Buku Ketiga Saya Sudah Di Pasaran

(3 votes, average 4.33 out of 5)

Kemunculan Buku Ketiga Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Buku ketiga saya telah berada di pasaran, kali ini adalah buku berbahasa Inggeris bertajuk "Money, You and Islam".

Ia adalah terjemahan buku WANG ANDA DAN ISLAM tetapi mempunyai sedikit perbezaan dalam kandungannya. Anggaran saya perbezaan dengan versi Bahasa Malaysia adalah sekitar 20 %.

buku ketiga
 

Bagi mereka yang selesa dengan penulisan berbahasa inggeris atau ingin menghadiahkannya kepada individu korporat di dalam dan luar negara yang selesa dengan bahasa korporat dan business ini. Maka buku ini mungkin sesuai untuk tujuan itu.

Hasrat saya dari buku ini adalah agar mesej yang ingin disampaikan menembusi sempadan pembaca muslim di Malaysia.

info

InshaAllah, beberapa lagi buku saya dalam bahasa Malaysia dan bahasa arab dalam format ringan dan berat, akademik dan santai akan menyusul beberapa bulan lagi.

CARA BELI

Kali ini, saya tidak menjual buku ini secara online di sebabkan keberadaan saya di UK. Dan oleh kerana buku ini masih baru di pasaran, ia masih belum sampai ke kedia-kedai buku MPH dan lain-lainnya.

Justeru, bagi mereka yang berhasrat mendapatkannya bolehlah terus ke web site penerbit dan memesannya terus di sana. Dapatkannya di sini.

Harganya adalah RM 39.90 senaskhah tetapi biasanya pembelian secara banyak akan melayakkan anda dengan beberapa peratus diskaun.

Jika anda merasakan harganya mahal, maaf saya tidak terlibat sama sekali dalam penentuan harganya.

PASARAN UNITED KINGDOM

Amat sukar buku yang diterbit di Malaysia untuk menembusi pasaran luar Negara, demikian tegas Jutawan Azizi Ali kepada saya.

Bagi mengusahakannya tembus juga, saya telah memesan beberapa ratus buah buku ini dari penerbit dan akan sampai ke rumah saya di UK dalam sebulan dua lagi. Jika akan rakan-rakan di UK yang berminat untuk membelinya, inshaAllah bolehlah menghubungi saya di zaharuddin@yahoo.com. Harga dan kos pos akan saya maklumkan melalui email, namun sudah pasti harganya berbeza dengan harga Malaysia kerana saya terpaksa memasukkan kos pos dari Malaysia dan kos pos di UK.

Selain itu, saya juga sedang merangka beberapa startegi dalam usaha menyebarluaskan pasaran buku ini di UK. Doakan saya Berjaya dan mampau menyedarkan warga Muslim di Uk berkenaan halal haram dalam transaksi kewangan mereka.

Moga ia tergolong dalam timbangan amal soleh saya, isteri, keluarga dan mereka yang terlibat dalam penghasilan buku ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Nov 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites