Hal Ehwal Riba Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran

Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran

  • PDF
(6 votes, average 5.00 out of 5)

Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Soalan 1

Assalamualaikum ustaz. Salam ramadhan dan semoga selamat bahagia di perantauan. Saya ingin bertanya dengan ustaz.Harap ustaz dapat menjawabnya.Saya seorang penjual kereta.Jika pelanggan memilih pinjaman konvensional, bersalah atau berdosakah saya?

Akan tetapi saya ade nasihatkan ambil pinjaman bank Islam sebelum mereka memilih pinjaman

konvensional. Adakah saya bersekongkol dengan riba? Sekian terima kasih.

 

 

honda

 

 

UZAR :

Soalan saudara memang amat relevan dan menghantui banyak penjual Islam di seluruh dunia. Isu ini adalah lebih kurang sama dengan penjual Islam yang didatangi pembeli yang ingin membayar menggunakan kad kredit riba.

Jawapan yang wajar saya berikan sebenarnya agak panjang jika beserta huraian, namun disebabkan ruangan yang terhad, secara kesimpulannya saya berpandangan bahawa saudara TIDAK DIKIRA TERLIBAT terutamanya setelah anda menasihatinya untuk mengambil pembiayaan Islam.

Adalah lebih cemerlang jika saudara mempelajari serba ringkas kelebihan pembiayaan kereta dari bank-bank Islam demi menarik pembeli menggunakannya. Sebagai contoh mudah, pinjaman kereta secara riba dari bank  konvensional mengenakan penalti setinggi 5 - 8 % sekiranya pelanggan terlewat membayar, manakala bank-bank Islam hanya mengenakan 1% dan sebahagian bank Islam menyalurkan jumlah itu kepada badan kebajikan.

Hujjah secara ringkas, ini adalah kerana penjual tiada boleh dipertanggungjawabkan atas sumber duit yang digunakan oleh pembeli, jika penjual ingin dipertanggungjawabkan ia akan mencetuskan satu keadaan kesukaran yang tiada taranya lagi. Oleh sebab itu, sebahagian ulama mengklasifikasikan ia sebagai urusan yang jatuh dalam peruntukan ‘Umum al-Balwa' iaitu suatu penegahan yang terlalu sukar untuk dielakkan.

KES KEMALANGAN KERETA INSURAN RIBA

Kes yang hampir sama boleh berlaku begini. Sebagai contoh kereta lelaki A berlanggar dengan kereta lelaki B. Kesalahan dikenal pasti berpunca dari lelaki B. Hasilnya, semua kos pembaikan kereta lelaki A akan ditanggung juga oleh syarikat Insuran kereta lelaki B. Persoalannya, bagaimana jika ia adalah sebuah syarikat insuran konvensional yang haram lagi riba?.

Jawapnya, tiada kesalahan ke atas lelaki A, ini kerana ia menerima pampasan syarikat yang menjamin lelaki B secara berasas, iaitu gantirugi atau apa jua asas yang seperttinya. Tatkala itu, dosa hanyalah jatuh kepada lelaki B yang sengaja melanggan insuran konvensional yang haram. Ia tidak menyeberang kepada lelaki A.

 
Ibn Masud r.a pernah ditanya :-

قال جاء رجل إلى عبد الله يعني بن مسعود فقال إن لي جارا ولا أعلم له شيئا إلا خبثا أو حراما وأنه يدعوني فأحرج أن آتيه واتحرج ان لا آتيه فقال ائته أو أوجبه فإنما وزره عليه

Ertinya : Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemputku (ke rumahnya) aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir. Berkata Ibn Masu'd : Terima dan hadirlah jemputannya sesungguhnya dosa-dosa (dari harta haram tadi) adalah tanggungannya sahaja" [1]

Kesimpulannya,

penjual hanya bertanggjung jawab atas aqad atau kontrak antara DIA (PENJUAL) dan pembeli sahaja, iaitu MEMASTIKANNYA tidak bercanggah dengan hukum Syariah dari pelbagai sudut termasuk syarat-syarat yang termeterai di dalam kontrak itu. Dalam konteks ini, aqad anda dengan pembeli adalah jualan biasa yang cukup syarat jual beli dalam Islam, manakala cara bayaran pula akan dating dari pihak bank (bagi pihak pembeli), adapun kontrak yang berunsur riba antara bank dengan pembeli (iaitu kontrak pinjam dengan riba) bukanlah di dalam bidang kuasa saudara.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Sept 2008

16 Ramadhan 1429 H



[1] Riwayat Al-Baihaqi,  5/335 ; Al-Baihaqi berkata sanad riwayat ini tidak kukuh



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran