Hukum Buka Majlis Dengan Fatihah

(14 votes, average 4.79 out of 5)

Buka Majlis Dengan Fatihah? 

 Soalan

Apa hukumnya membuka sesuatu majlis degan al-Fatihah? Kalau tak buka dengan al-fatihah adakah berdosa? Apakah kelebihan membaca alfatihah sebelum memulakan majlis?

Jawapan Ust Zaharuddin 

Setakat pengetahuan saya yang terbatas, tiada dalil yang specifik menunjukkan ia adalah amalan para salafussoleh. Bagaimanapun, ia mungkin boleh diterima sebagai amalan yang baik kerana ia mungkin termasuk di bawah umum hadith Nabi SAW :-

كل كلام لا يبدأ فيه بحمد الله فهو أجذم

Ertinya : "Setiap percakapan yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah maka ia adalah terpotong" ( Riwayat Ibn Hibban dalam Sohihnya; Ibn Solah dan An-Nawawi : Hadith Hasan ; Rujuk Syarah Ibn Majah oleh As-Sindi )

Al-Khattabi berkata : maksud terpotong itu adalah tiada sempurna dan susunan baginya, ia juga membawa terpotong dari keberkatan ( Rujuk Awnu Al-Ma'bud , hadith no 4200;)

Maka bacaan tahmid atau pujian kepada Allah yang digalakkan oleh Nabi SAW dalam hadith di atas sudah tentu termasuk di dalam surah al-Fatihah jika ianya dibaca, malah ia lengkap pula dengan seluruh ayatnya. Wallahu a'lam, saya kira ia boleh dilakukan kerana termasuk dalam umum tahmid. Kelebihannya tahmid sebelum memulakan majlis atauy bercakap boleh di lihat dari hadith di atas juga, iaitu penyambung  dan pembawa keberkatan.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites