Politik & Dakwah Pelaburan Hukum ‘Perfume’ Beralkohol & Senarai Pelaburan Islam Alternatif

Hukum ‘Perfume’ Beralkohol & Senarai Pelaburan Islam Alternatif

  • PDF
(98 votes, average 4.74 out of 5)

Hukum ‘Perfume' Alkohol & Senarai Pelaburan Islam

SOALAN

hamka rashid <hj_hamka@yahoo.co.uk> wrote:

salam..
1.   mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..

2.   hukum ASB? setahu saya PUM memfatwakannya haram, tapi Datuk Mahmud Zuhdi kata boleh (jika saya tidak silap, kalau salah tolong betulkan statement ini), jadi boleh tak ustaz senaraikan alternatif tempat lain yang halal untuk melabur..
syukran

JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

 

 JAWAPAN SOALAN KEDUA (SENARAI PELABURAN ISLAM ALTERNATIF)

 

2) Hukum ASB dan alternatif pelaburan lain, anda boleh rujuk di web saya http://www.zaharuddin.net/ di bahagian soal jawab agama semasa, atau terus ke pautan berikut :-

Sila buka satu demi satu menurut turutan :

a) Hukum ASB 1 

b) Hukum ASB 2

c) Hukum ASB 3

Pelaburan Islam alternatif yang telah di 'COP' HALAL:-

a) Anda boleh buka akaun pelaburan di mana-mana Bank Islam di Malaysia, cuba buka senarai bank dan perbankan islam yang menawarkan tabung pelaburan Islam Mudarabah di pautan berikut:-

Senarai Bank-Bank Islam dan Khdimat Perbankan Islam di Malaysia

 

b) Anda boleh melabur di luar negara di Tabung Pelaburan yang Menuruti Shariah di (PELABURAN ISLAM LUAR NEGARA 1atau ( PELABURAN ISLAM LUAR NEGARA 2 )

c) Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam. Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila buka:-

Adapun, untuk mengetahui cara membeli, terpaksalah anda membuat sedikit usaha mencari nombor syarikat-syarikat dan institusi terbabit. Dengan ini saya harap, tiada lagi individu yang mempertikaikan tiadanya alternatif untuk pelaburan yang memenuhi syarat-syarat Shariah. Jika anda keliru dan was-was untuk menggunakannya walaupun ia telah di sahkan halal oleh Majlis Penasihat SC atau Institusi-institusi yang menawarkan itu, anda bolehlah membaca artikel saya bertajuk " Haruskah guna sesuatu dengan tanda 'halal" atau "islam" tanpa selidik?" atau terus buka di pautan :-

BOLEHKAH GUNA TANDA HALAL DAN BANK ISLAM TANPA SELIDIK LAGI?

 

Sekian,

Ust Zaharuddin

6 Feb 2007

18 Muharram 1428 H

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan





RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 43 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir
  • Kafineczo

Komen Terbaru

You are here: Politik & Dakwah Pelaburan Hukum ‘Perfume’ Beralkohol & Senarai Pelaburan Islam Alternatif