Utama arrow Politik & Dakwah arrow Lelaki dan wanita arrow Apakah displin Islam dalam hubungan pertunangan?(Apr 2006-2)
Apakah displin Islam dalam hubungan pertunangan?(Apr 2006-2) PDF Print
User Rating: / 21
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-07-2006 12:58
Views 16713    
Favoured 60

Untitled Document
Jawapan Untuk Soalan Agama Majalah I

 

2. Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

 

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.

Untitled Document

 

Jawapan : Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

 

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

 

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “ Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : “ Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “ ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “ Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : “ Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

 

 

2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

 

 

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : “ Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

 

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

 

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

 

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
 
 

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

 

Wallahu’alam.
 
 
 
 

Last update: 05-08-2006 09:28

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (14) RSS feed comment
Posted by wati, on 14-05-2010 19:00, IP 203.82.94.111, Guest
1. ingin tahu
bolehkah seseorg perempuan yang telah mnjadi tunang kepada seorg lelaki menanggalkan cincinya?
 
» Reply to this comment...

Posted by bunge, on 08-04-2010 16:50, IP 210.48.222.8, Guest
2. keliru
salam UZAR, 
sy ade soalan mengenai pertunangan dn hukumnya. spt yg Uzar tulis, kite x perlu nk mghebahkn pertunangan tp mengikut keadaan skrg, tunang perlu diberitahu bkn shj kerna ia perbuatan baik tp juga x mahu mane2 pihak kecil hati. bagaimana tu? 
 
lg 1, sy ade kemusykilan mengenai tunang sy dan pergaulan dgn teman lain (perempuan). sy da pon melangsungkan pertunangan awl thn ni n mjlis akn blansung ptghan thn ini (plan). dan sepnjg tempoh pertunangan, kami jarang bertemu dan x pernah berbincang mengenai persiapan. soalan sy,  
 
1) sekiranya sy yg sudah bertunang ini, apekah hak atau adekah sy hak itu, untuk menghalang tunang sy dr bercampur dgn rakan2 yg lain, terutamanya rakan2 perempuan? tunang sy jenis yg mementingkan ikatan persahabatan (x kire laki n perempuan), sehinggakan tunang sy "tersuke" pd salah seorang rakan perempuannya.  
 
2) apekah hukum, seorang rakan baik (perempuan) yg sudah mengetahui tunang sy (lelaki) sudah bertunang, tetapi masih lg mencarinya untuk diajak borak2..mkn2.. tidak mengira waktu? adekah rakan itu berdosa kerana bcampur dgn tunang org lain? setahu sy, (correct me if i'm wrong) jika sudah bertunang, mksdnya, kami janji utk berkahwin (membina masjid), berdosakah rakan perempuan itu, menjadi org ketiga dlm pertunangan kami? (sbb die tahu kami nk bina masjid tapi die menghalang niat kami,kerana die pon agak suke dgn tunang itu).
 
» Reply to this comment...

Posted by qayyimah, on 24-03-2010 16:36, IP 60.53.109.252, Guest
3. adab semasa bertunang
assalamualaikum ustaz.. 
 
saya ingin bertanya adab-adab yang digariskan apabila seseorang itu telah bertunang.. 
 
ustaz ada menerangkan sebaiknya apabila bertunang ianya sebaiknya dirahsiakan ... 
 
tetapi situasi kini ...seolah olah sebaliknya ..pertunangan terpaksa dihebahkan demi untuk menjaga hati ...sesetengah pihak. 
 
*terima kasih saya dahulukan buat ustaz untuk sebarang maklumbalas 
 
* semoga ustaz dan keluarga sentiasa dirahmati ALLAH..teruskan berdakwah dan menabur ilmu ...walaupun sesetengah perkara itu sukar diterima ...
 
» Reply to this comment...

Posted by insan, on 04-03-2010 13:39, IP 116.197.86.99, Guest
4. hukum "couple" yg bnyk terjadi skrng??
Assalamualaikum ustaz... 
 
pertama saya ingin mengetahui tafsir ayat wala takrobuzzinaa 
 
kedua saya nak pandangan ustaz tentang hukum "cintan cintun" sebelum kahwin.... 
 
saya seorang yg pernah bercinta, awal cinta mang lah ikut agama ustaz...lama2 lain jadinya ustaz...dan sekarang tidak lagi...sekarang saya risau tentang muda mudi sekarang ustaz sebab bnyk sgt perzinaan berlaku...kalau mereka disuruh ikut agama...insyaAllah awal memang lah...sms ja...last2 dating jugak seperti yg berlaku pada saya...........jadi mcm mana nak elakkan perkara ini dan jelaskan pada mereka....saya dah banyak ambil fatwa2 yg meng"haraam"kan "hbngn sebelum kahwin boyfriend/girlfriend" dan saya sebarkan.....boleh ustaz terangkan mcm mana nak jauhi benda ne...sebab memang kebanyakkan muda mudi akan "couple"...dan syaitan akan sentiasa dekat mereka...pertama sms penting2 last2 melencong jugak.........
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azam, on 24-12-2009 12:15, IP 115.133.28.196, Guest
5. situasi pertemuan
Salam. 
 
Merujuk kepada adab ke-5. 
 
Saya nak tanya dengan beri contoh situasi berikut: 
 
Katakanlah si A (lelaki) dan si B (perempuan) belajar di satu kolej yang sama. 
Keduanya membuat perjanjian untuk bertemu di cafe asrama (atau lain-lain tempat yang umum). 
Dalam perjanjian pertemuan tu, 
si B: 
- tiada mahram lelaki (atau tiada mahram lelaki yang berdekatan). 
- tiada kenalan lelaki yang rapat dan memahaminya dengan baik. 
dan si A pula: 
- tiada mahram lelaki (atau tiada mahram lelaki yang berdekatan). 
- sekiranya si A mahu membawa bersama rakan lelakinya atau rakan perempuannya, tetapi si B pula malu untuk berhadapan orang yang tidak dikenalinya. 
Dalam situasi tersebut, 
si B bercadang mahu membawa bersama rakan perempuannya yang rapat dengannya dan memahaminya dengan baik serta diyakini jujur dan benar. 
 
Persoalannya, 
boleh ke, pertemuan biasa (berbual untuk ke arah perkenalan di antara kedua belah pihak) tersebut (dengan contoh situasi tersebut) dibuat, sambil makan-makan di cafe. 
 
Harap, dapat sedikit sebanyak penjelasan daripada Ustaz. 
 
Terima kasih saya dahulukan. :)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by dambakan Soleh, on 23-03-2009 12:01, IP 196.219.152.239, Guest
6. suami soleh
assalamualaikum wbt..  
 
wah, saya byk tertanya2 berkenaan hal ini. tp sy xreti nak rujuk pd sesiapa. ada seorg lelaki menyanyakan saya thn ni. n dia berniat meminang sy xlama lg jgk.alhamdulillah...  
 
tp timbul persoalan dihati sy. blhkah kami berhub? sbb ada seorg ustazah kata xperlu lgsg utk berhub. tp btllah sebagaimana kata bakal tunang saya. blh berhub tp kena berkata perkataan yg baik+xmenaikkan syahwat. dan tidak terlalu kerap. semua ini bg bertujuan utk lebih mengenali diri masinng2. alhamdulillah.. syukur sgt.. 
 
jazakallahu khairan kathiran ust...
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 07-01-2009 17:30, IP 202.184.124.13, Guest
7. keliru..
salam UZAR.. 
sy masih kurg jelas dgn keterangan ust.. 
sy mpunyai kwn lelaki..dmi menjaga adab dlm Islam, kmi berjanji utk bernikah pd tahun hdpn InsyaAllah..sy msh blaja & si dia pula msh blm kukuh kewangan..kmi tidak berhbg melainkan perkara yg benar2 mustahak..adakah ini dibenarkan dlm Islam?utk pgetahuan ust, fmily sy tdk membenarkan sy kwin awl krn mrka mahu sy bekerja dahulu demi masa depan..minta pndpt ust..syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 26-08-2008 17:55, IP 90.240.186.250, Guest
8. ...
salam.. 
 
ustaz, sy rasa dri sy ni penuh sgt ngan dosa..sy mempunyai teman lelaki..tp stlh sy terbaca website ustz ni, sy seolah-olah cuba larikan dri drpd teman sy itu..kalau sblm ni, stp mlm sy akan berborak dgnnya hmpir 2 jam, tp skrg tidak lagi..sms pn jarang..de pelik ngan sikap sy tp sy terangkan kat die sgalanya..die blh trima seua ni..tp ustz, hati sy ni cuba nak cari laki yg lebih baik dr die..bkn bermakna die x baik cume die kurang..sy xsggup nk tggalkan die..tp dlm masa yg sma sy cuba nak cari laki yg beragama yg blh bmbing sy tp sy rasa mustahil..mgkin disebabkan keadaan dri sy ni..kurang sgala-galanya pd pndgn mata seorang lelaki..wassalam 
 
UZAR : SAYA AMAT BERBANGGA DENGAN TINDAKAN SDRI..DEMI ALLAH BERDOA DAN MUALKAN LANGKAH BERGAUL DAN MEUNUTUT ILMU ISLAM..DENGANNYA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN PERTEMUAN DENGAN MEREKA YANG SOLEH. 
 
JADILAH SOLEHAH MAKA PELUANG BERTEMU YANG SOLEH ADALAH BESAR,..INSHAALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahideen_89, on 09-06-2008 23:28, IP 60.52.97.214, Guest
9. ...
Salam... 
amat sesuai utk sy baca bab ni selaku remaja yg berkeinginan utk berpasangan 
 
ustaz,sy dan kawan sy, 'U' saling suka sama suka. tp kami x 'couple' atas alasan ukt elakkan maksiat. 
 
persoalannya sekarang, adakah haram bagi kami utk slalu sms??? dlm sms kami 2,kami ada juga bincang pasal agama dan saling ingat-mengingati 
 
kawan sy ada merujuk orang2 tertentu, dan tempat rujukan tersebut kata haram utk kami sama2 sms. 
 
tolong sy ustaz.. jiwa remaja sy sedang memberontak. terima kasih 
 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by lelaki hensem, on 06-04-2008 06:39, IP 60.52.98.28, Guest
10. ...
assalamualaikum wbt ust.. 
 
sy seorg llki yg akn berkahwin...dan pada ms ini sy serbaslah utk berkahwin. ini disebabkn sy ada tggjwb sbg seorg ank kpd ibubapa sy...ibubapa sy menyuruh utk tggh lg 2 thn...dan sy dpt merasakan jiwa sy benar2 wajib berkahwin...dr kelengkapan sume da sediakn...sy benar2 bmbg akn berlaku ssuatu nnt...bantulah sy uzar :sigh ...jiwaku merana 
 
UZAR : KAHWIN SAJA..INSYAALLAH BAIK
 
» Reply to this comment...

Posted by stdntaz 19, on 21-03-2008 07:41, IP 60.52.99.10, Guest
11. ...
Salam ziarah dan salam ukhwah buat ust. 
saya seorg pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya bertemu dengan seorg gadis yang juga pelajar persediaan ke luar negara dlm suatu majlis agama dan sering kali btemu selps itu tp hanya mmndang dr jauh .  
 
Sebelum ini blum pnah saya tertarik pd mana2 ppuan, pendek kata saya telah jatuh hati pdnya bukan krn kecantikannya tp pada keperibadian akhlaknya, dan ilmunya. saya m'ambil kptsan untuk 'mengikat'(btunang) dia sblm masing mlnjutkan pljaran di luar negara.  
 
Adakah tindakan saya ini wajar ust krn kami masg2 masih muda umur kami dlm 19thn?? krn saya rasa itulah jln tbaik bg saya utk kekal bsamanya. tp masalahnya saya tak pndai nk bhubung(bkenalan) dgn dia, dan dia pun blum tahu isi hati saya lagi.. mohon ust berikan pendapat?? syukran jazillan
 
» Reply to this comment...

Posted by anymous, on 07-11-2007 18:01, IP 60.52.98.235, Guest
12. ...
tolong karang doa yang sangat baik untuk malam arusyah bagi pasangan suami&isteri... merangkumi semua perkra..
 
» Reply to this comment...

Posted by curious, on 31-10-2007 09:59, IP 211.25.130.42, Guest
13. ...
Ustaz ada menyebut di atas, awas daripada hebahan umum sebelum di ijabkabul.  
 
Bagaimana jika dalam situasi fitnah liar sudah tersebar, maka A dan B mengambil keputusan untuk menjelaskan kepada umum keadaan sebenar, bahawa niat mereka ingin berkahwin.  
 
Malangnya, tarikh untuk pernikahan itu sangat lama lagi. Adakah tindakan mereka ini rasional? 
 
Apakah pula tindakan yang wajar untuk mengatasi fitnah umum, tidaklah fitnah yang berat, cuma orang sibuk memperkatakan tentang mereka lantaran berniat ingin bernikah, tapi lama lagi nak nikahnya...macam gatal sangat la 'chop' awal-awal.. 
 
p/s: kedua-dua A & B insya-Allah, sangat menjaga hubungan mereka daripada perkara yang mendekatkan zina dan juga zina hati, mata, kaki, etc.. 
 
thanx ustaz!
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin tahu, on 31-10-2007 09:58, IP 211.25.130.42, Guest
14. ...
Ustaz, bagaimanakah hukumnya berjanji untuk berkahwin secara rahsia? Contohnya, si A berjanji untuk menunggu si B, tapi mungkin lama lagi untuk berkahwin, kerana masing-masing ada masalah sendiri untuk menyegerakannya, seperti masalah keluarga, lebih-lebih lagi kedua-duanya masih belajar.  
 
Dalam surah Al-Baqarah ayat 235 menyebut, "janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia.." , adakah maksudnya perbuatan A & B ini salah kerana mereka berjanji untuk berkahwin secara rahsia, tanpa pengetahuan umum termasuk keluarga?  
 
Dalam tempoh perjanjian itu pula, ingin dijelaskan, masing-masing berusaha menjaga hati masing-masing terutama dari sudut zina hati. Dengan kata lain, mereka takkan berhubung melainkan perkara-perkara yang benar-benar mustahak sahaja. Adakah perbuatan mereka berjanji ini masih salah jikalau keduanya arif menjaga batas-batas syariat? 
 
KOMEN UZAR : TIDAK SALAH UNTUK BERJANJI DEMIKIAN. CUMA PATUTNYA KENA INCLUDE DALAM JANJI , IA TERTAKLUK KEPADA PERSETUJUAN IBU BAPA..KRN MERAKA ADALAH WALI KEPADA SI WANITA.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom