Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Pelaburan arrow Terkini : Majlis Fatwa Kebangsaan JAKIM : Pelaburan Internet Haram
PDF Print
User Rating: / 90
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 12-04-2007 17:59
Views 32634    
Favoured 65

Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Pelaburan Internet  ( Terkini )

Oleh

Ust Zaharuddin Abd Rahman 

Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang pada 12 April 2007 dan telah membincangkan Swsisscash sebagai model perbincangan mereka. Keputusan mereka mendapati ianya HARAM dan semua pelaburan internet yang mempunyai ciri yang sama juga adalah haram. Sila buka berita tentangnya di sini. Justeru, para pelabur yang fanatik terutamanya dari Pahang kerana disokong oleh beberapa orang agama di sana. Fikirkanlah..

Ia merupakan satu fatwa yang memang pasti dan telah saya pasti keputusannya akan menghasilkan keputusan Haram. Justeru, demi masa depan alam barzakh dan akhirat kita semua, segeralah bertindak tanpa tangguh lagi, sebelum malaikat Maut menjelma dan tercatat sebagai orang yang sedang menyertai Riba dan disebut oleh ALlah sebagai berperang denganNya dan RasulNya, rujuk al-Baqarah 278.

Atau dapatkan penerangan jelas selama 3 jam dari 2 keping vcd  berikut :-

 ( SIla dapatkan 2 keping vcd ini  : Kuliah hampir 3 jam merangkumi penerangan dan soal jawab isu semasa kewangan termasuk isu Riba, Pelaburan Internet, Skim MLM Cepat Kaya, Empay, ASB, KWSP, Jainetwork, Uptrend, Bank Konvensional, Kerja Kerajaan, Lupus Duit Haram dan banyak lagi  ; hubungi 019 3623 152 & email This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it untuk tempahan dan pembelian)

VCD 2 siri, hubungi 0193623152 untuk mendapatkannya

 

Perlu saya tegaskan , internet itu neutral dan sememangnya sah dilakukan aqad melaluinya, tetapi itu bukan isu kita, isu kita adalah intipati dan terma pelaburan yang dibuat itu. Itulah yang menjadikannya haram.  Inilah yang saya tulis iaitu Swisscash, Abb Fund, Winlifund, Eaindex, Danafutures, Arabic Fund dan termasuk juga dalam ciri haram adalah Empay dan banyak lagi yang serupa cuma belum diwarwarkan sahaja.

Tidak dinafikan sememangnya ada pelaburan internet yang halal terutamanya apabila mereka mempunyai Penasihat Shariah yang pakar.

Sekian

11 APril 2007

6.00 petang

 

Last update: 18-04-2007 08:36

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (18) RSS feed comment
Posted by zakaria bin ismail, on 02-06-2010 23:14, IP 60.52.38.249, Guest
1. hukum pelaburan asb
assalamualaikum. 
sy hendak bertanya 1 soalan  
adakah pelaburan asb ini halal caranya menurut islam. 
sekian terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by MON, on 16-04-2010 22:57, IP 115.134.104.236, Guest
2. INSURAN
ASSALAMUALAIKUM 
SAYA NAK TANYA ADAKAH INSURAN ITU HARAM?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Iklil Hafriz, on 07-03-2010 08:27, IP 203.82.80.106, Guest
3. Berkenaan ads4bucks
Assalamu'alaikum Ustaz, 
Saya dipelawa oleh seorang rakan saya bagi menyertai perniagaan berbentuk pengiklanan melalui internet. 
Saya khuatir kalau-kalau perniagaan ini tidak sah dari sudut pandang Syariat Islam. 
 
Persoalan, boleh tak ustaz pastikan sama ada ads4bucks ini termasuk di dalam fatwa yang mengatakan pelaburan internet itu HARAM?  
Mohon penjelasan... 
jika x keberatan, jawab di email saya. 
 
terima kasih ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by rizduan, on 31-01-2010 12:41, IP 124.13.94.213, Guest
4. keraguan..
merujuk fatwa kebangsaan yg ustaz cakap..sy nka tny mengenai pelaburan internet ads4bucks..mcm mana pelaburan nie...dia ada produk beli kita bayar jd ahli...spnjang yg ana degar dan lihat dengan ilmu yg naif nie ana berpendapat tiada gharar mengenai pelaburan nie...mohon ustaz dapat jelaskan...Takbir!!
 
» Reply to this comment...

Posted by Yoob Norismawandi Yoob Ismail, on 25-01-2010 13:22, IP 202.186.7.186, Guest
5. VEMMA + VEMMABUILDER
assalamualaikum wbt. 
 
sy yoob..nk tanya sikit. 
mcm mana dgn bisnes online VEMMA? 
apa la status bisnes ni? 
apa yang saya tahu produk yang dijual disahkan halal oleh IFRC Asia dan juga kerajaan Malaysia melalui lesen AJL.. 
ini ja, sy harap ustaz dpt emel terus jwpn ke emel saya.  
Syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by mirah, on 16-10-2009 21:38, IP 219.92.229.166, Guest
6. pelaburan internet
assalamualaikum... 
sy ada satu pertanyaan di sini. adakah pelaburan internet dlm ads4bucks adalah halal? harap ustaz berikan jawapan dengan segera kerana pelajar sekolah saya telah terlibat dalam pelaburan ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by zamri, on 21-06-2009 01:01, IP 124.13.54.175, Guest
7. trading
assalamualaikum ustaz, 
ana ingin bertanya pada ustaz bagaimana pula dengan perniagaan www.ads4bucks.com ana inginkan komen dari ustaz dengan segera kerana ada kalangan keluarga ana telah terjebak perniagaan tersebut wallahualam
 
» Reply to this comment...

Posted by naz, on 22-04-2009 11:41, IP 219.94.82.249, Guest
8. ingin tahu.
assalammualaikum ustaz.. 
saya masih ingin tahu tentang bisnes mlm ni.sebab ianya masih baru bagi saya..saya terjumpa satu blog yg bertulis seperti kenyataan berikut.. 
 
 
"Kaedah bisnes ini mudah sahaja. Sekali sahaja dalam seumur hidup anda, anda cuma perlu membeli atau menjual 10 barang dan mencari rakan kongsi seramai 3 atau 4 orang sahaja!" 
 
ayat tersebut berkata bahawa hanya menjual 10 barang dan seterusnya mencari 3 atau 4 orang sahaja..SEKALI DALAM SEUMUR HIDUP..jika telah kedua-dua objektif itu tercapai..bukankah dia hanya duduk menunggu duit masuk ke akaun sahaja?..dan ia akan sama seperti makan duit atas angin..tidak perlu bersusah payah menjual produk lagi tetapi masih juga mendapat duit...persoalan nya..adakah perkara ini memang dibolehkan dalam mlm sebenar?..menjual 10 barang sahaja?..
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azlan, on 16-02-2009 20:19, IP 60.51.65.252, Guest
9. info terkini tentang MLM
Asm ustaz mohon penjelasan tentang MLM terkini.Ada ustaz datang tempat saya kata majlis fatwa kebangsaa akan wartakan mlm seperti CNI dan Hai-o haram.
 
» Reply to this comment...

Posted by MD.HIJAN BIN MD.ILIES, on 02-02-2009 16:38, IP 118.100.55.87, Guest
10. pengiklanan secara online
Assalamualaikum Ustaz saya nak tanya soalan syarikat MDBI sebuah syarikat pengiklanan secara online halal atau haram?
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Abu Bakar B. Jaliludi, on 13-09-2008 17:58, IP 81.79.146.30, Guest
11. ...
Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin. 
saya ada 1 soalan untuk bertanya kepada ustaz.pada masa sekarang ni ada 1 produk baru yang dihasilkan oleh Dr Emoto.produknya adalah bahan batu yang hasilnya diperolehi dari larva gunung berapi.mengikut pandangan mereka yang menggunakan produk ini,amat bagus untuk kesihatan.tapi apa yang memusykilkan saya adalah,produk yang terdapat antara salah satunya merupakan seutas rantai.rantai tersebut terukir simbol seakan-akan salib.memang kita tidak perasan.tetapi apabila kita kaji dengan teliti,kita akan nampak.sekarang ini saya ingin minta pendapat ustaz dan hukum terhadap permasalahan ini.saya harap ustaz dapat kemukakan perbincangan ini melalui media massa bagi kefahaman dan kemaslahatan ummat islam di Malaysia.ustaz boleh rujuk laman web ini sebagai kajian dan rujukan ustaz (www.fusionexcel.com) 
Mahasiswa Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH JB.
 
» Reply to this comment...

Posted by alisha, on 06-08-2008 00:03, IP 194.80.178.1, Guest
12. ...
akum ustz... saya amat tertarik dgn artikel di atas malah saya sendiri telah lama menceburi bidang tersebut tetapi bukan melalui internet. Apakah ia juga diharamkan?
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 16-07-2008 18:31, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
sy setuju dgn pndapat ustaz :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Mufakkir, on 12-02-2008 08:19, IP 211.25.51.1, Guest
14. ...
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh... 
Saya ingin bertanya, gejala memakai cincin di ibu jari dan jari telunjuk pada masa kini semakin menular dan berkembang tidak kira samada dari golongan lelaki atau perempuan, soalan saya, apakah hukumnya?  
 
Bagaimana pula dengan hukum memakai subang bagi kaum lelaki?
 
» Reply to this comment...

Posted by sepohon kayu, on 27-01-2008 14:52, IP 60.52.97.231, Guest
15. ...
ustaz,saya tak jumpa fatwa tu kat laman web JAKIM
 
» Reply to this comment...

Posted by nur najmah muhamad, on 15-01-2008 22:02, IP 60.52.100.61, Guest
16. ...
salam... 
ustaz..ana ada satu soalan yg ingin diajukan pd al-fadhil ustaz.. 
sebagaimana yg kita tahu ada ulama' mengatakan rokok itu haram.. apakah hukumnya bagi org yg menanam pokok tembakau?dan ia merupakan pendapatan utama keluarga tersebut....mereka juga mengeluarkan zakat hasil daripada pendapatan tersebut...minta penjelasan drpd al-fadhil ustaz...sekian..jazakallah khairal jaza'.. salam.. 
 
KOMEN UZAR : SILA RUJUK HUKUM MEROKOK DI WEB INI
 
» Reply to this comment...

Posted by mohammad Zainuddin, on 01-12-2007 09:58, IP 60.52.99.132, Guest
17. ...
assalamualaikum Usatd ...alhamdulillah kita bershukur atas informasi d atas .. kita nak tanya kalau PELABURAN FOREX D INTERNET gimana Hukum nya (SAHAM TUKARAN UANG ASING)
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohamed, on 07-10-2007 18:32, IP 60.52.97.153, Guest
18. ...
Urgent need for a Ustaz to assist volunteers at National Mosque, KL to explain about the misconceptions of Islam to non-muslim tourist about 1000 of them daily.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom