Utama arrow Politik & Dakwah arrow Aqidah & Kepercayaan arrow Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 47 guests online
PDF Print
User Rating: / 43
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 03-05-2007 16:26
Views 20741    
Favoured 19

Umat Islam, Virus Aqidah & Skim Cepat Kaya

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Unsur Merosakkan aqidah bakal merosak seluruh hidup
 

Umat Islam di Malaysia kelihatan kelam kabut dengan munculnya fatwa pengharaman Skim Pelaburan Cepat Kaya Riba baru-baru ini. Ramai yang insaf dan tidak kurang juga masih ramai yang cuba mempertahankannya. Ramai yang bertanya kepada saya,

« Mengapa agaknya ramai umat Islam mudah terlibat dalam hal seperti ini? »

Sebelum saya menjawab soalan itu, suka saya bawakan undian yang telah dilakukan oleh utusan online berkenaan hal ini :-

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa sebarang pelaburan saham melalui Internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Ramai rakyat Malaysia dipercayai terjebak di dalam pelaburan sedemikian kerana:

Budaya cepat kaya menjadi ikutan masa kini.


 39.9%

(10241)

Ramai yang mudah percaya, senang diperdaya.


 19.5%

(5010)

Tiada maklumat, panduan kepada orang ramai.


 19.8%

(5065)

Pihak-pihak berkuasa gagal melaksanakan tugas.


 14.5%

(3730)

Lumrah dunia akan ada orang yang mahu menipu.


 6.2%

(1598)

Jumlah Undi: 25644

Sumber : Utusan

Hasil dari bancian tersebut lebih 10241 individu berpendapat ia adalah satu budaya yang menjadi ikutan masa kini, jelasnya,

"ia adalah satu budaya yang kurang sihat dan sememangnya sinomin dengan sifat orang melayu" kata seorang Dr yang saya temui selepas kuliah maghrib saya.

Bagaimanapaun dalam tulisan saya kali ini saya suka untuk mengajak kita berfikir lebih jauh dari semua bancian di atas. Bagi saya umat Islam kini ditimpa penyakit dan ‘virus' aqidah dan kepercayaan yang agak serius.

Hasil dari penyakit ini, ‘antibodi' iman umat Islam menjadi semakin luntur dan amat goyah, sehingga timbulnya isu murtad, kebencian kepada hukum hakam Islam, ambil sambil lewa berkenaan hukum dan tidak mempelecehkan Islam secara sedar mahupun tidak sedar. Minat untuk menimba ilmu Islam juga menjadi semakin pudar, yang meningkat adalah minat untuk menjadi jutawan cepat dan secara mudah tanpa usaha yang banyak. 

Sedangkan di dalam kaedah Islam tiada kebaikan yang boleh ditempa dengan mudah kecuali beberapa bentuk yang amat terhad sahaja. Allah SWT berfirman

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Ertinya : " Sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan, dan sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan" (As-Syarh :5-6)

"Apakah maksud ustaz virus dalam aqidah tu ustaz? " tanya seorang muslimat melalui nota bertulis dalam ceramah saya.

Inilah keterangannya..

Kepercayaan Dalam Hal Ehwal Ghaib & Virusnya

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada 3 sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran       

b) Hadith Sohih dan Hasan      

c) Fitrah kejadian alam (sunatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

Malah Nabi juga bersabda :

"Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW" (

Sunnatullah ( Hukum Alam) Boleh Dipercayai

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan berikut :-

1) Si Bomoh & Ramalan

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )

2) Sihir

Sihir ialah sesuatu yang sebabnya sangat halus dan tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata. Sihir adalah kerjasama seseorang dengan syaitan. Syaitan akan melakukan tugasnya sebagaimana yang diingini oleh tukang sihir dengan syarat ia juga memenuhi kehendak syaitan.

Termasuklah di dalam sihir adalah menggunakan minyak pengasih samada dikenakan kepada suami atau isteri mahopun orang lain. Semuanya syirik yang disebutkan oleh Nabi SAW :

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )

Sihir termasuk ke dalam syirik atas dua sebab, iaitu :

a- Sihir pasti menggunakan khidmat syaitan dan tukang sihir sangat tergantung kepadanya malahan sampai ke peringkat mesti menurut kehendaknya dan melakukan apa yang disukainya.

b- Dalam amalan sihir terdapat dakwaan mengetahui perkara ghaib padahal yang dapat mengetahui perkara ghaib hanya Allah S.W.T.

3) Tamimah (Tangkal Azimat )

Tamimah atau tangkal berasal dari perkataan ( أَتَمَّ - يُتِمُّ - تَمِيْمَةً ) : menyempurnakan. Menurut bahasa Tamimah akan menyempurnakan apa yang dimaksudkan. Tamimah (tangkal) telah digunakan oleh orang Arab di zaman jahiliyah untuk tujuan agar terhindar dari sihir atau niat jahat orang lain.

Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.

Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :

مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

4)  Tatayyur  / Tiyarah ( Sial Menyial) :

Tatayyur atau Tiyarah berasal dari perkataan ( الطَّيْرُ ) : burung. Menurut kepercayaan orang Arab jahilyyah jika mereka akan mengadakan safar (perjalanan) maka mereka terlebih dahulu akan melepaskan burung. Jika burung tersebut terbang ke arah kanan rumah maka mereka akan gembira tetapi jika sebaliknya terbang ke arah kiri maka mereka akan bersedih hati kerana itu petanda musibah akan menimpa dan mereka selanjutnya akan menangguhkan pemergian.

Mengambil sempena perbuatan inilah maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras tatayyur / tiyarah. Rasulullah s.a.w. bersabda :

اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ

Ertinya : Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik ( HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi : Sahih )

Tiyarah atau Tatayyur atau ‘sial menyial' dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu, orang-orang tertentu dan sebagainya.

Jadi jika ada perasaan murung mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck - unlucky) yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah, membina rumah, maka contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah.

Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa mendatangkan manfa'at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Tiyarah sebenarnya penyakit yang muncul sejak zaman silam lagi. Allah menerangkan orang-orang kafir telah melakukan tiyarah terhadap manusia pilihan Allah dari kalangan para rasul dan orang-orang yang beriman.

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)

Mereka menjawab : " Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami ". Utusan-utusan itu berkata: " Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebinarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas ". ( Yaasiin : 18 - 19 )

Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya jika ditimpa perasaan tersebut maka ia jangan hiraukan perasaan tersebut dan hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :

اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. ( Riwayat  Abu Daud )

Yang sama dengan ini, yaitu apa yang kini berlaku di masyarakat kita, seperti bertenung dengan menggaris-garis di tanah, pergi ke kubur, membuka Quran, membaca piring dan sebagainya. Semua ini perbuatan mungkar yang oleh Islam diharamkan.

5)                 Menjadi bomoh secara tidak rasmi.

Jika hukum berjumpa bomoh amat-amat dilarang kerana kepercayaan kepada ramalan ghaibnya boleh menjadikan seseorang itu syirik. Maka menjadi bomoh sudah tentulah lebih dilarang.

Malangnya tanpa disangka-sangka sebahagian orang Melayu kita telah secara tidak langsung hampir menjadi bomoh apabila turut suka meramalkan seusatu yang ghaib tanpa sebarang dalil syara' dan juga logik sains. Sebagai contoh :-

* Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, ia bermakna ada sesorang akan datang.

* Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut ( selepas dilahirkan). Hingga ada yag percayakan bahwa jika di tanam di depan rumah beserta pensil sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak. !.

* Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh di ketika ingin keluar rumah.  

* Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah dan di kedainya. Sedangkan ayat tersbeut menuntut agar seseorang agar bertaqwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran kelaur dari sebarang masalah dan rezeki dari sumber yag tidak dijangka dan bukannya hanya digantung.

* Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan merasa gatal.

* Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.

* Meramalkan ruh si mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak bolehnya ruh seseroang itu kembali ke dunia semula.

* Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms berantai.

* Meramalkan kayu koka boleh menjadi penyelamat.

Ini adalah antara bentuk kepercayaan karut, khurafat lagu tahyul dan sebahagiannya membawa kepada syirik tanpa disedari oleh individu itu. Akibatnya hati menjadi rosak, iman tergadai dan di ketika itu, perbincangan hukum halal haram tidak lagi menjadi kepentingan buatnya.

6)  Percaya ilmu Bintang

Imam Bukhari di dalam sahihnya berkata : Imam Qatadah berkata : Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan, iaitu : Perhiasan langit, perajam syaitan dan pedoman arah tuju ; Barangsiapa yang mentakwilkannya kepada selain tiga tujuan itu maka ia telah melakukan kesalahan dan menyia-nyiakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia tidak tahu.

Rasulullah s.a.w. melarang ilmu perbintangan tersebut di dalam sabdanya :

مَنِ اقْتَبَسَ شُعْبَةً مِنَ النُّجُومِ ، فَقَدِ اقْتَبَسَ مِنَ السِّحْرِ ، زَادَ مَا زَادَ .

Barangsiapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka itu bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir. Dan bertambah selama ia bertambah. ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah )

Dalam bentuk moden, jenis kesyirikan ini boleh berlaku apabila ada individu yang kerap dan suka menilik bintang kelahirannya seperti Leo, Capricon, Sagittarius dan lain, maka dirujuknya apakah yang akan berlaku hari ini baginya. Inilah bentuk virus aqidah yang merosakkan aqidah umat Islam.

Kesimpulan

Inilah beberapa bentuk yang sempat saya tuliskan berkenaan punca dan sebab musabab jiwa dan hati umat Islam hari ini langsung tidak sensitive dengan pahala dan dosa serta tiada risau akan sesuatu dosa mahupun sebesar Riba sekalipun. Berhati-hatilah, dosa syirik adalah amat besar, firman Allah SWt :

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. ( Al-Nisa' / 4 : 48 )

BERTAWBATLAH SEGARA DARI DOSA SYIRIK SEBELUM SAMPAINYA AJAL, KERANA APABILA TELAH SAMPAI AJAL, SI PELAKU SYIRIK TIADA HARAPAN LAGI MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT. Nauzubillah min zalik.

Sekian

UZAR

3 Mei 2007

Kuala Lumpur

Last update: 29-08-2009 05:56

Published in : Soal Jawab, Aqidah & Kepercayaan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (17) RSS feed comment
Posted by zul, on 24-10-2009 23:31, IP 203.82.92.132, Guest
1. PERCAYA KEPADA BOMOH
Keluarga mertua saya adalah golongan kaya. Budaya memaki, memperendahkan orang sekeliling, menghina menjadi amalan mereka. Bapa mertua berumur 58 tahun seorang yang kedekut dan ibu mertua berumur 54 tahun suka menunjuk-nunjuk. Mereka mempercayai bomoh & sering menjadi rujukan sekiranya berlakunya masalah.  
 
Anak-anak mereka juga mempercayai seperti ibubapa mereka. Sehingga salah seorang anak perempuan mereka yang berumur 17 tahun, mendakwa dapat mengetahui perkara-perkara pada masa hadapan kerana keturunan sebelah bapa beliau masuk ke dalam tubuh dan dapat melihat makhluk halus dan ibubapa beliau mempercayai dakwaan tersebut. 
 
Saya pernah menguji mereka dengan menabur beras (BUAT SENDIRI) di hadapan kedai mereka. Mereka mendakwa orang lain yang menaburkan beras tersebut, hasil berjumpa dengan bomoh. Ini menunjukkan bomoh tersebut penipu. 
 
Mereka mempercayai ramalan bomoh sehingga menghalau saya sekeluarga kerana tuduhan bomoh tersebut yg mengatakan saya melakukan perkara yang tidak elok kepada mereka.Sedangkan saya sekeluarga tidak membuat apa-apa terhadap mereka.  
 
Saya & isteri tidak seperti mereka, yang mempercayai bomoh.  
 
Saya dan isteri telah dibuang dari keluarga mereka. Buat masa ini saya & isteri melakukan solat hajat setiap hari supaya diberi kesedaran dan hidayah kepada mereka. 
 
Ustaz.. 
 
Solat hajat yang bagaimanakah...maksud saya berapa rakaatkah yang paling afdal, doa-doa, waktu solat & ikhtiar yang perlu saya lakukan..  
 
:sigh [/b] 
 
UZAR : Saya bersimpati dengan apa yang berlaku. MOga Allah memberikan hidayah buat mereka untuk bertaubat sebelum nyawa ditarik dari diri. 
 
Dalam Islam, setiap solat adalah solat hajat sebenarnya kerana setiap sujud itu waktu yang maqbul untuk berdoa. Namun jika ia melakukan solat sunat khusus hajat, ia dibenarkan dan waktu maqbul doanya adalah sama, iaiatu waktu sujud tidak mengira sujud pertama, dua atau sebagainya. Tiada sujud selepas memberi salam.
 
» Reply to this comment...

Posted by adil, on 14-09-2009 08:25, IP 124.13.65.23, Guest
2. masalah aqidah-keris emas
Salam UZAR 
 
saya ada masalah,sekarang saya suadh membezakan antara aqidah yang benar dan yang salah(Alhamdilliah) ......masalah saya sekarang saya terjumpa keris yang dibalut kain emas semasa mengemas rumah...saya tanya mak saya tentang keris tu,mak saya bagitau ayah saya dapat keris tu dari nenek saya...dan ada benda2 pelik tentang keris tu(ada penjagalah x boleh buanglah dll)...saya betul2 marah dan saya nak buang keris tu...soalnya apa yang patut saya buat?tanam keris tu atau bakar? 
 
UZAR : keris kalau bakar pun masih begitu juga...boleh buang dan elok rujuk ke Darul SYifa juga..untuk tanya bab pelupusan yang paling baik.
 
» Reply to this comment...

Posted by turqoise, on 07-09-2009 15:42, IP 118.100.213.7, Guest
3. hukum gantung gambar
Hukum gantung gambar bernyawa 
Oleh : Ustaz Azhar Idrus 
 
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud : 
 
"Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub." 
 
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga. 
 
Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. 
 
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah. 
 
Wallahua'lam ( Rujukan Kitab Rawa'iul Bayaan Juz 1 ) 
 
Saya ingin bertanya: adakah perkara ini berkaitan dengan akidah umpama kita meletakkan patung di rumah. bagaimana pula dengan meletakkan gambar dalam frame dalam almari hiasan?apakah hukumnya. harap ustaz dapat jelaskan. 
 
UZAR : Patung benda bernyawa tidak dibenarkan kecuali mainan kanak2.  
 
gamabr dlam almari, diharuskan jika ia gmabar diri sendiri dan keluarga, manakala gmabar someone else walau seorang ulama, pemimpin parti politik dll tidak dibenarkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin, on 28-08-2009 10:41, IP 60.48.80.153, Guest
4. kepastian
as salam mualaikum ustaz... 
 
maaf ust....surah apa tu (As-Syarh : 8) 
saya semak al quran tak ada...yg saya tahu..surah alam nasyrah ayat 5... 
 
UZAR : thanks yang betul adalah ayat 5. Suarh As-Syrah tu surah alam nasyrah le, buka la Al-Quran untuk tengok nama surah tu ok..
 
» Reply to this comment...

Posted by Zul, on 06-08-2009 10:54, IP 58.26.53.10, Guest
5. dari barat
salam uzar, beberapa tahun kebelakangan ini saya byk terjumpa buku2 tulisan dari barat yang menceritakan teknik law of attraction iaitu satu teknik yang mana kita membayangkan sesuatu apa yg kita hajati secara jelas didalam fikiran(visualization).  
 
Kononnya semakin jelas kita nampak apa yg kita bayangkn(visualize) semakin dekat untuk hajat kita tercapai. mereka menerangkan hujah tersebut berdasarkn kajian oleh ahli psikologi, nuerologi dsb berkenaan kemampuan otak manusia untuk menarik sesuatu jika dilakukan dengan betul pada tahap2 tertentu.  
 
Di malaysia pula, ada motivator2 yg cuba mengaitkan visualization ini sebagai amalan yg bertepatan dengan kehendak syarak kononnya ia sebagai salah satu cara untuk kita berdoa. Mengikut kefahaman saya yg daif ini, konsep ini boleh memesongkan akidah sesorg muslim itu jika tidak dikawal dgn ilmu dan iman yg mantap. ia seolah2 menafikan amalan yang telah diajarkan oleh nabi s.a.w seperti doa dan zikir daripada hadis nabi s.a.w. yg menjadi sebab utk Allah s.w.t. memakbulkan hajat kita. mohon tambahan dr ust.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nu'man Hadi, on 29-07-2009 14:12, IP 60.54.6.213, Guest
6. Aqidah saya
Salam ustaz.. 
 
Soalan saya ringkas. Hati saya keras macam batu. Saya percaya pada Tuhan tapi tak dapat meyakinkan hati bahawa Tuhan itu ada. Sebabnya saya masih berbuat dosa. Macam mana nak buat ustaz? Harap dapat tolong saya kembali ke pangkal jalan.  
 
Terima kasih.. 
 
Salam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by saifuldin al'azmy, on 03-07-2009 22:28, IP 60.53.231.77, Guest
7. apakah itu hubbul jah?
assalamualaikum ustaz, 
saya ada persoalan. jikalau ustaz tidak keberatan, boleh tak kiranya ustaz terangkan kepada saya :  
 
a) apakah itu hubbul jah? 
b) apakah punca perkara ini? 
c) kesannnya terhadap individu dan msyarakata [jika ada] 
d) apakah langkah mencegah [jika ada] 
 
saya harap ustaz dapat membantu saya dalam perkara ini. 
wassalam... 
 
 
UZAR : hubbul jah adalah cintakan keglamoran dan populariti. 
 
punca, sebab dan cara atasi..hmm itu panjang tu, antara buku yang baik berkenaan hal itu adalah ihya ulumiddin oleh Imam al-ghazzali dan talbis iblis oleh iBn Jauzi.
 
» Reply to this comment...

Posted by amal, on 08-05-2009 19:47, IP 202.184.124.12, Guest
8. kematian
Salam..ustz..nak tanye pendapat ustz.. 
em..beberape org ahli falsafah islam seperti Ibnu sina dan Ibnu Farabi mengatakan bahawa manusia di akhirat nanti dibangkitkan dalam keadan roh..al-Ghazali pula kate manusia dibangkitkan dalam keadaan jasad.. ape pendapat ustz..? 
 
UZAR : ia perkara yang diperbezakan pendapat di kalangan para ulama.
 
» Reply to this comment...

Posted by mddanial, on 27-11-2008 11:19, IP 219.94.105.51, Guest
9. Gelang/Rantai Bermagnet
Assalamualaikum UZAR, 
 
Selepas membaca topik ini, pemahaman saya bertambah. Alhamdulillah. :) . Saya ada dua soalan. 
 
1) Kini ramai masyarakat Melayu Islam tak kira muda atau tua memakai gelang/rantai yang mempunyai magnet. Dikatakan dapat melancarkan peredaran darah dsb. Apakah itu termasuk didalam perkara Tamimah ? Boleh UZAR jelaskan lebih lanjut mengenai trend ini ? 
 
2) Seperti mana UZAR dan seluruh rakyat Malaysia tahu, YOGA telah diharamkan di Malaysia. Boleh kiranya UZAR dapat membuat artikel mengenai YOGA ini diharamkan dan kebaikkan/keindahan solat yang ada pada kita ini? 
 
Terima kasih. 
 
Salam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 14-11-2008 22:23, IP 194.80.178.1, Guest
10. ...
Br2 ini saya telah mendpt azimat dr ahli keluarga saya untuk tujuan mendapatkan zuriat.Ia adalah sekeping kertas bertulisan jawi.Penggunaannya letak di bawah bantal,jika saya berjaya memperoleh anak, azimat tersebut simpan di tempat yang lain. Apa bezanya azimat ini ataupun perubatan yang memerlukan kita menggunakan sesuatu tumbuhan yang diletakkan di dalam bilik untuk tujuan yang sama?Saya pernah mendengar saya rawatan secara islam oleh satu pusat perubatan ke atas pesakit yang mandul dengan cara meletakkan sejenis tumbuhan (yang telah dijampi) di dalam bilik tidur? Sekian,harap mendapat penjelasan dr ustaz.tq
 
» Reply to this comment...

Posted by Farihin Fong, on 12-08-2008 15:14, IP 77.241.229.83, Guest
11. ...
Alhamdulillah Ust, you're doing a great job. Kerja2 penyedaran ini memang ambil masa lama.... Tapi inshallah I pray that this ummah will return to the straight way, not the they of the ahlul-bidaah.
 
» Reply to this comment...

Posted by imeza, on 27-06-2008 19:57, IP 60.52.103.9, Guest
12. ...
Sekarang ini sudah ramai orang Melayu menggantung dan meletak gambar foto Sultan Abdul Hamid,Kedah.Gambar ini dulu hitam putih sudah jadi warna kerana banyak permintaan orang yang tidak tahu persoalan SYIRIK.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abi, on 22-01-2008 22:44, IP 60.52.103.198, Guest
13. ...
Apa pandangan uzar tntg ilmu aura yg baru mutakhir ini muncul, meramalkan sesuatu berdasarkan warna, dipromosi oleh individu berjenama, tak pernah ada pula dlm pengajian lama, ada unsur syirik tak
 
» Reply to this comment...

Posted by amie, on 08-11-2007 09:59, IP 60.52.102.41, Guest
14. ...
Assalamualaikum, 
 
Nak tanya ustaz...minum air za'faran ditulis atas pinggan putih dengan niat nak sembuh penyakit atau tunaikan hajat (dipromosi diradio ikim.fm) apa hukumnya? samakah dengan artikel ustaz kat atas tu?null
 
» Reply to this comment...

Posted by Ainul Balqis, on 28-09-2007 11:49, IP 58.139.249.66, Guest
15. ...
Assalamualaikum, 
 
Ustaz saya ada satu persoalan 
 
Baru baru ni Marina Mahathir ada menganjurkan multifaith doa selamat yang dihadiri oleh Imam Feisal (tak salah dia Imam kat New York?), Archbishop Murphy, seorang sami Hindu (aku tak ingat nama), sami Buddha pun ada and dari Sikh and Baha'i punya orang lah.  
 
Majlis tu dimulakan dengan semayang Maghrib, lepas tu ada semayang bagi setiap agama lain tu lah. 
 
Macam macam reaksi orang kat Malaysia ni yang marah dengan multifaith doa selamat yang Marina Mahathir ni buat. 
 
Di overseas, multifaith biasa dibuat. Contoh yang aku pernah dapat invitation (tapi tak pegi) ialah Muslim society and Jewish society buat. So, multifaith tu untuk Muslim and Jewish lah. 
 
Jadi soalan saya ialah apa sebenarnya hukum mengadakan multifaith ni? Harap ustaz boleh bincangkan. Sebabnya ialah selama ni bila ada multifaith yang kat overseas tak ada pulak dengar orang bising. But then lepas Marina buat ni, macam macam benda negative orang kata.
 
» Reply to this comment...

Posted by RAMIEZA, on 21-09-2007 21:22, IP 60.52.99.29, Guest
16. ...
Good info...Memang benar kadang-kadang kita mudah berputus asa dengan pelbagai ujian dari Allah. Sedangkan ujian yang menimpa adalah untuk mengangkat darjat seseorang hamba.  
 
Sifat berputus asa menyebabkan kita mengambil jalan mudah dengan mempercayai sesuatu yang boleh mensyirikkan Allah. Sepatutnya Allahlah yang menjadi rujukan dan tempat mengadu kita yang pertama dan utama. Kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 04-09-2007 10:51, IP 58.139.249.66, Guest
17. ...
Moga sama-sama kita memanfaatkannya
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom