Utama arrow Politik & Dakwah arrow Aqidah & Kepercayaan arrow Panduan Doa Maqbul & Jauhilah Bomoh !
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 51 guests online
PDF Print
User Rating: / 29
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 11-04-2007 09:16
Views 14265    
Favoured 20

Doakan Yin Ditemui : Jauhi

Bomoh & Saranan

Oleh

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Saya amat bersimpati dengan Puan Nur Amizah dan suaminya, Shamsul Ghazali Shamsuddin atas ujian yang hebat buat keluarga mereka dengan kehilangan anak mereka ‘YIN' sehingga kini (ketika artikel ini ditulis). Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT menemukan segera anak mereka dalam keadaan selamat dan sihat.

Didoakan ditemui segera & diselamatkan ibu bapanya dari syirik
 

Walaubagaimanapun, saya terkejut setelah membaca akhbar Berita Harian semalam ( 11 April 2007 ) apabila mendapati keterlibatan bomoh (walapun secara sukarela) dalam usaha mencari YIN.

Membaca petikan berita berikut menjadikan saya bertambah simpati dengan pasangan ini :

Ramai bomoh tawar cari Yin

Oleh Nor Azma Laila

Minta barang pelik kesan budak hilang


KUALA LUMPUR: "Ada yang minta kami bawa kain hitam, kemenyan hitam dan ada juga pesan bawa pisau untuk mencari Yin," kata Nur Amizah Ahmad yang masih menanti kepulangan anak lelakinya yang hilang lebih 220 jam lalu di pusat beli belah Sogo di sini.

Itu antara barang pelik yang diminta ramai bomoh yang menawarkan bantuan kepada Nur Amizah, 25, dan suaminya, Shamsul Ghazali Shamsuddin, untuk mengesan Muhamad Nazrin, 5, yang hilang Sabtu minggu lalu.

"Ada juga minta gambar Yin dan baju yang sudah di pakai olehnya," katanya yang turut menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mendakwa mengetahui di mana Yin berada.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan dakwaan mengetahui di mana anaknya berada adalah tidak benar.

"Mereka akan bagi gambaran mengenai budak yang mereka jumpa itu serta alamatnya untuk kami pergi. Bagaimanapun, semuanya mengecewakan," katanya dengan nada sedih mengenang keadaan anaknya ketika dihubungi semalam.

Yin hilang ketika pasangan dari Chemor, Perak, membeli belah di Sogo, 31 Mac lalu. Sejak kehilangan Yin dihebahkan, pelbagai pihak menawarkan bantuan termasuk imbuhan wang sehingga kanak-kanak berusia lima tahun ditemui.

Sesungguhnya kesan tindakan ini dalam Islam adalah amat besar, maka dalam artikel ini ingin saya nasihatkan keluarga Yin agar JANGAN TERLIBAT DAN SAMADA MEMBERI KERJASAMA DENGAN MEMBERIKAN PAKAIAN YIN KEPADA BOMOH ATAU MEMPERCAYAI SEBARANG RAMALAN MEREKA. Sebaliknya  mereka wajib menggunakan cara berikut sahaja dalam usaha mencari anak kesayangan mereka :-

Pertama: Usahalalah dengan Berdoa kepada Allah dengan menyebut Nama-namaNya dan Sifat-Nya.

Allah berfirman:

"Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalakanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."(QS. Al-A'raaf : 180)

Caranya, seorang hamba ketika berdoa kepada Allah, terlebih dahulu menyebutkan nama-Nya yang sesuai dengan permintaannya; seperti menyebutkan nama Yang Maha Pengasih (Ar-Rahmaan), ketika ia meminta belas kasihan; atau menyebut nama Yang Maha Pengampun (Ghafuur), ketika memohon hajat ditemukan dengan anak dan lain-lain hajat.

Kedua: Berdoa dan bertawasul kepada Allah dengan iman dan tauhid.

Allah berfirman:

"Ya Rabb kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah). " (QS. Ali Imraan : 53)

Maka contohnya, berdoalah dengan menyebut : "ya Allah kami benar-benar beriman denganMu dan apa yang dibawa oleh RasulMu dan kami tolak syrik dan semua ramalan syirik para bomoh, kerana itu yang Allah tolonglah kami mempertemukan anak kami dalam keadaan sihat dan segera".

Ketiga: Berdoa dan bertawassul kepada Allah dengan Menyebut amal soleh.

Iaitu dengan cara seorang hamba memohon kepada Allah SWT melalui amalan paling ikhlas yang pernah dia lakukan, yang bisa diharapkan, seperti shalat, puasa atau membaca Al-Qur'an, atau kesuciannya dalam menjaga diri dari maksiat dan sejenisnya. Di antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits Al-Bukhari dan Muslim tentang kisah tiga orang yang masuk gua, tiba-tiba pintu gua tertutup oleh batu besar. Lalu mereka berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amalan-amalan mereka yang paling diharapkan pahalanya.

Termasuk di antaranya bila seorang hamba bertawassul kepada Allah SWT dengan kefakirannya, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Ayyub 'Alaihissalam:

"Inni Massaniadh-Dhurru wa Anta Arhamurrahimin."
(Sesungguhnya aku telah mengalami kesengsaraan dan Engkau adalah Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih..)

Atau dengan pengakuan seorang hamba terhadap kezhalimannya dan kebutuhan dirinya terhadap Allah sebagaimana diungkapkan oleh Nabi Yunus:

"Laa Ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazh zhalimin."
(Tidak ada yang berhak diibadahi secara benar melainkan Engkau; Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim..)

Maka doalah seperti : " Ya Allah kami sudah cukup menderita dengan ujian ini, ditambah dengan cercaan orang yang mencerca dan kami bersabar, maka ya Allah, temukan anak kami dengan segera ya Allah" . Inilah antara jenis doa yang kuat dan semakin maqbul berdasarkan ayat di atas.

Keempat : Memohon Doa Melalui Doa Orang Soleh Yang Masih Hidup.

Bertawassul melalui doa orang Islam yang masih hidup, menurut Al-‘Allamah Ibnu Taimiyah, telapun disepakati oleh ulama akan keharusannya, kerana ianya memang terdapat di dalam Al-Qur‘an dan hadis Nabi. Firman Allah Ta‘ala:

Ertinya: "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."(Surah Al-Hasr: 10)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertawassul dengan ‘Umar bin al-Khattab Radhiallahu ‘anh. Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa ‘Umar bin al-Khattab berkata:

Ertinya: "Aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam untuk melakukan umrah. Nabi mengizinkan dan bersabda: Wahai Saudaraku, sertakan kami dalam doamu(ketika menunaikan umrah), janganlah engkau lupakan kami."(Riwayat At-Tirmizi)

JAUHI BOMOH SEJAUHNYA DALAM HAL INI

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebinarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( HR Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( HR Abu Daud )

MENGGUNAKAN BOMOH MEMBAWA KEPADA SYIRIK :

Syirik lawan daripada Tauhid. Jika makna Tauhid : Meng-Esakan Allah S.W.T. dalam ibadat , maka makna syirik pula ialah memalingkan apapun jenis ibadat kepada selain Allah. Syirik adalah dosa besar yang paling besar daripada dosa-dosa besar lainnya. Di antara bukti betapa besarnya dosa syirik ialah sebagaimana berikut :

1. Allah tidak akan memaafkan dosa syirik.

Maksudnya : Dosa syirik adalah satu-satunya dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah di akhirat nanti jika ia tidak memohon ampun kepada Allah semasa hayatnya sebelum ia mati. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firman-Nya :

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (48)

Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. ( Al-Nisa' / 4 : 48 )

2. Menghancurkan Semua Amalan

Walaupun banyak janji Allah tentang kelebihan atau fadhilat amalan, namun kita juga mesti peka bahawa terdapat juga perkara yang boleh merosak atau memusnahkan sesuatu amalan. Di antara dosa yang dapat merosakkan amal kebaikan ialah syirik. Ini sebagaimana firman Allah S.W.T :

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65)

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. ( Al-Zumar : 65 )

3. Membawa Kehinaan.

Jika manusia terlibat dengan dosa syirik maka darjat mereka sangat hina. Mereka seolah-olah seperti sesuatu yang jatuh dari langit lalu disambar oleh burung dan diterbangkan oleh angin ke tempat yang sangat jauh. Hal ini dinyatakan oleh Allah di dalam firman-Nya :

وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ (31)

Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. ( Al-Hajj / 22 : 31 )

4. Diharamkan Masuk Syurga

Dosa syirik menjadi penyebab utama seseorang diharamkan daripada memasuki syurga dan dia kekal di dalam neraka selama-lamanya. Allah berfirman :

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (72)

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. ( Al-Maidah / 5 : 72 )

5. Zalim Paling Besar.

Maksudnya : Kalau adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, maka lawan adil adalah zalim. Zalim maknanya meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Mengapa demikian ? Kerana syirik bermakna mengurangi hak Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk-Nya. Ini sebagaimana nasihat Luqman kepada anaknya yang dikhabarkan oleh Allah di dalam firman-Nya.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ ِلابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لاَ تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (13)

Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: " Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah binar-binar kezaliman yang besar ". ( Luqman : 13 )

Justeru nasihat saya, janganlah kita jatuh kepada syirik dalam menghadapi ujian yang telah berat ini. Melakukan kesyirikan dengan si bomoh akan meyukarkan lagi keadaan di dunia dan di akhirat. Di doakan khas Yin dapat ditemui dengan segera..ameen

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

11 April 2007

23 Rabi'ul Awwal 1428 H


Last update: 13-05-2007 13:03

Published in : Soal Jawab, Aqidah & Kepercayaan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (16) RSS feed comment
Posted by Kamikaze, on 18-11-2009 18:34, IP 210.136.165.66, Guest
1. Kuwujudan Bunian
Assalamualaikum ustaz.. 
Saya ingin mengetahui adakah benar kewujudan bunian? adakah orang bunian ini mempunyai kuasa yg tertentu dan berapakah jangka hayat umur mereka? bolehkan kita sebagai orang orang islam mendampingi bunian? apakah hukum jika kita mengamalkan penyeri muka sbg contoh menggunakan alat mekap yang dijampi oleh bunian? bolehkah bunian memasuki ke tubuh manusia? bolehkah kita mengenal pastinya? ingin penjelasan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Akhbar, on 03-09-2009 08:27, IP 58.26.127.136, Guest
2. Doa
Assalamu'alaikum . Ustaz nak tanya tentang berdoa , kalau berdoa tidak dimulakan dengan Bismillah dan Selawat ke atas nabi, dan dimula kan dengan 'Dear GOD' bertujuan untuk doa bagi semua bangsa , apa hukumnya . Terima kasih 
 
UZAR : doa orang Islam patut dimulakan dgn bismilah dan selawat. tapi ia tidak wajib. memulakan doa dgn der god udgn niat utk semua agama, tidak digalakkan sama sekali.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohammad, on 06-05-2009 16:19, IP 124.82.110.94, Guest
3. barang hilang
as..kum saya baru shj kehilangan lab top dan masih yakin dan berharap dapat di temui semila..apakah amalan yg boleh saya lakukan pd masa sekarang..
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 12-01-2009 18:32, IP 60.49.211.34, Guest
4. tawasul
salam UZAR 
 
saya nak tanya UZAR mengenai tawasul.Ape yang dimaksudkan dengan tawasul?? 
bolehkah kite bertawasul dengan menggunakan perantara wali Allah yang telah meninggal dunia  
dalam doa kite?? 
Harap UZAR dapat membantu saya dlm memahami maksud tawasul yang sebenar..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 14-11-2008 13:54, IP 219.93.152.34, Guest
5. menantu gelisah
Assalamualaikum ustaz.bapa mertua saya dikatakan mempunyai saka oleh seorang yang boleh mengubat orang menggunakan ayat2 al-Quran.katanya jika tidak dibuang akan menurun kepada anak lelaki,iaitu suami saya.dikatakan rawatannya adalah menggunakan ayat2 al-Quran dan memerlukan berjenis2 air dari berlainan masjid dan 7 jenis air dari tempat berlainan.apakah hukumnya ustaz?saya amat risau suami yang akan mendapat saka tersebut jika tidak dibuang, pada masa yang sama saya juga bimbang jika hukumnya haram.
 
» Reply to this comment...

Posted by arshad yasak, on 22-10-2008 03:58, IP 194.80.178.1, Guest
6. ...
assalammualaikum wrt ustad.saya mohon pandan ustad ayat-ayat amalan yang boleh saya amalkan sebagai pendinding diri isteri dan rumah yang saya sewa.tambahan sekarang ada beberapa orang tua dan kawan menyatakan bahawa rumah saya ada jin yang duduk.kekadang saya sendiri tengok anak saya tetiba menangis macam takutkan sesuatu.mohon pandangan ustaz berhubung kes saya ini.cuma biasanya saya solat berjamaah dengan azankan dirumah.terima kasih ustad
 
» Reply to this comment...

Posted by mie, on 21-10-2008 18:59, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Assalamuailaikum. 
Ustaz bolehkah kita menyebut Allah dengan Tuhan seperti berdoa dengan "Ya Allah ya Tuhanku". Saya ada terbaca dalam sebuah web bahawa Allah itu tidak sama dengan Tuhan. Saya sertai laman web tersebut. Saya harap Ustaz dapat memberikan penjelasan kerana di dalam doa kita sering menyebut perkataan Tuhan. http://www.tranungkite.net/v7/ modules.php?name=News&file=article&sid=16231
 
» Reply to this comment...

Posted by lili, on 26-04-2008 08:48, IP 60.52.102.149, Guest
8. ...
ustaz, macammana plak dengan kuasa reiki,kaedah saranan lalam meditasi, pernafasan dalaman dan kuasa elektrik dalam tubuh seperti ilmu batin.. adakah ia termasuk sihir?  
 
ramai yang kata kaedah saranan seperti yang diajar cakra alam oleh ust arief berkesan....
 
» Reply to this comment...

Posted by Ayu, on 03-03-2008 12:51, IP 211.25.51.1, Guest
9. ...
Salam UZAR, adakah mempercayai adanya SAKA di anggap syirik? Walau bagaimanpun saya tidak memuja atau mohon bantuan daripadanya. Cuma mengetahui daripada cerita keluarga. SAKA tersebut juga tak buat apa2 pada saya. Cuma sekali sekala masuk dalam mimpi atau terlihat di alam nyata. Perlukah saya buang atau membiarkan saja..
 
» Reply to this comment...

Posted by izzah, on 11-02-2008 20:39, IP 60.52.102.249, Guest
10. ...
salam, ustaz, minta sangat ustaz menjawab, orang yg terdekat dgn saya telah berniat jika perkara yg diingini nya ini berjalan lancar maka dia bernazar untuk kemakam lama yg dianggap makam keramat untuk meletakkan makanan, saya tak pasti apa lagi yg hendak dibuatnya cuma dia kata nak meletakkan makanan. apa hukumnya ustaz..? setahu saya yg jahil ini, sepatutnya kita bersyukor kepada ALLAH bila apa yg kita mahukan dapat, jadi bernazarlah spt. berpuasa ke, sedekah ke bukannya ke kubor org yg dah mati, saya amat perlukan pendapat ustaz, jika boleh saya ingin menasihati org tersebut, saya amat takut bila dia kata , dia x peduli org nak kata syirik syirik lah... nauzubillah... 
 
UZAR : NAZAR SYIRIK TIDAK PELRU DITUNAIKAN, SILA BACA DALAM BAB AQIDAH .. ADA TAJUK NAZAR BEGINI
 
» Reply to this comment...

Posted by Amir Arab, on 30-01-2008 07:54, IP 211.25.51.1, Guest
11. ...
Ada seorang anak yg cuba menasihati ibu nya supaya jangan jadi bomoh, maka ibu nya telah berhenti jd bomoh tp si ibu itu masih menceritakan kisah2 amalanya itu dan dia masih pecaya tentang bomoh, baginya bomoh itu kelebihan yg di beri oleh Allah kepada seseorg untuk membantu org lain. SI anak telah menjelaskan kepadanya itu semua mainan syaitan yg cuba meyesatkan org bayangkan beribu2 org yg datang utk berubat maka semua org itu tegolongan dlm golongan syrik jd bomoh itu akan mnanggung dosa2 meraka juga. Si Ibu ini amat yakin dgn Para2 Wali, katanya kita bukan minta kpd wali tu tp pada Tuhan cuma wali itu lebih dekat dgn Tuhan jd dia sama2 berdoa minta pd Tuhan, jadi sy ingin bertanya pendapat ustat mcm mana nak patahkan kata2nya itu dan apa itu Wali di sisi Allah dan bolehkan dia membantu sedangkan dia telah meninggal.
 
» Reply to this comment...

Posted by azaissaadi@yahoo.com, on 24-01-2008 19:01, IP 60.52.99.118, Guest
12. ...
assalamualaikum ustaz.. 
 
dalam pesilatan diadakan mandi minyak serta di tetak dengan padang di perut dan bejalan atas kaca juga di anggap salah satu upacara perubatan semasa menjalaninya diajar oleh guru sepotong ayat al-quran dan dan dipesan supaya menyebut allahuakbar sehingga selasai adakah ini tergolong dalam syirik. atau ianya satu ikhtiar.....
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 04-12-2007 12:52, IP 211.25.51.1, Guest
13. ...
askum ustaz.. 
saya nak tanya mengenai amalan contohnya untuk dapat jodoh atau murah rezeki kita perlu tulis ayat2 al-quran yang berkaitan atas kertas kemudian dilipat dan dipakai contohnya di pinggang.bolehkah amalan ini dilakukan dan jika boleh terangkan adab pemakaian. 
terima kasih.. 
 
KOMEN UZAR : SEMUANYA ADALAH SYIRIK DAN TANGKAL YANG DIHARAMKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur Atika, on 29-10-2007 15:36, IP 211.25.51.1, Guest
14. ...
Assalammualaikum Ustaz, 
 
Nak tanya la pendapat ustaz tentang perubatan alternatif Darul Syifa' yang telah diasaskan oleh ust. Harun Din. Apa pendapat Ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by fayz, on 18-10-2007 22:30, IP 60.52.97.242, Guest
15. ...
alhamdulillah yin telah ditemui...nurin jazlin pula telah tiada... 
al-fatihah.. 
 
fayZ 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by syazwan, on 26-08-2007 08:56, IP 60.52.101.96, Guest
16. ...
wan_smi89@yahoo.com.my :upset sy pun turut brsimpati diatas kehilangan yin..banyakkanlah berdoa kpd ALLAH SWT dan Allah bersama dgn orang2 yg bersabar..
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom