Utama arrow Kewangan arrow Hukum Piramiding Cara Wang Pos
PDF Print
User Rating: / 21
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 15-12-2006 09:26
Views 15172    
Favoured 47

"NIK SHUKRAN NIK S.O." < This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it > wrote:

Assalamualaikum,

Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas drpd kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 drpd ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yg diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut?Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan.

Saya banyak mendapat ilmu ttg ekonomi Islam drpd tulisan-tulisan ustaz di media. Semoga Ustaz dpt menjawab e-mel saya dan saya merakamkan jutaan terima kasih.

"Hidup Islam"

JAWAPAN

wa'alaikumussalam,

setelah membaca penerangan anda di bawah.

Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah : -

1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

2) Pelabur

3) Pengusaha

4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

1) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

2) Tiada jaminan modal selamat.

3) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.

Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kpd untung dan rugi. Dalam kes anda, duit pelabur ( peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi taida perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nye? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Produk menjual pusingan dan piramid penyertaan adalah tidak diteruima oleh Islam.

Ringkasnya, ia seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di bawah. Dalam bentuk yang anda berikan, ia jelas tidak dibenarkan.

Akhir sekali, terima kasih kerana memanfaatkan tulisan saya. Silalah membacanya lanjut di http://www.zaharuddin.com/

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

12 Disember 2006

21 Zulakedah 1427 H

Last update: 15-12-2006 09:26

Published in : Soal Jawab, Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (33) RSS feed comment
Posted by lan, on 20-05-2010 10:10, IP 203.82.80.92, Guest
1. toge
salam 
jangan jumudkan pemikiran anda 
knapa lesen judi bola sepak dunia d luluskan 
knapa toto magnum n kuda boleh ada lesen 
plak tu org islam yg ramai join
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by awis, on 26-04-2010 01:42, IP 180.72.124.149, Guest
2. ikhlas
ikhlas ni rahsia Allah..hnya Allah saja yg tahu keikhlasan hambanya dalam membuat sesuatu.. Buat lah ape yg kita rasa betul..tp biar lah dengan ilmu..bukan hanya ikut tanpa usul periksa..  
 
sekian
 
» Reply to this comment...

Posted by peserta, on 31-03-2010 15:30, IP 60.51.61.44, Guest
3. ..........
salam sume.. saya mintak tuan zaharudin tlg kaji dan dtg ke sesi penerangan program membantu ini.. kerna ramai peserta program yang mahukan keterangan dari tuan..dan selepas tuan dtg dan kaji keseluruhannya minta jasa baik tuan untuk nilaikan dan beritahu kami, saya menjaga ibu tunggal saya sudah bertahun lamanya hasil dari usaha saya dari syarikat yg sudah 6tahun beroperasi n kesumenyer sy dpt bentuk wangpos, sy xrasa ianya salah.. kerna ianya bukan perniagaan, pelaburan, ia cume program membantu ibarat rumah seseorg itu terbakar dan kte sume membantu beliau.. adakah beliau salah mgunakan wang trsebut? kalau salah n xblh mgunakan sumbangan yg dberikan.. nampaknya program bersamamu 2 sume xblh la org nk sumbang duit? dan sape yg gune duit org ramai sumbangkan 2 haram la hukumnye? niat saya nk membantu dan dbantu oleh org ramai.. jika sesape xmahu jd peserta tidak mengapa.. kerna dlm program ni ada akad.. iaitu dengan rela hati kami memberi.. bila anda memberi anda akan menerima.. bila anda menerima jgn lupa memberi.. ramai jutawan yang gunakan formula ini.. harap tuan menghadiri taklimat kami dan kaji dan beri pandangan sewajarnya.. kami sedia menyambut kehadiran tuan.. sekian,t.kasih -saya peserta program
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ayubi77, on 27-03-2010 21:34, IP 60.53.46.123, Guest
4. Wang Pos 2
Yang Haram tetap Haram. 
Niat tidak menghalalkan cara. 
Hak & batil MESTI dibezakan. 
 
Jangan lah kita bergaduh @ berdebat "kau salah aku betul" semua tu. Kita patut berdebat dgn ilmuan, bagaimana untuk membantu org Islam keluar dari masalah kewangan. Kenapa tiada bantuan? Wang zakat buat apa? Joli? Bila tiada bantuan, org ramai terpaksa masuk mcm2 program mcm MLM dan PIRAMID, jd skrg salah diorang ke? Mereka cuba berikhtiar untuk melepaskan diri mereka dari bebanan hutang, tp apa yg org bijak pandai buat? Tunggu org buat salah baru nak tegur? Jangan bergaduh sesama Islam, berdebatlah secara baik demi kebaikan. Kenapa org kafir kuat? Sbb mereka saling membantu dalam semua SEGI!!!!.  
 
Tetapi harus diingat, Islam adalah jalan yang terbaik untuk merungkai semua masalah atas dunia. Tetapi jika tidak dimanfaatkan, apa yg akan terjadi? Jadi..........??????
 
» Reply to this comment...

Posted by ayubi77, on 27-03-2010 21:23, IP 60.53.46.123, Guest
5. Wang Pos
Assalamualaikum..  
Ana setuju & tak berapa setuju jgk dgn semua pandangan, alhamdulillah org Islam kita sudah mula buka mata utk mencari yg halal. Bak kata ustaz, kalau ada syarat (yakni anda MESTI BUAT) itu HARAM, ana setuju. Kalau bantu ikhlas tp mengharapkan balasan pun HARAM, ana setuju. Syarat mesti jelas dan tiada selindung. Tp tiada 1 pun program yg dijalankan utk menambahbaik ekonomi org Islam, ana setuju jgk. Macam MLM, ianya HARAM sbb terlalu menumpu kpd network, jd tarikan konon2nya barangan mereka tu bagus2 semua diam sepi selepas anda masuk, jd tiada jualan barang2 langsung dan org atas suruh tumpu network shj, secara tak sengaja benda tu terHARAM. Semua MLM HARAM.. PIRAMID yg mcm ustaz gmbr kan pun HARAM. 
 
Saya syorkan, diadakan 1 program bersama dgn majlis2 agama Islam untuk membantu masyarakat Islam yg didalam kegawatan. 
 
Senario skrg, ramai nya Melayu Islam jd penjenayah, pencuri, perompak dan mcm2 lg sbb tak cukup duit. Sedangkan Islam mempunyai terlalu byk ilmu kewangan untuk membantu umat Islam melepaskan diri dari bebanan hutang. Jadi................?????? 
 
Sekian, sekadar pandangan.  
Jgn marah aa.. yaa sarjana ana pun sudah kena.
 
» Reply to this comment...

Posted by Razil Zaini al-Hafiz, on 07-03-2010 09:56, IP 60.50.150.32, Guest
6. Salam Uzar ...
Salam Uzar , 
 
Sy minta kebenaran utk ambil dan pastekan artikel nie di blog sy www.RazilZaini.com.
 
» Reply to this comment...

Posted by faizal, on 29-01-2010 15:12, IP 58.26.159.26, Guest
7. syarat tidak jaminan modal
Antara syarat sahnya pula :- 
 
1) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama. 
 
2) Tiada jaminan modal selamat. 
 
3) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.  
 
Berkenaan dengan syarat kedua, bagaimana hukumnya bila bank menyatakan simpanan / pelaburan anda dijamin kerajaan. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammadsafarin, on 08-01-2010 19:33, IP 203.82.92.108, Guest
8. ustaz kan dah cakap
la...kan dah ustaz cakap 
 
Posted by man, on 31-03-2008 17:46, IP 60.52.97.3, Guest 
16. ... 
macam ni lah saya kasi duit pada ustaz 5 ringgint haram ker ustaz terima duit tu?  
 
UZAR : HARAM BILA SDR LETAKKAN SYARAT SAYA ATAU SESIAPA MESTI BAGI SUMBANAGN PUULAK KPD ANDA. IA DINAMAKAN DALAM FIQH 'HIBAH ATH-THAWAB"
 
 
memang la bukan pelaburan...dah jelas ustaz cakap....yang bukan pelaburan..nak ulang lagi sekali ke...yang bukan pelaburan tapi dalam kes "sumbangan". 
 
kenapelah ramai yang tak paham atau pertahankan jugak semata2 kepentingan diri sendiri. tanya diri kita siape...arif sangat dengan agama atau guna lojik akal ke. :p
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by safwan, on 15-12-2009 02:37, IP 203.82.66.207, Guest
9. renungkan lah
halal dan haram perkara yang sudah nyata dan di antara keduanya adalah perkara yg meragukan
 
» Reply to this comment...

Posted by safwan, on 15-12-2009 02:36, IP 203.82.66.203, Guest
10. kalau meragukan, jauhkan la
saya masa kena "talk" psl cara ni, mmg nk jg dgr. tapi bila saya dgr perkataan org ats dan org bwh, saya dah set diri utk jauhkan program mcm ni. sebab apa? ya saya tahu program ini mempunyai pusingan(orang ats xsmstinya diatas. lepas org ke-8 msk, org top list akn dikeluarkan dan org ke-2 akn jadi top list). tapi bila kata kita ikhlas nk bagi, ats dsr tlg sesama islam, kenapa kita menderma atau menolong org lain, kemudian jauh disudut hati kita,"lepas ni aku pulak nak cari org spy aku pulak dpt income." jadi mana keikhlasan menderma tadi,@ menolong? jelaslah yg kita "menderma dan menolong ats dasar sesama islam" dengan niat lepas ni kita akn jadi kaya dgn skim ni. lagipun, cubalah fikir dari satu lagi sudut, company tu dapat rm5 dari kita, dan dapt jugak wang pos utk org ats kita. siapa tahu apa yg mereka lakukan? mungkin saja mereka boleh mengubah struktur piramid anda,dan ambil keuntungan wang pos yg sepatutnya di "derma kepada org ats". siapa tahu? borang ada dengan mereka, mereka urus transaksi.mereka mungkin bagi borang yang telah diubah kepada org lain dan keuntungan akan jadi berlipat ganda tanpa kita ketahui.kerana apa saya berkata demikian? kerana lafaz dengan rela hati, kita telah rela hati duit itu dipergunakan tanpa pengetahuan kita. mmg juga disebut sekiranya ragu, boleh meniggalkan program. bukankah itu cuma mainan psikologi untuk menjadikan kita percaya bahawa sesuatu itu benar? kalau pun duit dari skim ini boleh dibuat untuk membeli susu anak, guna saja duit modal itu untuk membeli, xpyh pakai apa2 skim. jika hendak menolong sesama islam, dermakan saja ke masjid, ikhlaslah dalam menderma dan menolong, jgn pula jauh disudut hati, mengharapkan balasan dari pertolongan tersebut. sekali lagi saya tegaskan, mmg anda rela hati untuk menolong, tapi jauh disudut hati, anda sebenarnya mengharapkan pertolongan itu dibalas. jadi mana keikhlasan menolong anda tadi? lenyap dengan keghairahan mencari kesenagan dunia?
 
» Reply to this comment...

Posted by sham, on 19-04-2009 11:34, IP 202.190.99.62, Guest
11. betul tu..
Apabila saya menulis dalam laporan "Internet Scam Yang Perlu Anda Tahu" yang ada juga berkenaan dengan sumbangan ikhlas sebegini. Ada yang email kembali dengan maki maki. 
 
Alasannya nak membantu sesama islam. Alhamdulillah, kini ia telah diterangkan dengan jelas oleh UZAR dan Ulamak PAS. 
 
Perjuangan untuk menentang penipuan akan saya terus. 
 
Anda boleh download laporan percuma tu di 
 
http://www.shamsuriyadi.com/ Scam.zip 
 
atau 
 
http://www.rajaadsense.com/ Scam.zip 
 
Walaupun ketika itu belum ada kajian terperinci.Saya akan update tentang kajian ulamak pas tersebut dalam laporan scam tersebut. 
 
Terima kasih Uzar! 
 
-Shamsuriyadi 
Anti Scam Blogger 
http://www.shamsuriyadi.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Munif, on 18-01-2009 04:00, IP 60.50.67.73, Guest
12. kutu wang pos
Sebagai bantuan untuk UZAR,diminta forumers sila ke link ini: 
http://ulamak.pas.org.my/ index.php?option=com_content&task=view&id=48&Itemid=1 
 
 
UZAR : Ye saya memang dah lama sebut ia adalah haram..dan bagus pihak ulama pas mendetailkannya. Sebarkannya ..
 
» Reply to this comment...

Posted by bernas, on 21-10-2008 19:04, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
salam nik shukran... sebelum sye teruskan menaip nih terlebih dahulu sye mintak maaf la pd anda yea..dan sye nih bknlah org yg pasif agama.. 
Ok, sebelum anda join program ni anda x baca ke borang peryertaan dibahagian PENGAKUAN dah terang2 kat situ mengatakan anda "dengan relahati dan berasaskan muhabbah (kasih sayang)" sekiranya ada keraguan dlm program ni tinggalkan sj..ini bkn sistem pelaburan ini sistem bantu membantu (sumbangan MUHABBAH)namanya..pada pendapat sye program ni x slh..dlm islam pun menyuruh dan menyarankan kita saling bantu membantu.. 
 
Wahai kawan2 sekalian klu kita kerja pun dgn kos sara diri amatlah tinggi.. kat mana lg kita nk bergantung diri xkan nk minta sedekah,pinjam sana sini nk byr pakai ape!!.. 
 
klu kita kerja dgn syarikat kaum bkn islam pun blm tentu duit tu halal mana dtgnye duit tu..yakin la pd diri dan fikirlah tanpa was2.. 
 
sye pun dah join program ni..
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by addi JB, on 07-10-2008 01:03, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
Program ni kebanyakanya ada unsur 'gharar'.iaitu umpamanya bila pusingan terhenti,kita tidak mendapat apa-apa.jadi kemana duit kita?semuanya 'mengharapkan'pusingan yang baik.sedang org bwh kita,akan fikirkan perkara yang sama juga nanti.faktor mengharap akan mendatangkan riba.mencari keuntungan yang sentiasa lebih.dan akhir sekali adalah judi.sanggup melakukan apa saja.sentiasa mencuba.ibarat berjudi,satu pihak menang hasil 4 orang yang kalah.judi haram disisi islam.konsep memberi tidak diterima kerana pokok judi itu sudah haram.oleh itu, program ini adalah haram.
 
» Reply to this comment...

Posted by pos, on 01-08-2008 01:05, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
jika program kutu ini haram bagaimana saya perlu menggunakan wang hasil dari kutu ini....saya dah modal 1000 dan mendapat hasil sumbangan sebanyak 1200.......boleh ke saya mengambil modal dan selebihnya saya sedekahkan ke masjid?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by humaira, on 01-08-2008 00:59, IP 194.80.178.1, Guest
16. ...
tak payah la nak berdebat panjang2 pasal program wang pos ni.halal dan haram perkara yang sudah nyata dan di antara keduanya adalah perkara yg meragukan.saidina ali sudah berpesan,jauhkanlah perkara yg meragukan ini.adakah anda yg join program ini seronok jd jutawan dr hasil yg meragukan dan menjadi darah daging atau anda rela miskin tp dgn hasil yang nyata halal dan diberkati?Lu fikirlah sendiri...
 
» Reply to this comment...

Posted by Kopanskov, on 27-06-2008 11:44, IP 60.52.100.114, Guest
17. ...
Salam 
Saya amat berharap jika ustaz boleh kaji secara detail modus operandi sistem ni, saya pun pening sebab ramai kawan2 masuk , malah ustaz2 pun dan masuk , nah sekarang ni katanya JAWI pun dah bagi greenlight, apa kata kita pergi dengar ceramah wang pos ni kat taman batu muda, saya pun bercadang nak gi dengar juge 
 
sekian
 
» Reply to this comment...

Posted by Iqbal, on 25-06-2008 17:56, IP 60.52.99.18, Guest
18. ...
Saya ada cadang nak masuk plan kutu tertutup wang pos spt diatas denga modal RM462. Saya ada buat solat istikharah sekali (cadng nak buat lagi)minat tunjukkan adakah ianya baik.Cara saya, saya tulis nama syarikat yg uruskan program ini diatas 3 kertas kecil. 3 kertas kecil saya biarkan kosong, semuanya digulung. Selepas solat saya berdoa minta Allah tunjukkan samada program ini baik. Saya cabut 3 kertas yng di gulung dari enam. Dari 3 gulungan kertas yang dicabut, hanya 1 sahaja yang tercatat nama program tersebut. 2 lagi kosong. Buat masa ini saya K.I.V lagi nak joint program tersbeut. Apa pandangan Ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 21-06-2008 12:47, IP 124.13.138.152, Guest
19. ...
camana ngan isu ni...seolah2 tergantung...banyak juga soalan yg diajukan tapi blm terjawab olh ustaz...mohon jasa baik ustaz memberikan pandangan lebih detail supaya rakan2 disini mahu yang lama @ yg baru (spt saya) dapat memahami islam lebih mendalam
 
» Reply to this comment...

Posted by alamak??, on 06-06-2008 15:31, IP 211.25.51.205, Guest
20. ...
Slm ust ZAR, pd 2 bulan lepas ana diajak masuk program ni dari seorang Ustaz. tp ana takde duit masa tu. ana keje despatch jer ni haa baru nak jinak pi masjid jumpa ust nii. Dia kata pendapatan dia dah lebih 5 angka, tu yang terliur jugak ler dengar. Tp nasib baik ana bukak web ust ni. ana adalah simpan sket duit nak masuk program wang pos ni. Tp dah ust kata haram, ana tak jadilah. Mudah-mudahan Allah merahmati. Amin
 
» Reply to this comment...

Posted by dean.BM., on 06-05-2008 22:19, IP 60.52.101.13, Guest
21. ...
kalau niat baik,apa salahnya.Kita membantu,memang la apabila kita beli wang pos dan bahagikan kat orang lain tu dengan harapan orang akan buat benda sama kat kita, tapi kita tak mencuripun, tak berjudi dan tipu orang.Kadang-kadang bila nak buat benda baik pun ada halangan.Aku taklah pandai sangat, tapi, aku rasa okay je, aku pernah buat benda sama kat orang, aku tak dapat apa apa pun, tapi aku bersyukur pasal dapat bantu orang yang bagi form tu kat aku, mungkin dengan wang pos yang aku bagi kat dia , dia dapat beli susu anak dia, antar anak dia pi klinik atau mungkin dapat beli sekilo beras untuk famili dia, alhamdulillah.
 
» Reply to this comment...

Posted by pining kepala, on 10-04-2008 00:25, IP 60.52.102.20, Guest
22. ...
askum.......... sy pun masih pening kepala apabila ada kawan ajak saya join program wang pos ni... borang dah ada, dah isi, belum antar je lagi... sebelum antar saya nak tgk dulu pandangan ilmuan.... mcm mana? so, boleh ustaz hujahkan dengan lebih terperinci?
 
» Reply to this comment...

Posted by duku, on 10-04-2008 00:23, IP 60.52.102.20, Guest
23. ...
pada pendapat saya. sapa yang sokong ni org yg terdesak sehingga menggunkan alasan untuk menghalalkan... fikirkanlah... siapa yang masuk benar2 mahu membantu? pasti ada niat untuk mengharapkan pulangan.... kalau tak tentu tak masuk... baik sedekah kat masjid..... yang penting, sampai satu level, ada pihak yang rugi. yang untuk pihak pengurusan.... satu transaksi dpt rm5 atau rm 10... bayangkan kalau ada 100 org join.... 1000??nah.... sakng sapa nak bantu siapa... siapa nak kaut keuntungan Goyang Kaki?? setem baru 30sen....
 
» Reply to this comment...

Posted by man, on 31-03-2008 17:46, IP 60.52.97.3, Guest
24. ...
macam ni lah saya kasi duit pada ustaz 5 ringgint haram ker ustaz terima duit tu? 
 
UZAR : HARAM BILA SDR LETAKKAN SYARAT SAYA ATAU SESIAPA MESTI BAGI SUMBANAGN PUULAK KPD ANDA. IA DINAMAKAN DALAM FIQH 'HIBAH ATH-THAWAB" 
 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by emily, on 18-03-2008 11:24, IP 211.25.51.1, Guest
25. ...
askm, 
 
saya nampak program ini baru2 ini.saya mengalami keadaan kewangan yangagak teruk dan ingin mengubah hidup saya.saya dikelilingi oleh kawan2 yang susah dan bekerja macam kuli batak di syarikat yang rata2 di atas adalah org2 yang bukan sebangsa kita.kami rasa tertindas dan diperkotak-katikkan.semakin kami kuat bekerja, org atas yg dapat kaya bukan kami yang makin hari rasa tersiksa dan dimaki2.namun kami bersabar kerana di sinilah kami mencari rezeki utk membantu keluarga.bila berjumpa program ini, saya rasa inilah caranya untuk saya menolong diri saya, kawan2 saya malah saudara mara saya yang rata-rata agak susah.bila timbul niat sebegini, adakah salahnya program ini.masyarakat kaum lain mempunyai ekonomi yang kukuh dan mantap.masyarat kita ? hutang keliling pinggan dan sendiri tanggung.bila kuam lain pulak, saling membantu.bila timbul kaedah sebegini, ingin membantu ekonomi masyarakat melayu, biasalah, macam2 lah isu yang timbul. pada saya, saya memang menyertainya dan memajukan EKONOMI bangsa saya sendiri. kenapa, sebab konsepnya TOLONG MENOLONG.saya tak pandai hukum agama, tapi bukankah kita digalakkan BANTU MEMBANTU sesama umat kita.fikir-fikirkanlah....
 
» Reply to this comment...

Posted by the.unexpected, on 09-02-2008 10:42, IP 60.52.96.66, Guest
26. ...
Assalamualaikum.. 
 
Saya bersetuju dengan UZAR. sebenarnya mudah kita nak faham. bila kita fahamkan maksud sumbangan ikhlas, itu bermaksud tiada nilai yang ditetapkan dan tidak mengharapkan pulangan. ingat, sumbangan ialah sesuatu yang diberikan tanpa mengharapkan mendapatkan balasan.. ikhlas pula melakukan sesuatu dengan rela hati, tidak ditetapkan syaratnya. contoh mudah solat, kita solat sebagai kewajipan dan tanggungjawab, dilakukan dengan ikhlas.. tak harapkan balasan.. tapi Allah menyuruh kita meminta pada-Nya.. lagipun tiada yang lain yang layak padanya kita minta selain Allah.. sebab tu kita minta pada dia... cuba tanya diri tuan-tuan bila tuan-tuan hantar wang pos tersebut, apa niat tuan-tuan.. kalau tuan-tuan betul-betul ikhlas, tak perlu isi borang pun.. tu baru namanya ikhlas.. kalau menyumbang dengan ikhlas, mean tak perlu tahu nama pun.. kata orang.. tangan kanan memberi, sorok tangan kiri.. tak perlu paparkan nama atas kertas bagitau kita kena bagi kat si fulan & si fulan.. 
 
ianya ibarat main judi.. tuan-tuan beli wangpos.. bagi kat orang-orang tertentu yang ada dalam senarai.. dengan harapan dapat pulangan dari apa yang dibuat tu.. lebih kurang la tu kan? beli no ekor, pilih no2 tertentu, harapkan no tu mengena untuk dapatkan pulangan.. 
 
maaf.. sekadar pandangan dhaif dari mata kasar..
 
» Reply to this comment...

Posted by MASIH CONFIUS, on 28-01-2008 08:47, IP 211.25.51.1, Guest
27. ...
Salam, Ust UZAR masih tidak memberikan jwpn terhadap masalah ini. Bukan apa sebab ramai org KITA dah mula nak masuk program ini, betul kata sahabat yang lain, program ini bukan nama pelaburan tetapi konsep tolong menolong.  
 
Ana tak sempat nak dgr pun ceramah dia, cuma jwpn Ust di awal artikel tersebut hanya tertumpu kepada aspek pelaburan dan pyramid je. Ana rasa perlu kepada satu pemerhatian yang menyeuruh supaya senanag masyarakat kita dapat menilainya... sekadar pandangan.
 
» Reply to this comment...

Posted by ADi, on 24-01-2008 11:37, IP 211.25.51.1, Guest
28. ...
mungkin nik syukran salah faham mengenai program ini..memang benar, ni bukan pelaburan, bukan juga perniagaan, sebab tu tiada produk utk dijual. 
 
ia hanyalah pertolongan rakan2 muslim di seluruh Malaysia untuk meringankan beban hutang, pinjaman, masalah kewangan yg lain dengan hanya memberi sedikit sumbangan..hari ni ramai Muslim yg mengalami masalah kewangan, nak kahwin takde duit, pinjaman tak bayar lagi, kereta kena tarik, kerja gaji sikit, susu anak nak kena beli, rumah nak kena sewa, kos sara hidup melambung tinggi..jd ni prog yg cukup murni di mana ianya mengumpulkan ramai muslim utk bersatu menolong rakan2 yg menghadapi masalah kewangan..inilah caranya utk kita bersatu membanteras kemiskinan, seterusnya dengan sumbangan rakan2 kita inilah kita janakan pendapatan kita yg lain seperti jadikan modal permulaan bisnes, bina madrasah, tolong org miskin...jgn biarkan Muslim masuk agama kristian sebab Kristian bole menyediakan kesenangan...Apakah usaha kita utk mengatasi masalah ni?nak sumbang duit tiap2 bulan xmampu pula..ramai yg masuk kristian sbb diorang susah, ada masalah kewangan.. 
 
jd, prog ni kita ajak mereka yg memerlukan wang utk menyertainya supaya mereka dibantu oleh peserta lain..sangat murni program ni bukan? 
 
ianya dpt mengeratkan silaturrahim sesama kita walaupun jarak kita berjauhan...inilah dia program mahabbah, program yg cukup mulia  
 
KOMEN UZAR : JIKA NAK TOLONG PUN, MESTI FIKIRKAN HALAL HARAM. HUJJAH NAK TOLONG ITU INI KEPDAA MUSLIM TIDAK CUKUP UNTUK TERLIBAT BENDA YANG TIDAK SAH HALAL ATAU SYUBHAT.  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by I.Q ku untuk anda semua! heheh, on 24-01-2008 11:00, IP 211.25.51.1, Guest
29. ...
:grin tapi banyak cara org boleh seleweng... fotostat je... borang tu@ bli wang pos banyak2 kemudian tunjuk kat prospek... mesti cair punyer.. :x
 
» Reply to this comment...

Posted by TANPA NAMA, on 20-01-2008 22:26, IP 60.52.103.204, Guest
30. ...
wang pos sebegini telahpun bermula seawal ketika pelaburan internet, di mana cara dan sistem yang digunapakai adalah sama, dengan tujuan yang sama. 
 
walaupun, ia diibaratkan sebagai program pembangunan insan, namun konsep yang digunakan, adalah setiap duit yang disalurkan adalah berpindah randah dari satu individu ke satu individu, dan nak dikatakan sistem ini adalah SIAPA AWAL DIA KAYA, kerana orang yang di atas akan memperolehi level yang ditentukan umpama 7 level dahulu sebab dia yang terawal, manakala yang di bawah terpaksa bekerja keras semata-mata untuk mencapai level tersebut.  
 
setiap perniagaan mahupun pekerjaan atau MLM memerlukan usaha, dan ilmu untuk berjaya dalam bidang masing-masing.  
 
ini hanyalah pandangan peribadi saya.  
 
askm. 
 
» Reply to this comment...

Posted by amran, on 01-01-2008 11:40, IP 60.52.98.86, Guest
31. ...
benar seperti yang dbicarakan wacana,program ini bukan perniagaan,atau pelaburan internet,atau saham..i hanya program perkongsian bijak yang dapat membantu seama insan,ibaratnya,saya ada seekor ayam,saya potong kepada beberapa bahagian kemudian saya bahagikan kepada setiap peserta terdahulu dgn niat membantu mereka,kemudian orang lain yang ingin menyertai program ini juga melakukan perkara yang sama,smua orang hanya berkongsi seekor ayam sahaja seumur hidup mereka,dan stiap peserta yang telah menyertai program ini layak mendapat sepotong dripada ayam yang ingin dikongsikan oleh peserta kemudian,ia bukan piramid kerana setiap peserta hanya layak mendapat tujuh peringkat,kemudian terkeluar daripada senarai peserta,adil bukan,berbanding perniagaan lain yang mana,SIAPA AWAL,DIA KAYA,tetapi bukan dengan sistem ini,kita perlu berusaha dapatkan peserta,bukan duduk diam,bagi saya,ini program yang amat murni untuk membantu sesama insan,ia tidak menjual apa apa produk yang tidak berkualiti sebagai boneka dalam 'business plan ' mereka,jadi ia tidak termasuk dalam mana mana konsep perniagaan,terima kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by wacana, on 28-12-2007 10:25, IP 211.25.130.42, Guest
32. ...
Assalamualaikum... 
 
Pembetulan... 
 
Nik syukran telah memberikan penyataan yang salah. Program yang disertainya itu bukanlah satu pelaburan.  
 
Pihak penganjur sendiri tidak pernah menyatakan itu adalah pelaburan!! tapi itu hanyalah program sumbang menyumbang sesama insan. sememangnya tidak ada perniagaan atau pelaburan kerana orang yang menyertainya hanya menyumbang!! pihak penganjur juga tidak pernah menjanjikan pulangan yang lumayan, tetapi hanya menyatakan potensinya sahaja..harap ustaz Zaharuddin dapat mengkaji balik masalah ini kerana ramai yang telah salah faham terhadap program ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by Dea86, on 23-11-2007 07:52, IP 211.25.130.42, Guest
33. ...
Ada sebahagian yg lain, rm30 jgk... 
Tp, diniatkan utk bersedekah. 
Hanya utk orang Islam sahaja. 
Ada 2 level... 
Level 1 masuk sekadar bayar pd level 2. 
Kemudian level 1 dianjak pula ke level 2 pada pemplet apabila dia nk pos kat org. 
Yg tu mcmaner plk ek?? 
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom