri (sanggup & rela) mendirikan solat dan juga beribadat padaNya. Allah tuhanmu, kepada Allah jualah kamu akan pulang kelak. Kepada Allah lah tempat untukmu mengadu diwaktu kamu susah dan senang. JANGAN sesekali lupakan Allah setelah kamu beroleh kesenangan. Jika kamu sanggup setia pada kekasihmu, kenapa tidak kamu dahulukan dgn setia pada Allah. Ingtlah...diwaktu Allah syg kamu, tunjukkanllah sygmu pada Allah, pada Islam. 
 
Ingt Allah selalu yg MAHA mengasihani pd hambanya
 
» Reply to this comment...

Posted by Nurr.., on 02-12-2009 22:23, IP 203.82.79.110, Guest
7. Musyqill
:cry ..salam..Ustad...saya baru mndirikan rumahtangga.tapi xdalah trlalu baru..dan suami saya masih lagi kuat cemburunya pada saya..sedangkan saya seorang istrinya...kenapa masih lagi cemburu sedangkan dia mempercayai saya..kadang2 sayang rasa tertekan dgn sikapnya cemburu..umpama dia x mmpercayai kasih sayang saya padanya...contohnya bila saya ada buka mana2 laman web..nanti suami saya akn marah..mrajuk..adakh itu mnggambarkn kurangnya kpercayaan dia pada saya... :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi, on 07-11-2009 19:00, IP 115.132.54.192, Guest
8. bersama suami
Seorang kawan bertanya:Apa hukum isteri bersama dgn suami yg tidak sembahyang? Berdosakah jika siisteri menolak permintaan suami? Isteri sembahyang tapi suami tidak mahu sembahyang. 
 
UZAR : berushaalah untuk memberi nasihat agar suami boleh solat..krn tanpanaya, suami akan sedikit demi sedikit menjadi kafir. Kerana nabi sebut, tinggalkan solat, bermakna dia telah memasuki sempadan kafir. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by teruna, on 16-10-2009 15:07, IP 202.162.18.109, Guest
9. sex
salam ustaz. 
 
harap ustaz dapat bantu saya menjawab kemusykilan saya ini. 
 
apakah hukumnya sekiranya seorang suami menggunakan/memasukkan kemaluan palsu ke dalam alat kelamin isteri dgn niat ingin memuaskan isteri ketika bersama?
 
» Reply to this comment...

Posted by Penn, on 21-08-2009 00:51, IP 203.82.79.101, Guest
10. Masalah isteri
Assalamualaikum ust. 
Bak kata pepatah, isteri cermin kepada suami..nak tahu suami lihatlah isteri..ini masalah saya. 
 
Kami telah berkahwin 4 tahun dan 2 anak,15bulan&3bulan.Isteri saya seorang yang panas baran&tak pandai mengawal amarah walaupun hatinya baik.Perkara kecil boleh jadi pergaduhan besar contohnya saya dimarahinya kerana nyamuk masuk kelambu. Bila marah perkarayang tidak patut yang dilakukan oleh seorang isteri seperti mencarut&memukul malahan istri sengaja tinggal sembahyang semata-mata utk sakitkan hati saya.  
 
Itu belum lagi cara pakaiannya, bertudung tapi seksi-berbaju ketat/berlengan pendek..dah puas saya belikan lengan tangan tapi sia2..saya malu ust. sebab kenalan&rakan saya yang mengenali tahu imej saya iaitu berimejkan islamik dan suka ceramah agama. 
 
Saya juga tak salahkan isteri saya kerana saya lihat itulah asuhan ibu bapanya pada masa yang sama juga saya turut simpati kepada isteri dan ibu bapanya.  
 
Segala tindakan mereka saya lihat bercirikan akal bukan agama. Apa perlu saya lakukan, kadang2 terfikir juga apakah penceraian jalan terbaik tetapi saya kasihankan anak saya dan takutkan mereka tidak mendapat didikan agama seperti yang saya harapkan dimana pedidikan sekarang saya lihat lebih bercirikan sekular &ini amat merugikan generasi Islam kita.Tolonglah saya ust.. 
 
UZAR : DIDIKLAh dia sedaya upaya, krn itulah tugas seorang suami..Jika dia enggan, degil dan terus menerus dalam keburukan itu, cerai adalah jalannya, jangan disebabkan anak, tergendala hasarat cerai kerana ruamhtangga sedemikian adalah beban yang juga kerosakkkanya
 
» Reply to this comment...

Posted by asyraf, on 24-07-2009 14:50, IP 124.82.86.56, Guest
11. sangat terkejut!!!
assalamualaikum... 
 
sebagai seorang muslim...ana memang sangat terkejut dengan kecetekan ilmu agama bangsa kita ni ustaz...kadang-kadang ana terfikir juga di mana silapnya...meremeh2kan urusan keagamaan dalam kehidupan, Allah ya rabbi, sedih ana...dosa pahala boleh dimain2 macamlah die tu tuhan...melihat kepada panorama masyarakat kita ni...banyaknya hiburan yg tak bermanfaat..yg ana rasa faktor terbesar menyumbang kepada kejahilan di zaman serba moden ni...semoga Allah melindungi umat ini dari kejahilan dan jua kesesatan yg disengajakan..andai ditakdirkan juga kami ini ditimpa kejahilan, maka kami mohon ya Illahi di ubah takdir itu kepada takdir yang lebih baik..kerana Engkau ya Allah, tuhan yang maha berkuasa...amin :eek
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Umie, on 16-07-2009 10:49, IP 203.82.79.101, Guest
12. suami ego...
Salam. Saya merupakan seorang isteri yang kini hamil anak kedua jarak anak pertama dan kedua ini hanya 10 bulan..sebelum ini saya berjauhan dengan suami dan saya rasakan kasih sayang suami amat dekat sekali. Tapi mengandung kali ini saya berpindah dan duduk serumah dengan suami.  
 
tapi apa yang saya rasakan saya tidak mendapat belaian dan kasih sayang seperti dulu semasa tinggal berjauhan. Hamil kali ini saya sering merasa sedih..sayu..dan rasa tidak dihargai.  
 
Suami pula sering mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Ye la mungkin suami sibuk dan terpaksa melayan karenah saya dan anak yang masih kecil. Saya sering berkecil hati.. kalau dulu setiap pagi dia akan menelefon saya atau paling tidak menghantar sms bertanya khabar...tapi kali ini saya rindukan saat itu dan seriung menangis menyesali perpindahan saya untuk dekat dengan suami.  
 
Kadang-kadang uztaz.. untuk mendengar kata dan ungkapan sayang darinya saya terpaksa mencipta sendiri agenda tertentu seperi pura-pura mengigau ditengah malam... meracau-racau dan berpura-ura sakit.  
 
Bila saya buat macam tu baru la dia akn peluk saya dan menyatakan sayang pada saya...saya letih ustaz...setiap kali inginkan perhatian saya perlu mencipta idea yang kreatif untuk kepuasan hati sendiri. Suami seolah-olah tidak langsung punya perasaan pada saya...bila saya buat benda-benda pelik tu baru la dia nak wish kata sayang dan sebagainya..saya sedih ustaz...tak tau lagi apa nak buat. sampai bila saya perlu creat idea untuk dapatkan perhatian dia. tapi saya bersyukur ustaz kerana semua kerja rumah dia lakukan. basuh kain..kemas rumah dan sebagainya semua dilakukannya walaupun tidak sesempurna mana. 
 
Cuma ungkapan dan penghargaan sangat sukar untuk keluar dari mulut dia. Saya isteri yang inginkan rasa dihargai dan disayangi ustaz...tapi suami seolah sengaja tidak mahu memahami kehendak saya. 
 
UZAR : berkomunikasi lah dengan suami, jika tidak secara lisan, hantarlah surat atau email kepada suami, nyatakan perasaan anda tapi jangan sesekali menuduh suami tidak sayang. Kerana tabiat kebanaykkan lelaki memang tidak kerap menyatakan perkataan 'sayang'. Lelaki berbeza dengan wanita dalam pendekatan dan sikap. men are from mars, women are from venus.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Zukhdi, on 13-07-2009 20:38, IP 121.121.236.18, Guest
13. Jodoh
Assalamualaikum Ustaz, saya lelaki bujang yang mahu berkahwin dan juga sudah mampu untuk Berkahwin cuma satu persoalan yang bermain difikiran bagaimanakah cara yang Islam suruh untuk mencari jodoh sendiri. Saya tak mahu bercinta sebelum kahwin. 
 
UZAR : doa dan minta bantuan mana-mana orang tua, atau ustaz2 atau tok2 guru pondok. Mereka kenal mana anak murid mereka yang dah sesuai.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by syafiq, on 11-07-2009 13:27, IP 58.26.18.131, Guest
14. hukum p tgk wayang
salam 
ustaz apa hukum kt p tgk WAYANG.. 
ada yg kata haram 
tp knp haram 
kt p tgk citer je..p ngn geng2 lelaki je 
dlm wayang 2 x de lah gelap gelite 
selain skrin wayang ada gak lampu yg dipasang ditepi maknakata nampaklah org disebelah e2. 
sy mahukan sebab . 
maaflah ustaz saya z th ni betul ke x cr saya hantar soalan ni..x th nk email ke ustaz mcm mana.. 
 
UZAR : "kalau rasa baik dan redha untuk mati di dalam panggung wayang tu, boleh la pergi selalu". itu boleh jadi petunjuk sama ada baik atau tidak. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ayg, on 09-07-2009 14:49, IP 124.13.178.188, Guest
15. panduan utk semua
assalamualaikum... 
 
saya terpanggil utk sampaikan 'sepotong ayat' dlm usaha utk membantu saudara2 seislam saya melawan hawa nafsu dan syaitan...sama2lah kita ikhtiar 
 
1.Doa utk islah diri dan keluarga 
Surah al-ahqaf ayat 15(pengakhiran ayat) 
bermula drp..."Rabbi auziqni an asykura nikmatikallati"...sampai "inni tubtu ilaika wa inni minal muslimin" 
(sila rujuk quran utk lafaz yg betul) 
 
ertinya : Ya Tuhanku, tunjuklah daku utk mensyukuri nikmatMu yg Engkau kurniakan atasku dan kedua ibubapaku dan agar daku dpt beramal soleh sebagaimana yg Engkau redhai. Islahkan daku(perbaiki diriku) dan zuriatku. Sesungguhnya daku taubat pdMu dan sesungguhnya daku di antara muslimin. 
Amalkan doa ini selepas setiap solat fardhu. 
 
2.Doa yg telah diberi oleh seorg alim utk menghindarkan keburukan2 yg ada dlm diri kita dan juga dlm diri ahli keluarga kita. 
 
Bismillahir rahmanirrahim... 
 
ASTAGHFIRRULLAH HALLADZI LA ILAAHA ILLA HUWAR RAHMAANURRAHIM. AL HAYYUL QAYYUM AL LADZI LA YAMUTU WA ATUBU ILAIHI RABBIGHFIRLI. 
 
Ertinya: Aku memohon ampun drp Allah yg tidak ada tuhan melainkan Dia, Yg Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,Yg hidup kekal, Yg tidak mati dan aku bertaubat kpdNya. Wahai Tuhanku ampunilah daku. 
 
Doa ini hendaklah dibaca sebyk 25x selepas solat subuh...diamal secara istiqamah(berterusan) setiap hari. 
 
3. perbanyakkan solat taubat,solat hajat,solat tahajud dan mohon agar Allah hilangkan segala keburukan/keaiban dari diri kita..dgn disertai doa yg elok spt... 
 
" Ya Allah kasihani dan rahmatilah daku agar aku dpt meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan aku".... 
 
" Ya Allah kasihani dan rahmatilah daku agar aku tidak menanggung apa2 beban yg tidak bermanfaat bagiku" 
 
Segala yg saya tulis ini hanya akan berhasil apabila diamalkan secara sabar,sungguh2(bukan melepaskan batuk di tangga) dan istiqamah.... 
 
ingat!Islam agama praktikal bukan teoritikal....siapa yg amalkan dia akan dpt kebaikan islam...jika malas diri sendiri yg rugi...
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 26-02-2009 20:01, IP 203.82.91.34, Guest
16. Salam Syekh
Ana sedih ..sebab ramai diantara commentar tu perkara yang remeh..sehingga ditanya pasal aurat..pasal bersentuhan lelaki perempuan..aduh...kenapa mereka tidak terdidik dan dididik serta mencari ilmu perkara yang hanya menjadi asas...(fardhu ain) 
 
 
Jaazzzakumullah..
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 13-02-2009 22:23, IP 60.54.80.152, Guest
17. bergaduh
assalammualaikum w.b.t 
 
ustaz masalah ini berkaitan ibu saudara saya.satu hari depa b'gaduh atas sebab suami ada perempuan lain. c suami kata'hg keluaq dari rumah tinggai anak-anak maka kita dah takda papa'..apa hukumnya ustaz? 
 
UZAR : Hukum yang mana satu?. bergaduh ke, tuduhan suami ada perempaun lain, atau keluar rumah tinggal anak2? 
 
» Reply to this comment...

Posted by maya, on 12-11-2008 22:38, IP 194.80.178.1, Guest
18. ...
salam..ustaz nak tau.bolehkah isteri mengulum kemaluan suaminya?kadang2 sebelum bersama kami nonton video klip lucah dalam hp..tp niat kami hanyalah nak meningkatkan lg nafsu syawat kami.tidak ade niat lain pun...apekah hukumnye ustaz?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Syamsul, on 04-11-2008 04:24, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
Saya tertarik untuk maklum balas artikel ini. 
 
Saya pernah belajar dulu bahawa tengok gambar yang tak tutup aurat tak jatuh hukum haram sebab itu gambar bukan betul.. kecuali naik syahwat.. 
 
Bagaimana pula dengan orang yang gambarnya tak tutup aurat dilihat.. 
Hukum kepada orang melihat dan dilihat.. 
 
Kalau boleh ustaz tolong komen.
 
» Reply to this comment...

Posted by kelly, on 19-09-2008 00:19, IP 194.80.178.1, Guest
20. ...
:) saya amat sayang pada family saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 15-09-2008 22:44, IP 81.79.146.30, Guest
21. ...
kenapalah sebahagian soalan2 yang ditanya lebih menjurus kpd kejahilan pengetahuan mengenai sex? macam soalan budak2 sekolah rendah. takkan lah xtahu langsung adab sex dlm islam. banyakkan lah membaca/membeli buku dari mengeluarkan soalan2 yg boleh menaikkan syahwat di sini. tidak baik utk golongan muda. admin sila pantau ye. tq.. 
 
UZAR : SEKARANG ADMIN ADLAAH SAYA SENDIRI. DAN TERLALU BANYAK YANG DAH PUN SAYA DELETE..NAK DELETE PUN RASA TAK LARAT DAH, SEBAB U BYK YG SAYA TAK PERLU JAWAB. SOALAN BERULANG BIASANYA.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by noor, on 03-09-2008 17:22, IP 90.240.186.250, Guest
22. ...
askum ustaz, sy nak tanya, suami sy melafaz kan talak kat sy kalau sy wat blk anak sdara sy kat umah, pastu dia tarik blk talak tu,  
 
adakah anak sdara sy boleh dtg kat umah sy bile2 masa 
 
UZAR : SIMPATI SAYA ATAS KEJAHILAN UMMAT ISLAM KINI. TALAQ YANG DIGANTUNG SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DITARIK BALIK. TALAQ PASTI AKAN JATUH JIKA BAWA BALIK ANAK SEDARA
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Guest, on 20-07-2008 23:00, IP 194.80.178.1, Guest
23. ...
Assalamuakum. 
Masalah yang sama seperti yang ditulis oleh ustaz. Berkenaan suami saya yang sangat gemar menonton filem lucah. Sedangkan hubungan dengan isteri tidaklah sehebat apa yang ditonton. Sedangkan suami saya adalah seorang pelajar agama dan bergelar seorang ustaz. Banyak kali telah saya tegur namun dia tetap tidak berubah. Kadang-kadang aksi lucah bukan sekadar koleksi cd, tetapi disimpan di dalam hansetnya. Kalau ditegur dia akan kata dosa kecil. Fatwa azhar pun kata dosa kecil. Itulah hujah yang diberikan kepada saya. Alasannya lagi belajar dari cd klu tidak nafsu tak naik. Saya bingung. 
 
uzar : banyakkan berdoa dan dosa kecil pun jika asyik buat, ia bukan lagi kecil tetapi besar.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 23-06-2008 16:35, IP 60.52.98.106, Guest
24. ...
Assalamualaikum Ustaz,  
Apa Hukumnya Seks Secara Ganas Ataupun (Bukan BDSM) Bersama Isteri Yang Mana Isteri Tersebut Menyetujui Cara Tersebut. Seks Tersebut Dilakukan Dalam Keadaan Terkawal Tanpa Mencederakan Isteri (Cuma Menyakitkan Isteri Tanpa Ada Kesan Lebam) Dan Seks Tersebut Berlandaskan Cara Islam (tanpa Oral,Anal)Apa Hukumnya?  
Seks Ganas yg Saya Maksudkan Ini Adalah Seks Secara Mengikat,Mengunakan Renjatan Elektrik,Pengunaan Alat Sex Seperti Mesin Onani Dengan Tujuan Memuaskan Nafsu Isteri
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by inni mukmin, on 23-06-2008 16:35, IP 60.52.98.106, Guest
25. ...
salam  
bagus ruangan ini...
 
» Reply to this comment...

Posted by ana_muslim, on 22-06-2008 10:29, IP 60.52.101.218, Guest
26. ...
salam. bagus ruangan ni utk input ilmu..tp bnyak yg permasalahan ttg seks..jgn jadikan ruangan ini sgb ruangan utk naikkan nafsu..sy bersetuju krn ust x mjawab soalan yg x sepatutnya d jwb.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by suami risau, on 18-06-2008 18:36, IP 60.52.98.219, Guest
27. ...
terima ksih di ats segala jawapun ust
 
» Reply to this comment...

Posted by Rimba Raya, on 10-06-2008 11:42, IP 60.52.101.248, Guest
28. ...
Asalamualikum ustaz.. 
Saya ingin bertanya mengenai Isteri saya mengalami masalah haid. Haidnya kering pada hari ke 5/6 dan datang balik pada hari ke 12/13/14/15. Rutin begitu selalu berlaku setiap bulan. Apakah hukum solat waktu itu dan bolehkah kami 'bersama'? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Rina, on 01-06-2008 10:56, IP 60.52.103.43, Guest
29. ...
saya nak tanya ustaz,suami saya melafazkan"aku ceraikan kau dengan talak tiga dengan niat",atas suruhan dan paksaan saya. saya lafaz, diikuti suami sepenuhnya.apa hukumnya ustaz? :sigh  
 
uzar : jatuh talaqnya sepakat ulama. kecuali jika semasa memaksa puan mengacukan pistol atau pedang di leher suami..paksa sebegitu barulah tak sah. setakat paksa mulut tanpa ugutan yag boleh menghilangkan nyawa..ia tidak memberikan kesan kepada lafaz talaq 
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi, on 29-05-2008 15:44, IP 60.52.103.106, Guest
30. ...
assalamualaikum, ustaz. bagaimana nak membantu suami yg dalam syahwat ketika kita sedg uzur / pantang?
 
» Reply to this comment...

Posted by moli, on 23-05-2008 11:22, IP 211.25.51.200, Guest
31. ...
assalamualaikum ustaz, 
 
sy ada masalah berkenaan puasa. pada tahun 1992 sy ada tertinggal puasa 1 hari yang sy terlupe untuk ganti balik. sy telah ganti puasa sy tu pada tahun lepas. masalahnye sy masih lagi tak tahu berape banyak ke bayaran fidyah yang perlu sy bayar. Bolehkah ustaz terang kn pada sy cara pengiraannye? 
T ma ka c.
 
» Reply to this comment...

Posted by salman, on 22-05-2008 08:53, IP 211.25.51.200, Guest
32. ...
Assalamualaikum..saya nk tau, apakah hukumnya seorg isteri yg sering menolak utk bersama, dgn alasan tidak ada keinginan walaupun seminggu tdk bersama.tk 
 
UZAR : HUKUMNYA HARAM DAN ISTERI TERSEBUT DILAKNATI OLEH ALLAH DAN MALAIKAT SETIAP DETIK. DEMIKIAN DARI HADIS NABI SAW
 
» Reply to this comment...

Posted by CHANGLUN, on 19-05-2008 18:50, IP 60.52.96.162, Guest
33. ...
SALAM..USTAZ HUBUNGAN SAYA TIDAK DIRESTUI OLEH IBU SEBELAH PEREMPUAN,,APAKAH HUKUM SEKIRANYA SAYA MEMBAWANYA BERKAHWIN DI NEGARA JIRAN(THAILAND)..APAKAH HUKUM SEKIRANYA SY MELAKUKAN PERBUATAN ITU 
 
UZAR : PERKAHWINNAN TIDAK SAH JIKA TANPA IZIN WALI . WALI HAKIM HANYA TERPAKAI JIKA WALI SEBANR MEWAKILKAN KEPADANYA
 
» Reply to this comment...

Posted by wati, on 07-05-2008 19:53, IP 60.52.103.110, Guest
34. ...
apa hukum jika kita belom nerkahwin..masih di alam percintaan..tetapi masing masing sudah terlalu memikirkan perihal perkahwinan..soal seks misalnya..seperti pasangan saya..dia selalu bercerita mengenai seks dan sering berimiginasi seks berasmara dengan saya sewaktu berbicara telefon ataupun sms..saya menjadi keliru.adakah perbuatan kami ini normal ataupun tidak..ianya berdosa??? 
bercium??bagaimana pula??ciuman dari pipi ke pipi..dan mulut ke mulut..??boleh tolong jelaskan dengan lebih lanjut perihak ini..dan saya yakin ramai lagi pasangan di luar sana yang ingin mengetahui mengenai perkara ini. terima kasih.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by guest, on 07-05-2008 19:37, IP 60.52.103.110, Guest
35. ...
assalamualaikum ustaz 
saya nak tanyer mengenai nikah gantung dalam islam... apa yang dimaksudkan dengan nikah gantung dan adakah ia dibenarkan dalam islam 
 
» Reply to this comment...

Posted by aza, on 07-05-2008 19:36, IP 60.52.103.110, Guest
36. ...
apakah hukumnya bersama ketika waktu tempoh haid belum tamat, tp sudah mandi wajib..selepas bersama keluar darah kembali
 
» Reply to this comment...

Posted by idah, on 07-05-2008 19:35, IP 60.52.103.110, Guest
37. ...
ustaz macam mana kalau suami bawa saya melakukan hubungan sex tetapi saya enggan melakukan perkara tersebut.. ?
 
» Reply to this comment...

Posted by insan berdosa, on 02-05-2008 15:19, IP 211.25.51.200, Guest
38. ...
alhamdulillah.. ustaz, sy sbnrnya x tau nk trma ksih ngn ustaz cmne.. sy bce lmn web ustaz slps sy melakukan onani.. sy cuba nk elak tp nfsu lbih kuat dari iman sy.. sy buntu.. sy trus buka intrnt utk cari jln pnyelesaian.. sy cuba utk bertaubat.. ustaz tlg doakn sy.. 
ape hukumnya klo seseorg itu tlh berniat utk taubat nasuha tp dia mengulanginya smula? sbb sy dh niat dulu tp sy wat lg.. :?  
 
UZAR : TERUSKAN TAUBAT LAGI
 
» Reply to this comment...

Posted by Akmashajeen, on 02-05-2008 10:26, IP 60.52.99.162, Guest
39. ...
Assalamualaikum WBT..... Ustaz, Sye Akmashajeen atau sha ingin bertanya satu soalan, apakah yang dimaksudkan dengan berdialog antara agama.... adakah di dalam islam ini ada mengenai dialog antara agama? sye kurang faham dan kurang pasti mengenai dialog antara agama ini, harap Ustaz dapat menerangkan dengan ringkas
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 25-04-2008 17:46, IP 60.52.101.71, Guest
40. ...
Salam ustaz...tolong la jwb persoalan sya ttg budak yg b'umur 5 thn tu (pd 24/04/08 pkl 15:16) sya btl2 dlm delima.  
 
Perlukah sya m'beritahu pkara tsebut kpd bakal suami sya. org kata suami dpt kesan isteri dara @pn tak pada hari pertama mereka bsama. sya btl2 mgharap ustaz mberi jwpn...trima kasih. 
 
UZAR : JWPNNYA SUKAR..IA KENA IKUT SITUASI DAN KEADAAN. NAMUN JIKA IKUT ASALNYA, ELOK TIDAK DIBERITAHU KERANA IA BUKAN KESALAHAN SDRI.  
 
MALAH DALAM ISLAM JUGA DIBENARKAN BERBOHONG BILA AMAT PELRU DI KALANGAN SUAMI ISTERI DEMI MENJAGA HUBUNGAN MEREKA. DEGAN SYARAT BOHONG TU BUKAN SEMBUNYIKAN KEJAHATAN YANG MASIH BERTERUSAN
 
» Reply to this comment...

Posted by az, on 24-04-2008 17:24, IP 60.52.100.239, Guest
41. ...
sy nak bertya pasal talak.sy telah berkata pd isteri sy "kalau na jawab kol or sms dari dia.....jatuh talak 1"jatuh tak talak tu. 
mcm mana nak tarik balik kata2 talak tuu...apa harus sy buat 
Tq. ust 
 
UZAR : TAK BOLEH TARIK BALIK, MESTI JATUH TALAK 1. SILA CARI ULASAN SAYA DI WEB INI
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 24-04-2008 15:16, IP 211.25.51.200, Guest
42. ...
salam ustaz.  
 
ketika sya b'umur 5 thn, sya pernah d "sentuh" oleh lelaki dan sya tdk tau s/ada sya masih dara @pn tidak. ianya berlaku tanpa kerelaan sya. perlukah sya m'beritahu pkara nie kpd bakal suami sya. sya takut dia akn batalkn niatnya utk mgambil sya sbg isteri. jika sya x bg tau, adakah dia akn dpt tau bila kmi "bersama" nti setelah kahwin. sya x bniat nk mnipu dia... 
tolong ustaz jelaskn...
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibu1976, on 22-04-2008 23:41, IP 124.13.138.197, Guest
43. ...
Assalammualaikum, 
ustaz, saya seorang yang telah mempunyai 3 orang anak. Saya sedang merancang untuk hamil anak ke empat. Tetapi, baru-baru ini saya terbaca dalam satu web, seandainya pasangan itu berjimak pada masa bulan mengambang dan sekiranya ditakdirkan menjadi janin, maka ia boleh memudaratkan janin tersebut ( boleh jadi cacat atau bersikap tidak baik), adakah pandangan sebegitu di guna pakai dalam islam atau ianya sekadar pantang larang orang dulu-dulu? 
 
UZAR : Ianya adalah khurafat, tahyul dan sgt hampir kepada syirik.
 
» Reply to this comment...

Posted by fatimah_ie88, on 20-04-2008 14:16, IP 60.52.101.46, Guest
44. ...
salam ustaz..sy nk b'tny ttg mslh sy.duluny suami sy pncut kat dlm mulut sy ms tgh oral..sy t'pksa telan ustaz,sbb die msukn alat sulit die dlm mulut sy..adakah dosa sy telan air maniny???ini krna suami sy brsa puas bile sy b'bt demikian.. :roll
 
» Reply to this comment...

Posted by min, on 17-04-2008 21:11, IP 60.52.96.124, Guest
45. ...
apakah hukumnya suami memaksa isteri yang mengandung melakukan oral terhadapnya ,jika enggan berbuat demikian akan menaikkan rasa marah suami( mungkin suami terangsang selepas menonton web lucah sebelum ini)..dan apakah kesannya pula kepada anak yang dikandung. utk makluman uztaz sy lakukannya dengan paksa rela dan dlm hati berdoa agar kandungan sy tidak terkesan dgn perbuatan tersebut ...tolong saya ustaz..tq  
 
UZAR : kalau dah gitu keadaannya terpaksa le. Tu akibat sang suami tengok video lucah
 
» Reply to this comment...

Posted by isteri sedih, on 16-04-2008 16:06, IP 60.52.101.206, Guest
46. ...
:cry Akum uztaz saya pernah keluar rumah tanpa izin suami dan tidur diluar, sebab merajuk. Pada masa itu suami saya kata dia tak redo dengan perbuatan saya itu.  
 
Bila balik saya dah mintak maaf dan dia maaf kan saya. Apakah itu menyebabkan saya isteri yang nushuz?  
 
uzar : sudah mnta maaf, maka case closed. masa berlaku tu memang nusyuz
 
» Reply to this comment...

Posted by anna, on 13-04-2008 22:18, IP 60.52.99.116, Guest
47. ...
Assalamualaikum ustaz...  
Saya ingin bertanya... saya selalu jer keluar cecair yang jernih sewaktu buang air kecil mahupun air besar. Saya mula sedar saya jadi macam ni setelah saya pernah bercakap benda- benda yang mengairahkan dengan teman lelaki saya. Pas rtu. kami sedara kami tidak patut bercakap pasal benda tu. Tolong saya ustaz...Adakah ia air mani atau air madzi ustaz? macam mana nak elak ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 13-04-2008 10:11, IP 60.52.96.179, Guest
48. ...
Assalamualaikum Ustaz, 
 
Saya ada masalah yang pada pandangan saya amat serious tetapi saya tidak mahu ianya disiarkan untuk tatapan umum.  
 
Saya amat memerlukan keterangan, kepastian dan nasihat dari ustaz. Bagaimanakah caranya untuk saya menghubungi ustaz (email add lain sekiranya ada)? Saya boleh dihubungi di email add (deleted)- mohon juga email add saya ini juga tidak disiarkan untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. 
Terima Kasih. 
 
UZAR : email saya zaharuddin@yahoo.com
 
» Reply to this comment...

Posted by tanya, on 11-04-2008 23:12, IP 124.13.137.81, Guest
49. ...
salam ustz, bolehkah sy melihat vedio2 yang berunsur sex untuk pengetahuan masalah gejala sosial sekarang?untuk pengetahuan ustaz masih lagi bujang jadi adakah apabila sy melihat perkara2 seperti ini akan mempengaruhi sifat anak sy suatu hari nti..
 
» Reply to this comment...

Posted by S. Adli Ismail, on 10-04-2008 07:42, IP 60.52.102.108, Guest
50. ...
Assalamualaikum W.W. 
 
Ustaz Zaharuddin.. 
Usia perkahwinan saya dan isteri baru mencecah setahun 4 bulan. Alhamdulillah, kami sudah memiliki seorang putera yang kini baru berusia 6 bulan lebih. Namun, kelahiran anak sulung tersebut adalah secara pembedahan. Nasihat doktor, untuk kelahiran yang seterusnya perlulah dijarakkan, sekurang-kurangnya 3 tahun.  
 
Masalahnya, isteri saya kini kembali hamil baru dua minggu. Isteri saya redha atas pemberian rezeki dari Allah ini. Sebaliknya, mak mertua saya pula mencadangkan agar digugurkan kandungan kerana takut akan menjejaskan isteri. Bolehkah ustaz beri sedikit penjelasan mengenai hal ini beserta hukum-hakam pengguguran? 
 
UZAR : PENGGUGRAN PADA SELEPAS UMUR BAYI 120 HARI ADALAH HARAM. . JIKA SEBELUM, SILA RUJUK DOKTOR BAGI PASTIKAN TIADA MUDARAT
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom