Hal Ehwal Riba Teknik Elak Riba Yang Tersilap

Teknik Elak Riba Yang Tersilap

  • PDF
(12 votes, average 4.33 out of 5)

Teknik Elak Riba Yang Tersilap

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Saya pernah ditanya berkenaan masalah pinjaman kakitangan (staff loan) oleh rakan-rakan yang ingin memastikannya bebas Riba. Bagaimanapun mereka menghadapi sedikit masalah dengan kemudahan ini, di mana syarikat tempat mereka bekerja menawarkan pakej pinjaman perumahan buat kakitangan tanpa dinyatakan samada aqad (kontrak)nya akan diurus tadbir secara Islam atau sebaliknya.

Dalam hal ini, mereka menyatakan bahawa syarikat mengenakan faedah sebanyak 3 % dari jumlah pokok yang diberikan kepada kakitangan. Sememangnya tidak dinafikan ia adalah satu pakej yang sukar untuk dilepaskan kerana kadar pulangan yang amat rendah berbanding bank-bank di seluruh Malaysia.

Setelah meneliti info yang diberikan, agak jelas kepada saya bahawa ia adalah satu bentuk pinjaman yang beserta Riba yang sememangnya di haramkan oleh Islam tidak kira semurah mana pun tawarannya. Mudahya, jika ia di atur secara Islam maka sudah tentu kontrak yang akan ditandatanganinya dengan syarikat itu bertulis dengan jelas kontrak jual beli. Selain itu  ia juga memerlukan proses menandatangi dua tiga jenis kontrak bagi mengesahkan transaksi di buat secara Islam selain pelabagi syarat jual beli yang perlu dipatuhi. Dalam hal tadi, jika satu kontrak asas sahaja yang serta tidak pula terdapat sebarang kontrak bertulis ‘asset purchase agreement' sebagai menunjukkan jual beli berlaku, sudah tentulah ia adalah sebuah pinjaman dengan riba dikenakan sebanyak 3 % atau apa jua peratusnya.

Selain itu, adalah tidak harus juga, seseorang menandatangi sebarang kontrak berkaitan urusan kewanagn sebelum ia mengetahui, kontrak apakah ia. Jika ia berlaku, sudah pasti aqad menjadi rosak (fasid) kerana salah satu syarat untuk sah aqad dalam islam adalah kedua-dua pihak memahami aqad yang dibuat.

Teknik Mengelak Riba Dalam Pinjaman Riba?

Hal ini selalu saya dengari sejak dahulu lagi, ia juga pernah dan masih dicadangkan oleh beberapa graduan-graduan pengajian Islam dan Shariah. Menurut mereka cara termudah bagi mengelakkan Riba adalah dengan memasukkan jumlah faedah ‘interest' di dalam jumlah pinjaman kita, kemudian di aqadkan atas aqad jual beli dengan pegawai pinjaman terbabit. Dengan itu, kita telah pun selamat dari riba dan aqad jual beli telah berlaku dan selamatlah kita dari Riba yang dikenakan.

Walaupun, sekali pandang, cadangan yang diberikan dilihat menarik tetapi jika diteliti, ia pasti penuh dengan masalah. Hakikatnya, ia bukanlah pendekatan yang sah di sisi Islam kerana sebab berikut :-

a) Pegawai pinjaman bukanlah pemilik wang syarikat atau bank tempatnya bekerja. Sebaliknya ia hanya bertindak sebagai wakil bagi pihak bank, maka sebagai wakil, tidaklah diharuskan seorang wakil melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diarahkan (diwakilkan) kepadanya. Justeru dalam hal ini, pegawai terbabit tidak mempunyai kuasa dari sudut Shariah untuk bertindak demikian. (Al-Uqud al-Musammah, Dr Wahbah Az-Zuhaily, hlm 283)

b) Ia juga tidak dapat mengubah sifat kontrak pinjaman itu kepada kontrak jual beli kerana pegawai bank atau syarikat tersebut tidak memiliki sebarang aset untuk dijual kepada pelanggannya samada dari sudut Shariah mahupun undang-undang Malaysia. Pembaca boleh membayangkan begini : si ‘A' bertemu dengan bank atau majikannya untuk mendapatkan pinjaman atau pinjaman khas kakitangan untuk membeli sebuah rumah. Maka untuk mengelakkan riba, si pelanggan berpakat dengan si pegawai untuk memeterai perjanjian jual beli dengan menggabungkan jumlah pinjaman pokok dan ‘interest' lalu meletakkannya sebagai harga. Lalu aqad pun dibuat.

Hakikatnya : Bagaimana mungkin dilakukan aqad jual beli sebegini sedangkan pihak bank atau majikan tidak memiliki rumah yang ‘kononnya' dijual kepada si pelanggan. Jelasnya, aqad ini tidak sah di sisi Shariah juga.

c) Pelanggan tetap akan menandatangai kontrak pinjaman dan bukan kontrak jual beli. Sudah pasti juga seluruh syarat-syarat dan rukun jual beli dalam Islam tidak dapat di jaga sama sekali dalam kandungan kontrak pinjaman.

Oleh kerana itu, sudah jelas  bahawa cara yang dicadangkan ini tidak boleh terpakai sama sekali. Apa yang perlu dilakukan adalah jika anda benar-benar berada dalam sebuah syarikat yang demikian, anda dan rakan-rakan Muslim mestilah berusaha sehabis mungkin untuk meyakinkan pihak pengurusan agar memperkenalkan sistem pembiayaan secara Islam kepada seluruh kakitangan agar kakitangan boleh memilih. Ia selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah pusat kewangan dan Perbankan Islam Antarabangsa.  Mana mungkin Malaysia boleh mencapai hasrat ini sedangkan syarikat-syarikat besar samasa swasta dan kerajaan masih lagi tidak mahu menggunakan perkhidmatan kewangan Islam dan tidak mahu juga memberikan kemudahan ini kepada ribuan kakitangannya.

Kini, kewangan Islam tidak boleh dianggap tidak berdaya saing lagi, fakta-fakta menunjukkan perkembangannya di tahap yang sangat memberangsangkan. Cuba teliti fakta berikut (sumber MIFC, hlm 8) :-

 

1. Sehingga hari ini, sekitar 300 Institusi Kewangan Islam dan 80 Pengendali Takaful muncul di seluruh dunia.

2. Jumlah asset Bank-bank Islam dan ‘jendela' perbankan Islam di bank Konvensional mencecah USD 560 Billion.

3. Pencapaian Modal Pasaran Global Dow Jones Islamic Index melebihi USD 10 trillion

4. Lebih 350 Dana Islam atau yang menepati Shariah telah ditubuhkan di seluruh dunia.

5. Islamic private capital investments, terutamanya di kalangan individu kaya di Timur Tengah sekarang mencecah USD 1.5 trillion dan sedang menaik kepada USD 2 trillion dalam tahun 2010.

Untuk tujuan itu, banyak bank-bank Islam mampu membantu untuk menyediakan produk seperti pembiayaan perumahan dan kenderaan kakitangan dan banyak lagi..



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Teknik Elak Riba Yang Tersilap